Untuk dapatkan hasil resipi cheesetart yang menjadi, banyak kali perlu mencuba hinggalah berpuas hati dengan kejadian akhirnya.
Menerusi resipi yang dikongsi Nor Azaliza Tarmizi atau Cikgu Liza ini, dia mencuba banyak kali sebelum akhirnya berpuas hati dengan hasil cheestart yang sedap dan sempurna.
Boleh cuba untuk minum petang bersama keluarga ye.
CHEESETART CIKGU LIZA
BAHAN BUAT SHELL CRUST:
(45 biji shell acuan 5.5cm) *3 ¼ cup tepung gandum (saya guna The Baker’s Choice) – beli online di sini *80gm mentega (saya guna Lurpak Slightly Salted) – beli online di sini *170gm marjerin (saya guna Planta) – beli online di sini *1 biji telur gred A *1/3 cawan gula kastor (saya guna CSR) – beli online di sini *1/2 sudu teh esen vanila
1. Satukan mentega, marjerin dan gula kastor. Gaul rata hingga sebati. 2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Kemudian uli dengan tangan. 4. Bulat-bulatkan adunan anggaran berat 18-20gm.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan tart yang telah dilengserkan dengan marjerin terlebih dahulu dan ratakan mengikut bentuk acuan (bahagian lebihan sebelah atas boleh ratakan guna hujung pisau) 6. Bakar adunan pada suhu 170°c selama 25 minit (panaskan ketuhar 10 minit dahulu sebelum membakar adunan). 7. Biarkan lebih kurang 15 minit, baru keluarkan dari acuan.
Ads
BAHAN UNTUK CREAM CHEESE:
(45 biji cheese tart 5.5cm)
*750gm cream cheese (saya guna Philadephia sebab itu yang ada, guna jenama lain pun boleh) *1 cawan gula icing (saya guna CSR) – beli online di sini *1 ½ sudu teh esen vanila *6 sudu besar telur sejuk (saya guna 2 biji telur gred A yang dibuang punatnya, pukul bagi rata kemudian sukat guna sudu sukatan)
1. Pukul cream cheese sehingga licin, lembut dan berkilat menggunakan mesin pengadun (jangan terlebih pukul, nanti cair adunan. Cukup sehingga cream cheese rata dan tidak berketul). 2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul seketika hingga sebati. 3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul dalam 10-15 saat sahaja.
Ads
4. Paipkan adunan cream cheese ke dalam shell crust yang telah siap dibakar tadi dan diletakkan filling pilihan (filling saya beli di kedai bahan bakeri perisa blueberry, stawberry dan nutella). 5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 7 minit (pastikan ketuhar telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu). 6. Setelah siap, bolehlah dihias di atasnya. Tak nak hias pun tak mengapa. Enak dimakan jika disejukkan dalam peti sejuk seketika.
Daging Masak Hitam ini rupanya mudah dan cepat sahaja untuk disediakan. Rebus dan hiris nipis siap-siap baru senang nak masak. Boleh buat untuk lauk makan malam dan juga makan tengah hari.
Daging masak hitam adalah lauk yang sesuai dimakan dengan nasi, bubur nasi ataupun nasi himpit. Daging yang dihiris nipis, kemudian dimasak sebegini memang sedap sekali. Tidak perlu banyak lauk lain, lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk menambat selera.
Jangan lupa cuba nanti resipi yang dikongsikan ini.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
3 biji buah keras*
1 inci halia*
3 batang serai*
Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
CARA MEMBUAT
1. Daging direbus dan dipotong nipis. Simpan air rebusannya.
2. Kisar bahan bertanda (*)
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Apabila sudah agak garing, masukkan daging.
4. Masukkan kicap manis dan air rebusan daging. Kacau.
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Kacau lagi.
6. Masukkan garam. Taburkan cili hijau dan cili merah. Masukkn bawang besar yag dihiris bulat. Kacau lagi. Kemudian, biarkan seketika. Matikan api.
7. Hidang dan taburkan bawang goreng.
TIP: Buah keras wajib ada kerana itulah bahan yang menjadikan rasa daging ini lemak-lemak dan sedap.
Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili.
Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Tak makan ketam? Jangan risau. Boleh sahaja gantikna dengan udang atau isi ayam. Goreng terlebih dahulu dengan bancuhan tepung gandum. Memang ngam! Oh ya, kena guna telur masin asli tau. Barulah lebih enak. Elakkan guna campuran telur masin segera. Kurang enak rasanya.
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SALTED EGG CRAB MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN
Terasa nak makan pasta tapi versi lain sedikit dari yang biasa anda masak? Boleh cuba resipi Chicken Tortelinni ni. Penuh krim, kaya dengan rasa keju, mudah malah sekali imbas, persis hidangan dari restoran Itali yang mewah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!