Miang Pla Pao adalah sajian yang tidak asing lagi di Thailand. Jika ke Kelantan, ada restoran yang menyajikan sajian ini. Sangat sedap. Selain ikan tilapia, boleh juga menggunakan ikan siakap, aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi. Paling penting, sosnya harus sedap. Makan pula dengan aneka ulam dan sayur segar, cukup mengenyangkan. Cubalah. Saudari Noor Hayato Tukey Emas ada kongsikan resipinya.

 

RESIPI MIANG PLA PAO & SOS HIJAU

Resipi Miang Pla Pao Ikan Talapia & Sos Hijau Thai Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan talapia – dibersihkan ( boleh ganti dengan ikan siakap)
  • 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 inci halia – beli online DISINI
  • Garam secukup rasa – beli online DISINI
  • Serbuk kunyit secukupnya – beli online DISINI

BAHAN SOTONG, UDANG & KERANG:

  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • 4 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 1/2 inci halia – beli online DISINI
  • Garam secukupnya
  • Kerang rebus

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang putih, halia, garam dan kunyit.

2. Lumurkan pada ikan tilapia yang sudah dibersihkan hingga rata.

Resipi Miang Pla Pao Ikan Talapia & Sos Hijau Thai Sedap

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Jika tidak suka tilapia, boleh juga guna ikan siakap.

IKLAN

5. Untuk perapan sotong dan udang, tumbuk bawang putih, halia dan garam.

6. Gaulkan pada sotong dan udang. Perap seketika.

7. Kemudian bakar sotong dan udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.

8. Untuk menikmati, susun ikan, sotong bakar, udang bakar, kerang rebus, bahan-bahan sampingan dan juga semua sos di dalam dulang atau bekas besar.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

BAHAN SOS HIJAU THAI

  • 10 tangkai cili padi hijau 
  • 5 biji limau nipis dan limau kasturi
  • 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 2 sudu makan sos ikan – beli online DISINI
  • 2 sudu makan sos plum – beli online DISINI
  • 1 akar ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Bersihkan semua bahan dan tumbuk hingga lumat.

Resipi Miang Pla Pao Ikan Talapia & Sos Hijau Thai Sedap

2. Rasa dan tambah garam serta gula untuk menyedapkan rasa. Boleh ubah suai bahan ikut cita rasa masing-masing.

 

BAHAN SOS THAI (boleh juga dimakan bersama daging bakar)

  • 5 tangkai cili merah 
  • 5 tangkai cili hijau 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 gula melaka – beli online DISINI
  • 1 sudu gula pasir – beli online DISINI
  • 1 sudu sos ikan – beli online DISINI
  • 1 sudu sos plum – beli online DISINI
  • 1 sudu air suam
  • 1/2 chili flakes @ emping cili – beli online DISINI

CARA MEMBUAT:

1.Satukan semua bahan kemudian kisar. Sedia untuk dihidangkan.

IKLAN

BAHAN SAMPINGAN:

  • Daun ketumbar – dihiris
  • Mihun@Suhun Siam – beli online DISINI
  • Salad

Kredit resipi & foto: Noor Hayato Tukey Emas

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-odading-dari-indonesia-ni-memang-sedap-patutlah-viral/

Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!

Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Sangat Gebu & Sedap. Begini Cara Buatnya.

Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=KDOVztRoD3A

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI