Bagi penggemar makanan laut seperti ketam, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati menu Ketam Buttermilk Salted Egg ini. Cukup rasa lemak masin dan pedasnya. Gerenti menjilat jari.
Cara membuatnya pun tidak lah sesukar mana. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Jom cuba buat resipi Ketam Buttermilk Salted Egg hasil perkongsian oleh Darlila Razali ini. Memang mengundang selera.
Anda yang menggemari udang, hari ni dikongsikan dua menu udang yang berbeza. Satu menu barat dan satu lagi menu tempatan, mana satu pilihan anda dan keluarga, dua-dua sedap. Atau buat dua-dua sekali, mungkin anak-anak lebih suka Udang Mentega, anda dan pasangan suka yang pedas, lebih adil dan saling menikmati keenakan udang.
UDANG GORENG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang saiz XL | dibersihkan.
1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkainya
3 tangkai cili kering | dihiris halus
9 biji telur ayam | ambil kuning sahaja
Lada sulah secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
40gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak goreng, kemudian gaulkan dengan lada sulah dan serbuk perasa. Ketepikan.
Pukul telur dengan sedikit garam dan perasa.
Panaskan sedikit minyak bersama mentega.
Setelah minyak panas, tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
Kacau telur menggunakan belakang seduk untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Kacau hingga garing, kemudian masukkan daun kari dan hirisan cili kering.
Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Senang je rupanya nak buat udang belon ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba ikut resipi perkongsian Fatyma Idris ini.
UDANG BELON ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Udang
Tepung blue key self raising flour
Telur
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
2. Campur tepung, telur dan garam ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
TIP:
Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
Siapa yang suka menu tomyam atau lauk ringkas, sesuai sangat buat hidangan ini. Cara masak simple, campak-campak saja tapi punyalah sedap.
Resipi tomyam simple Asmida Nor ini juga pernah viral di media sosial. Kalau buat di rumah mesti makan nasi bertambah-tambah katanya.
Cara buat tomyam ringkas tapi ‘power’
Cara membuat
Sediakan, tomato, pes tomyam dan cili api. Kemudian kisar bahan ini bersama sedikit saja air.
2. Sediakan lobak merah, bunga kobis, batang saderi, cendawan, bawang besar, halia, limau purut dan udang.
3. Sediakan ayam yang dipotong kemudian masukkan dalam periuk, rebus sampai mendidih. Masukkan pes yang dikisar tadi.
4. Seterusnya masukkan bawang besar, daun limau purut,halia dan juga sayur-sayuran. Masukkan juga cendawan dan biarkan mendidih seketika.
5. Kemudian masukkan udang. Perah air limau nipis (sebiji) untuk rasa masam. Perasakan dengan garam, gula dan biarkan mendidih sekali lagi. Dah siap! Makan dengan telur dadar dan sambal, confirm bertambah-tambah nasi.