Sambal Sotong yang mudah, sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera. Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan-bahannya juga terdapat kelainan. Bagi anda yang suka resipi sambal sotong yang ‘basic’, resipi dari saudari Haziraida Md Isa atau lebih mesra dengan panggilan Zie ini antara yang boleh dicuba. Sedap! Jom lihat cara-cara penyediaannya.
INFO: Zie guna cili kering Kelantan yang saiz besar kerana cili kering jensi tersebut tidak pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili kering yang halus kerinting. Pastikan jumlah cili digandakan kerana saiznya lebih kecil.
CARA MEMASAK:
1.Siang sotong, bersihkan dan toskan airnya. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti bila masuk dalam sambal, sotong akan cepat kecut, lebih berair menjadikan sambal lebih berkuah seterusnya menyebabkan sotong jadi keras.
2.Rebus cili kering dan kisar hingga betul-betul lumat.
3.Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih. Kisar sekejap sahaja sebab tak nak terlalu lumat.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak.
Ads
INFO: Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.
5.Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah masukkan sotong, masak sekejap sehingga sotong masak sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
6.Sambal Sotong ringkas sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
Sotong ni memang salah satu makanan laut yang istimewa. Boleh dimakan sebagai lauk misalnya sotong masak sambal tumis. Boleh juga dimakan sebagai kudapan misalnya sotong kering yang nipis-nipis macam jajan tu. Boleh juga dibuat manisan misalnya ketupat sotong.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ketupat sotong versi Kelantan yang dibuat oleh pengguna facebook dengan akaun Zurila Ghani
KETUPAT SOTONG KELANTAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut
1 kotak santan
Sedikit garam
1 kilo sotong
2 keping nise atau gula melaka
1biji bawang merah | dihiris
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
Resipi ni memang win. Siapa yang boleh tolak kalau terhidang dihadapan mata udang besar begini. Dengan bahan-bahan yang ringkas ini, anda boleh tambat hati suami dan anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 orang. Jenis hidangan: Lauk pauk. Waktu memasak: 30 jam. Cara masak: Goreng dan tumis . Keistimewaan:Gabungan rasa pedas dan manis udang sangat memukau rasa. Anggaran kos:RM50.
Sambal sotong yang sangat lazat dan mudah untuk dimasak. Aroma bahan rempah kari menambah rasa padu pada sambal. Pedas dan berempah memang enaklah
SAMBAL SOTONG TUMIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Serbuk Kunyit
CARA MEMASAK:
1. Cuci dan toskan.
2. Kemudian digaul dengan sedikit serbuk kunyit
3. Panaskan kuali, goreng sebentar sotong yang telah digaul serbuk kunyit tadi. Angkat dan ketepikan.
BAHAN MENUMIS:
1 biji bawang besar – potong memanjang
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 inci halia – dimayang halus
3 biji cili padi – dibelah 2 (boleh juga gunakan cili besar ye)
2 pelepah daun kari
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah kari ikan
Air
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Guna kuali yang sama goreng sotong tadi, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumisan. Kecuali serbuk cili, rempah kari dan cili api.
2. Bila bahan tumisan sudah agak kekuningan, masukkan serbuk cili, rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika sehingga rempah agak garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan cili api, garam serta gula. Gaul mesra dan siap.
INFO:
Jika tidak suka gunakan serbuk cili boleh tukar ke cili kisar.
Boleh gunakan daun limau purut untuk bau yang harum.