![Untitled design - 2022-06-14T102822.115](https://cdn.rasa.my/2022/06/Untitled-design-2022-06-14T102822.115.jpg)
Cuaca panas dapat makan jeli kelapa muda memang sungguh nikmat. Selalunya kalau nak makan jeli ni kita beli. Sebenarnya membuat jeli kelapa muda ni pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Boleh cuba buat ikut resipi oleh Zuria Zubir. Sebelum makan sejukkan dahulu, gerenti tak cukup satu.
JELI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
1 jug besar air kelapa
8 cawan air
2 cawan gula
1 paket serbuk jeli kelapa
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.
2.Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.
3.Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.
4.Masukkan juga daun pandan.
5.Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.
6.Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.
7.Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Zuria Zubir
Petua Lembutkan Kembali Kulit Popia Yang Telah Keras & Kering
Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cendawan Boleh Halang Obesiti Dan Buat Kulit Jadi Anjal? Jom Cuba Resipi Mudah Ni!
![Cendawan Boleh Halang Obesiti Dan Buat Kulit Jadi Anjal? Jom Cuba Resipi Mudah Ni!](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design7.png)
Apa yang anda tahu mengenai cendawan?
Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya. Selain daripada tumbuh semula jadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan d ibiakan. Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.
Cendawan membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan dan dikatakan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, C
Cendawan Sebagai Snek Makan Malam
Bagaimana apabila kita dipanggil pada waktu tengah malam oleh seseorang dan beliau mahu memakan snek sebagai pengalas perut yang lapar. Malam sudah lewat dan perut terasa lapar dan anda mahu menyediakan satu hidangan dengan cepat dan jangan pula membakar kentang kerana ia tidak menyihatkan untuk dimakan pada waktu malam. Apa kata anda membakar bahan masakan ini iaitu cendawan shitake atau apa-apa jenis cendawan yang serupa dengannya yang berada di dalam peti sejuk di rumah anda. Resepi ini sangat mudah. Dalam masa satu minit, ia sudah boleh dihidangkan atau dibawa pergi. Dan semua orang boleh menyediakannya.
- Ambil beberapa cendawan shitake atau lain-lain cendawan segar dan bersihkan.
- Potong kakinya dan letakkan cendawan ini secara terbalik di atas aloi yang dibalut dengan pembalut aluminium.
- Renjiskan sedikit kicap soya manis atau kicap soya cair ke atas cendawan itu.
- Letakkan kepingan keju di atas cendawan dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu tinggi selama 1 minit.
- Setelah selesai 1 minit, keju akan mencair di atas cendawan dan baunya amat menyelerakan.
Resepi ini sangat mudah dan lazat. Cendawan lebih berzat untuk dimakan sebagai snek dari makanan lain di waktu malam. Cubalah sendiri resepi mudah ini di rumah. Jangan lupa membeli cendawan yang segar di pasar!
Kenapa Cendawan Penting?
Kenapa cendawan perlu ada dalam menu diet anda? Jom semak 4 manfaat yang anda perolehi dengan pengambilan cendawan secara konsisten.
1. Kaya Dengan Vitamin D
Fenomena jerebu yang melanda negara kita mencatatkan penurunan paras vitamin D yang penting untuk sistem tubuh. Jadi, sekiranya tiada makanan tambahan (suplemen) atau cahaya matahari yang suram, pengambilan cendawan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D. Hal ini kerana, cendawan merupakan satu-satunya sumber makanan berunsurkan sayuran yang lazat dan kaya dengan vitamin D (tindak balas yang terjadi dalam cendawan mampu menukarkan ergosterols kepada vitamin D apabila terdedah kepada cahaya).
2. Membaiki Sistem Imun Badan
Selain itu, cendawan juga merupakan sumber vitamin B yang baik dan memainkan peranan penting dalam sistem saraf serta dapat membantu memberikan tenaga dengan memecahkan protein, lemak dan karbohidrat. Betaglucans yang hadir dalam cendawan juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imunisasi seseorang terutamanya bagi mereka yang alergi terhadap sesuatu makanan. Manakala zat selenium dan ergothioneine pula membantu dalam melindungi sel-sel kita daripada rosak yang disebabkan oleh penyakit kronik.
3. KATAKAN TIDAK PADA OBESITI
Siapa yang tidak mahu badan kurus, ramping, cergas dan sihat, bukan? Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia. Mungkin ada di kalangan kita yang telah cuba bersenam dan kawal nafsu makan, tetapi berat tidak juga turun-turun.
Nah, ini ada berita baik! Mungkin dengan pengambilan cendawan boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Menurut kajian, ekstrak cendawan boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Cendawan juga mempunyai rasa yang seakan-akan daging ayam. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan amat digalakkan untuk menggantikan daging ayam dengan cendawan.
Bagi penggemar cendawan, tumbuhan spora ini enak jika dicampur bersama ke dalam masakan bergoreng, pai mahupun yang berkuah seperti sup. Kalau sukakan kelainan, dengan mencampurkan cendawan ke dalam kerabu atau salad juga nampak lebih menarik, bukan?
4. Kulit Lebih Anjal
Cendawan mengandungi pelembap yang dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus daripada zat mineral dan menjadi agen antioksida yang mampu membantu menyelamatkan kulit anda dari selaran matahari (sunburn), mengekalkan keanjalan kulit, di samping membantu mencegah dari mendapat kanser kulit
Resipi mudah homemade Sup Cendawan Sihat dari Dapur Brian!
Sumber: bldaily
Cara Mudah Buat Brownies Kedut Yang Sedap & Tahan Lama.
![Cara Mudah Buat Brownies Kedut Yang Sedap & Tahan Lama.](https://cdn.rasa.my/2019/03/Untitled-design-2-10.png)
Brownies antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, resipi mudah perkongsian saudari Nur Amira ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BROWNIES KEDUT
BAHAN-BAHAN:
- 130gm mentega/margerin
- 450gm dark chocolate compound
- 3 biji telur gred B
- 150gm gula perang
- 100gm tepung naik sendiri ( self raising flour)
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
2. Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3. Rupa telur dan gula yang telah siap dipukul.
4. Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
6. Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
8. Brownies kedut siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Amira
Resipi Popia Sira Sambal Sedap, Sekali Buat Dapat 50 Biji
![Resipi Popia Sira Sambal Sedap, Sekali Buat Dapat 50 Biji](https://cdn.rasa.my/2024/01/Untitled-design-2024-01-31T131138.194.jpg)
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
- 1 paket kulit popia( 50 keping)
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 batang lobak merah saiz sederhana
- 2 sudu makan udang geragau
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
- 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
- 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 2 sudu makan bijan
- 5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Kredit resipi & foto: NoraFiza Kamarin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official