Kek strawberi ini, resipinya sangat ringkas. Simple! Senang sungguh cara nak membuatnya. Tak perlu mixer pun. Cuma guna mesin pengisar atau blender sahaja.

Hendak lebih sedap, boleh buat cream cheese dan jadikan sebagai topping. Jika tidak, boleh dimakan begitu sahaja.

Jom kita lihat resipinya.

KEK STRAWBERI KISAR

Jom Buat Kek Strawberi, Cuma Kisar Je, Senang Betul

IKLAN

BAHAN A
1 cawan buah strawberi (potong kecil)
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

BAHAN B
Perisa strawberi secukupnya
1/2 sudu teh pewarna pink
2 cawan tepung naik sendiri (diayak dulu)
Beberapa biji buah strawberi (dipotong kecil)

CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius. Alaskan loyang berukuran 7 inci dengan baking paper. Sapu sedikit keliling loyang dengan minyak masak dan ketepikan.
2. Kisar halus semua BAHAN A. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

IKLAN

Jom Buat Kek Strawberi, Cuma Kisar Je, Senang Betul
3. Masukkan perisa strawberi dan pewarna pink. Kacau rata menggunakan spatula.
4. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, kacau kaup balik sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan strawberi yang telah dipotong kecil. Kacau lagi.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Periksa kek sama ada sudah cukup masak atau belum dengan cara cucuk lidi di tengah kek. Jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8. Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9. Sedia dihidangkan.

Jika suka, boleh buat topping cream cheese.

IKLAN

CREAM CHEESE
1. Adun sebati 1/2 ketul cream cheese dengan 3 sudu besar gula aising.
2. Pukul sehingga gebu.
3. Sapukan atas kek yang telah siap dimasak.

Selamat mencuba!

Sumber: www.ninamirza.com
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI