Jika anda ada anak-anak yang berlainan selera, resipi kek 4 perisa dalam satu perkongsian saudari Suraya Harun Narasit ni boleh anda cuba. Istimewa resipi ni, hanya menggunakan satu adunan sama, anda boleh hasilkan empat jenis kek berlainan rasa. Malah tak perlu banyak kali bakar. Memang jimat masa dan kos. Jom lihat cara-cara penghasilannya.

 

CARA MASAK KEK YANG ADA 4 PERISA DALAM 1

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur gred B
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan susu segar

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

IKLAN

2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga semua bahan sekata.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian perasakan setiap satu bahagian dengan perisa kegemaran. ( empunya resipi guna perisa Cip coklat campur badam, kelapa pandan, pelangi dan coklat.)

IKLAN

Cara Buat Kek 4 Perisa Berbeza Hanya Guna 1 Adunan.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan sedikit mentega.

6. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.

IKLAN

Cara Buat Kek 4 Perisa Berbeza Hanya Guna 1 Adunan.

7. Setelah masak, sejukkan atas redai sebelum dipotong dan dinikmati.

Cara Buat Kek 4 Perisa Berbeza Hanya Guna 1 Adunan.

Kredit resipi & foto: Suraya Harun Narasit

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI