Untitled design - 2020-02-03T123535.931

Hidangan anda pasti menjadi lebih lengkap dengan adanya pemanis pulut yang menyegarkan ini. Aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Puding yang satu ni bukan hanya mudah buat malah nikmat ditekak.

PUDING PISANG COKLAT

BAHAN-BAHAN (UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT):

  • 500gm susu segar
  • 80gm gula halus
  • 25gm mentega
  • 120gm coklat hitam | dipotong kecil
  • 25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu

UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG:

IKLAN
  • 5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
  • 200gm gula
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 500gm susu segar
  • 4 biji kuning telur
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh esen perasa pisang

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
  3. Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
  4. Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.

INFO CHEF : Puding ini merupakan puding lembut dan seeloknya dihidangkan di dalam bekas puding yang sesuai. Bukan jenis agar-agar yang boleh dipotong.

IKLAN

 

IKLAN

 

Cara Buat Puding Roti Coklat Yang Sedap Teringat-Ingat.

https://www.rasa.my/puding-3-bahan-cream-crackers-mudah-enak-jimat/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI