Di hari-hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera.   Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau pedas sedikit.  Satu lauk pun sudah cukup. Tak percaya korang cuba tiga menu ayam yang ringkas ini tapi hasilnya terbaik.

 3 Menu Ayam Ini Memang Win, Sedap &10 minit Je Masak.

AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

3 Menu Ayam Ini Memang Win, Sedap &10 minit Je Masak.

AYAM SERUNDING SERBUK ROTI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  •  1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
  4. Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
  6. Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
  8. Masukkan ayam dan tutup api.
  9. Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.

3 Menu Ayam Ini Memang Win, Sedap &10 minit Je Masak.

AYAM MADU CILI KERING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  6. Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI