
Bila makan Crab Rangoon ni, krup krap bunyinya. Rangup tak terkata. Isi filamen ketam di dalamnya, digabungkan pula dengan cream cheese buat rasanya memang padu.
Siapa yang pernah makan Crab Rangoon ni pasti tahu, satu tak pernah cukup. Dah makan, rasa nak lagi dan lagi. Ketagih dibuatnya.
Jom buat sendiri. Lihat saja resipi perkongsian daripada Fadzlin Adzlina ini. Padu!
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia / kulit wantan – Boleh beli online di sini
250g filamen ketam (1 paket)
½ batang lobak (dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan (pilihan) – Boleh beli online di sini
1 sudu makan serbuk lada putih – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil serbuk bawang putih
Segenggam daun bawang (dipotong kecil)
1 sudu kecil garam
250g cream cheese – Boleh beli online di sini
Sedikit daun kucai (untuk mengikat)
CARA MEMASAK:
Filamen ketam dipotong kecil, lalu dicampurkan hirisan lobak dan daun bawang. Gaulkan sebati.

Masukkan serbuk lada putih, cream cheese, minyak bijan, dan serbuk bawang putih.

Letakkan inti lebih kurang satu sudu besar ke dalam kulit popia.

Kemudian, buatlah bentuk yang disukai.

Bunjut seperti ini pun menarik juga.

Kemudian, ikat bunjutnya menggunakan daun kucai.

Gorengkan sehingga bertukar kuning keemasan dan boleh angkat.

Dah siap!

SOS CREAMY HIJAU ALA THAI
2 rumpun daun ketumbar (sekali dengan akar)
3 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini
½ cawan air biasa
6-7 biji cili hijau
1 sudu kecil sos ikan – Boleh beli online di sini
1-2 biji limau nipis (diambil jusnya sahaja)
6-7 sudu besar mayones
CARA MEMASAK:
Kisarkan daun ketumbar, air, cili hijau, sos ikan, mayones dan jus limau.

Setelah itu, letakkan di dalam mangkuk dan sedia untuk dijadikan sos pencicah.

Kredit: Fadzlin Adzlina
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Enaknya Kacang Kuda Rebus dan Versi Sambal, Mudah Je Buat Sendiri
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Tauhu Begedil & Sambal Kicap Padu

Menu tauhu begedil untuk makan petang, memang yang terbaik dan lagi sedap bila cicah dengan sambal kicap padu.
Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi Tahrunnisah Jali.
RESIPI TAUHU BERGEDIL SAMBAL KICAP PADU

BAHAN-BAHAN:
4-5 biji ubi kentang – beli online di sini
300gm daging/ayam | cincang/kisar
2 biji bawang besar | dicincang halus – beli online di sini
3 ulas bawang putih | dicincang halus – beli online di sini
2 sudu besar serbuk kurma (atau kalau tak ada, guna rempah sup) – beli online di sini
1 sudu kecik serbuk lada hitam – beli online di sini
Sedikit minyak untuk menumis
Secukup rasa /garam

TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
TONTON Makan Di Mana Ep 18: Ubah Selera, Perkena Menu Western
BAHAN CAMPUR:
Lada merah | dicincang halus – beli online di sini
Daun bawang/sup | dipotong nipis
Bawang goreng
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
20 biji tauhu pok
2biji telor | dipukul terlebih dahulu
Minyak untuk menggoreng
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulit lalu direbus sehingga masak tapi tak terlalu empuk. Dah masak, lecek ubi kentang hingga halus.
2. Panaskan kuali, letak 2 sudu minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah kurma/sup. Kacau-kacau.
3. Masukkan daging cincang/kisar dan lada hitam, kacau sebati sehingga masak dan masukkan secukup rasa/garam.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan adunan daging dalam adunan ubi kentang yang telah kita lecek dan masukkan semua bahan campur. Kacau sebati dan kalau rasa tawar, masukkan garam sikit lagi.
5. Potong tauhu (gambar) dan sumbat sedikit bergedil dalam tauhu tadi. Buat sampai habis.

6. Pukul telur dalam satu bekas. Sambil-sambil tu, panaskan minyak dalam kuali. Lagi bagus guna periuk kecik sahaja sebab nanti minyak yang akan digunakan biar terendam tauhu tadi.
7. Celup tauhu bergedil dalam telur dan masukkan dalam minyak panas tadi. Goreng biar warna keemasan.

BAHAN SAMBAL KICAP MENGANCAM:
5-10 biji cili api – beli online di sini
2 biji lada merah
2 ulas bawang putih – beli online di sini
3 sudu besar sos cili/tomato
2-3 sudu besar gula – beli online di sini
Garam
½ cawan kicap
CARA-CARA:
Campur kesemuanya dan kisar sebati. Boleh dimasak sebentar. Dah siap, boleh ditabur bawang goreng dan daun bawang.

Kredit resipi: Tahrunnisah Jali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda, Guna 5 Bahan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Gulung-gulung’… Inti Sedap Best Buat Berbuka dan Moreh Nih.

Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL

BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
- Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang holland /dicincang halus
- 1 ulas bawang putih/ dicincang halus
- 100 gm dada ayam/ dipotong kecil
- Garam secukup rasa
- 6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
- 3 cawan salad /dipotong kecil
- 1 1/2 keju cheddar parutan keju
- 1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
- 3 sudu makan mayonis
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit
4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan.
5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan.
6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Mexico
Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL

BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di
kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang Ada Stok Daging Kisar ?… Ni 5 Idea Terbaik Kudapan Arab .

Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- 5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
- 1 biji tomato | dihiris
- Sedikit daun salad | dihiris
- 2 biji jeruk timun
- 50 gm buah zaitun | dihiris
- Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
- 2 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kambing kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
- 300 gm serbuk roti
- 2 ulas bawang merah| dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
Bahan perapan :
- Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
- Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa.
2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ

BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
- 1 1/2 cawan marjerin
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
- Beberapa kulit popiah
- 1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya:
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa.
Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
- 300 gm daging kisar (inti)
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
- 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
- 3 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.

Resipi : CHEF SUHAILI MOHD NOOR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

