Bubur Chacha atau Bubur Gandumini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai. Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa. Saudari Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow…Pasti enak. Jom cuba!
CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA TERENGGANU @ BUBUR GANDUM
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja. 2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian. 3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis seperti dalam gambar di bawah.
4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak.
5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.
6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu. 7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi. 8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika. 9. Bubur Chacha @ Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.
Cara masak macam masak kari , tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam, ikan atau sotong.
Apa pun masa menumis, pastikan ia betul-betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh. Jom semak resipi perkongsian dari June Ahmad…
DAGING MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong
3 sudu rempah kari daging babas
5 sudu kicap soya pekat
5 sudu kicap manis ** kicap ikut suka citarasa, nak warna gelap boleh tambah lagi kicap pekat.
Garam secukup rasa
Serbuk perasa | jika suka
3 asam keping
1 biji bawang besar
Beberapa tankai cili padi | ikut tahap kepedasan disukai
2 tangkai daun kari
Minyak dan air secukupnya
Bahan tumis:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawag merah
1.4 sm halia
1 kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
CARA MEMASAK :: 1.Panas minyak, masuk bahan tumis bila dah kekuningan masuk rempah kari dan daging. Masak hingga daging agak lembut.
2.Selepas itu masuk kicap pekat, kicap manis, garam, perasa dan asam keping dan air secukupnya.
3.Kuah ikut citarasa nak pekat atau cair sedikit. 4. Akhir sekali masuk bawang besar, cili padi dan tabur daun kari 5. Kacau rata , hidangan boleh disajikan
NOTA :
Sesuai juga makan dengan apa apa nasi tumis seperti nasi minyak.
Kalau buat ayam @ ikan, goreng separuh masak dulu, bila dah siap kuah semua baru masuk ayam dan ikan tadi, masak sekejap dan masukkan bahan-bahan lain.
Bagi anda yang suka makan Kuih Lapis atau baru nak cuba buat kuih tradisionalni, resipi perkongsian saudari Siti Salmah ni antara yang terbaik. Memang mudah dan senang nak ikut. Malah, ia juga cepat masak sebab guna acuan lompang dan tidak mengggunakan loyang. Jadi bagi anda yang baru nak belajar buat kuih ni, memang mudah dan boleh buat dalam jumlah yang sedikit. Jom cuba! Sedap ni kalau buat untuk minum petang.
KUIH LAPIS MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 ½ cawan santan pekat – guna santan kotak
3 cawan air
3 cawan tepung beras
6 sudu makan tepung gandum – sudu plastik
6 sudu makan tepung jagung
1 ½ cawan gula
1 sudu teh (sudu kfc) garam
Pewarna merah & hijau secukupnya
Sedikit perasa ros & pandan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan panaskan hingga agak-agak suam kuku. Tutup api.
2. Kemudian masukkan semua tepung, gula dan garam. Kacau guna pemukul (whisk) supaya tidak bergentel.
3. Kacau adunan hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air dalam 1/2 cawan. Angkat dan tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan perasa ros, manakala satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan perasa pandan.
5. Panaskan periuk kukusan dan oles sedikit minyak pada acuan lompang.
6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Sukatannya 1 sudu makan adunan untuk setiap lapisan.
7. Sebelum tuang lapisan kedua, tekan perlahan lapisan pertama tadi. Jika masih bertepung (belum masak), biarkan seketika. Jika dah masak, baru dituang lapisan seterusnya.
8. Ulang langkah melapis yang sama hingga adunan habis.
9. Setelah kuih masak, sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Dalam peti sejuk ada daging tapi kurang pasti nak masak apa untuk berbuka? Usah pening-pening kerana enam idea lauk berbuka menggunakan daging ini boleh membantu anda. Ada yangberkuahada yang dimasak kering. Malah lauk berbuka menggunakan daging ini juga sesuai dinikmati sewaktu sahurnanti. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI MENGGUNAKAN DAGING
1. KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
150gm daging
1 biji kentang – belah empat
1 biji bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
5cm halia – kisar
1 biji cili hijau – hiris
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk kurma
50ml santan pekat
250ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun kari dan cili hijau hingga wangi.
2. Masukkan santan dan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Masak sehingga daging benar-benar lembut dan kentang empuk. Bolehlah ditambahkan air sekiranya daging dan kentang belum cukup masak.
