Lotus Biscoff Cheesecake ni antara resipi yang viral semasa musim PKP ni. Menurut perkongsian dari saudari Anissa Mardhiah, resipi ni sangat mudah disediakan tetapi rasanya amat sedap. Wow..menarik kan? Jom cuba. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai sangat ni dijadikan sajian istimewa untuk keluarga.

 

RESIPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE ( Loyang saiz 8 inci)

Sedapnya…Ni Cara Buat Lotus Biscoff Cheesecake Secara Homemade

BAHAN BASE (ASAS):

  • 90gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
  • 13 keping biskut Lotus Biscoff

BAHAN FILLING KRIM KEJU:

  • 500gm krim keju ( suhu bilik)
  • 200ml krim putar (whipping cream)
  • 1-2 sudu makan gula ising (terpulang)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan Lotus Biscoff Spread

BAHAN TOPPING:

IKLAN
  • 7 sudu makan Lotus Biscoff Spread
  • 2-3 keping biskut Lotus Biscoff (hancurkan untuk topping atas)

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan lapisan asas (base), hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur.
2. Masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut hancur tadi. Gaul rata.
4. Masukkan biskut yang dicampur mentega tadi ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan parchment paper. Tekan dan padatkan.
5. Simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju.

Untuk membuat Filling Krim Keju:
1. Pukul krim keju menggunakan pengadun hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, gula ising dan biscoff spread. Adun lagi hingga sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk berasingan, pukul whipping cream hingga kembang. ( whipping cream kena sejuk kalau tidak ia tidak akan kembang).
4. Satukan krim keju dan whipping cream. Kaup balikkan guna spatula perlahan-lahan hingga sebati.
5. Bila sudah sebati, tuang ke dalam loyang berisi bahan base yang telah disejukan tadi. Ratakan.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum mebuat topping.

IKLAN

Untuk membuat Topping:
1. Selepas krim keju disejukkan selama 3-4 jam, cairkan Lotus Biscoff Spread menggunakan api kecil hingga cair. Kemudian sejukkan sedikit.
2. Tuang Biscoff Spread cair tadi ke atas krim keju hingga rata.
3. Masukkan semua kek keju di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
4. Bila kek keju sudah pejal sepenuhnya, tabur biskut yang dihancurkan mengikut kreativiti masing-masing.
5. Sedia untuk dinikmati.

 

Anda tengah nak cari ketuhar, pengadun dan pelbagai barangan kelengkapan rumah tapi tak jumpa yang berkenan? RASA kongsikan seleksi barangan yang boleh anda miliki dengan HARGA MAMPU MILIK. Sangat berbaloi.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Anissa Mardhiah

 

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA SELEKSI KEK-KEK LAIN:

Resipi Kek Marble Moist Sedap. Sukatan Dalam Gram & Cawan.

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-aneka-kek-mentega-sedap-mudah-untuk-raya/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI