Hot dog atau sosej cheese puff ini boleh kita jadikan menu sarapan atau makan petang. Cara membuatnya cukup senang kerana menggunakan puff pastry segera. Bahan serta cara menyediakannya juga cukup ringkas. Nak buat selalu pun tiada masalah.
Cara buat hot dog cheese puff mudah
Ads
Ads
Ads
Bahan-bahan
Hot dog/ sosej
Kepingan keji
Puff pastry (jenama Kawan)
1 biji kuning telur (untuk disapu)
Cara membuat
1.Ambil kepingan keju letak di atas permukaan puff pastry, kemudian letak hot dog di tengahnya. Gulung ikut citarasa.
2. Selepas siap digulung, sapu pastry dengan kuning telur yang sudah dipukul.
3. Panaskan dulu air fryer pada suhu 200 darjah Selsius selama lima minit.
4. Kemudian barulah dimasukkan hot dog cheese puff ke dalam air fryer untuk dibakar selama 10 minit pada suhu 200 darjah Selsius.
Kadang tak tahu nak sarapan apa. Asyik-asyik nasi lemak, nasi goreng. Kan? Nah RASA kongsikan menu sarapan untuk korang cuba buat. Try la buat. Senang je. Yang pasti, kenyang.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
BAHAN SOS:
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang putih
250 ml stok rebusan tulang ayam
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos soya cair
1 sudu besar minyak bijan
Sayur-sayuran
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
1 tangkai daun bawang
1 biji telur ayam
1 ketul yee mee
100 gram daging siap masak (dihiris)
1 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan masukkan stok ayam. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan lada sulah, garam, sos tiram, sos ikan, sos soya cair dan minyak bijan.
2. Masukkan sayur-sayuran dan kacau sup. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga pekat.
3. Masukkan daun bawang dan kacau lagi.
4. Matikan api dan masukkan telur. Pecahkan kuning telur dan kacau sedikit.
5. Masukkan yee mee dan letakkan daging. Tuang kuah dan hiaskan dengan daun ketumbar.
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK:
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Uli sendiri doh tepung untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu. Doh di lilit pada sosej dan digoreng dalam minyak panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
Sandwich lof ayam menu sarapan untuk suami dan anak-anak. Nak sediakan hidangan ini pun tak susah. Buat cantik-cantik dan potong macam beli sandwich mahal kat kedai mesti anak dan suami suka.
Jangan lupa tambah hidangan lain seperti telur dan juga kentang goreng untuk cemilan bersama. Zurina Zulkefli berkongsi resipi sandwich yang sering dibuat untuk bekal suaminya ke pejabat. Memang nampak sedap dan menyelerakan. Nak buat untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
– 4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
– 2 KEPING LOF DAGING AYAM. Goreng di atas kuali sehingga masak.
– 6 HIRISAN TIMUN JEPUN. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
– 6 HIRISAN LOBAK MERAH. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
– 2 HELAI DAUN SALAD. Basuh dan keringkan.
– 1 KEPING KEJU
– Sos bijan panggang
Cara menyediakan sandwich:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad
Dubai Chewy Chocolate ialah pencuci mulut viral yang menggabungkan coklat premium, inti pistachio dan tekstur kenyal yang unik. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk menghasilkan versi terbaik di rumah.