Asam Laksa Cina, memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Sedap! Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair. Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH: 3 liter air 1 kg ikan sardin/kembung/selayang 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini 5 senduk cili kisar – beli online disini 3 sudu makan asam jawa – beli online disini 8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini 5 tangkai daun kesum 3 batang bunga kantan 2 tangkai daun pudina Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini Garam dan serbuk perasa P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
Ads
BAHAN KISAR: 100gm bawang merah besar India – beli online disini 25gm belacan – beli online disini 13 tangkai cili padi hijau 1 batang serai saiz sederhana 300gm nanas 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS): Daun salad Bawang merah besar India Asam limau kasturi Telur rebus Timun Cili Padi Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing. 3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang. 4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih. 5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. 6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. 8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Nasi Butter atau Nasi Mentega memang sedap. Rasa lemak-lemak masin dan wangi menjadikan kita begitu berselera. Anak-anak pun suka. Biasanya Nasi Butter ni dihidangkan bersama Kurma Telur, Ayam Masak Merah dan Jelatah. Kadangkala, tak perlu lauk pun dah boleh buat si kecil makan dengan banyak. Bagi anda yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Ismi Yatie Ummu Haziq ni antara yang mudah.
CARA MASAK NASI BUTTER YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6 pot (cawan sukatan) beras – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi. ( empunya resipi guna beras biasa sahaja)
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat @ susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Set ‘’setting’’ seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya tengok resipi Sunquick Honey Sesame Chicken ni. Mudah dan ringkas tetapi menyelerakan.
Tak perlu banyak lauk pun kalau dapat menu macam ni. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Fienaz Shafie ini.
SUNQUICK HONEY SESAME CHICKEN
BAHAN PERAPAN AYAM:
1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar bawang putih 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu kecil garam 1 biji putih telur 1 sudu besar tepung jagung
Isi ayam | dipotong kecil-kecil 2 sudu besar bawang putih – beli online di sini 1 sudu besar halia – beli online di sini 2 sudu besar ghochujang (kalau tak ada, boleh gantikan dengan cili boh) 2 sudu besar garam Biji bijan (untuk hiasan) Daun bawang (untuk hiasan) | dihiris halus
1. Campurkan semua bahan perapan di dalam satu bekas. Kacau-kacau bagi sebati. 2. Kemudian masukkan ayam dan gaul-gaulkan bagi sebati. Perap seketika.
SUNKIST HONEY 4
3. Sementara itu, siapkan bahan sos. Campurkan semua bahan sos dalam bekas atau mangkuk kecil. Kacau-kacau bagi sekata. Ketepikan. 4. Ayam yang telah diperap tadi, gaulkan dengan tepung jagung. Gaul biar bagi sekata semuanya ye.
5. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak ye untuk menggoreng. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan. 6. Kemudian, goreng sekali (double frying) untuk tekstur ayam yang lebih garing. Angkat dan toskan ayam.
7. Kemudian, di dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. 8. Kemudian, tuang sos yang telah disiapkan lebih awal tadi. Gaul bagi sebati. 9. Masukkan ghochujang dan garam. Kacau-kacau sekata.
10. Bila dah mendidih, masukkan ketulan ayam goreng tadi. Gaul-gaul bagi sebati. 11. Taburkan biji bijan. Gaul lagi. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap.
Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.