4. Biar mereneh sehingga kuah agak memekat. Kemudian barulah dimasukkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapat rasa seperti kurma daging Burma, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang telah dihiris pada lima minit terakhir proses memasak.
2. DAGING MASAK HITAM KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
150gm daging – hiris nipis
10 tangkai cili kering – kisar
1 biji bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
5 cm halia – kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh biji ketumbar – Tumbuk kasar dan digoreng
2 sudu teh cuka
15ml kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging direbus bersama cuka sehingga daging lembut dan air rebusan tersebut kering. Kemudian gaul daging bersama 5ml kicap serta digoreng sebentar dengan api yang besar selama 3 minit dan angkat. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing dan pecah minyak.
3. Setelah itu masukkan baki kicap manis, serbuk pati ayam dan daging. Kacau sebentar dan tutup api. Tabur biji ketumbar yang telah digoreng ke atas daging.
4. Siap untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapatkan warna daging yang benar-benar hitam, bolehlah ditambah satu sudu teh kicap pekat ke dalam bahann yang ditumis.
3. DAGING MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
150gm daging – potong nipis
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula
5cm halia – hiris nipis dan halus
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 biji cili merah – hiris
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
Sedikit air
3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
1. Daging diperap bersama sos ikan, minyak bijan dan sedikit gula selama 15 minit. Setelah itu goreng daging dengan api yang besar selama 3-5 minit. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili merah hingga naik wangi. Kemudian masukkan cuka, sedikit gula dan sedikit air, anggaran 1-2 sudu makan.
Akhir sekali masukkan semula daging yang telah digoreng dan kacau sebentar. Tutup api.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Jika suka, boleh tambah sedikit jumlah halia supaya lebih terasa halianya.
4. DAGING MASAK BOMBAY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
150gm daging – potong nipis dan digoreng separuh masak
50ml pati santan
1 tangkai daun kari
10 tangkai cili kering – kisar
1 biji bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
5cm halia – kisar
5cm lengkuas – kisar
1 batang serai – kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kari daging
2 sudu makan kicap masin
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, bersama daun kari, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kari daging dan santan. Masaklah hingga pecah minyak.
2. Setelah itu masukkan kicap masin, gula dan pati ayam, kacau sebentar.
3. Akhir sekali masukkan daging, kacau selama 2-3 minit dan tutup api.
4. Sedia dihidang.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah menggunakan kicap masin di dalam resipi. Tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing.
5. DALCA DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
40gm rempah dalca
½ kg daging- dipotong kecil
125gm kacang dhal
350ml santan
2 inci halia
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji kentang
2 biji terung bulat
1 batang lobak merah
2 biji tomato
5 tangkai kacang panjang
Sedikit rempah 3 sekawan
125ml air asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang dhal sehingga empuk.
2. Sementara itu, kisar bawang merah bersama bawang putih dan halia.
3. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik baunya.
4. Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah dalca.
5. Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
6. Masukkan santan, air asam jawa, kacang dhal dan ubi kentang dan masak hingga empuk.
7. Kemudian, masukkan terung, lobak merah, tomato dan kacang panjang.
8. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
Info Chef: Kacang dhal hendaklah direbus terlebih dahulu untuk memastikan ia masak lebih sempurna.
6. DAGING SALAI CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 batang daging batang pinang
20gm serbuk kunyit
BAHAN AIR ASAM:
1 biji bunga kantan – dimayang halus
3 tangkai daun kesum – dimayang halus
1 biji bawang besar – dimayang halus
1 biji tomato – dipotong halus
5 tangkai cili padi – dipotong halus
200gm asam jawa
300ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan salai @ bakar selama 20 minit.
2. Kemudian untuk membuat air asam pula, satukan bahan mayang halus, bahan dipotong dadu dan bahan dipotong halus ke dalam bekas bersesuaian.
3. Setelah itu, gaulkan asam jawa dan air di dalam bekas lain dan tapis. Curah ke dalam bekas berisi bahan-bahan tadi. Perasakan secukupnya.
4. Akhir sekali, potong daging salai nipis-nipis dan hidangkan bersama air asam.
Info Chef: Aroma daging salai yang harum menjadikannya enak dimakan bersama nasi putih dan aneka ulaman.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.