
Ikan Tumis Kari Masak Kicap, buat menu ni pasti selera bertambah. Nak buat atau masak hidangan ini pun tak susah.
Bukan sahaja orang dewasa suka, malah sesuai juga untuk hidangan anak-anak. kalau nak pedas sikit boleh tambah cili padi dalam hidangan.
Kalau dah buntu nak masak lauk apa, hidangan ini boleh dijadikan pilihan untuk lauk makan siang dan juga malam.
Ikan Tumis Kari Masak Kicap

Bahan-bahan:
10 ekor ikan sardin
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
2 sudu makan serbuk kari
2 tangkai daun kari
1 biji tomato
1 biji kentang
½ bawang holland dihiris
3 sudu sos tiram
½ cawan kicap manis
Sedikit air

CARA MEMASAK:
- Goreng ikan dan kentang dahulu kemudian ketepikan, sementara tu kita mula tumis bahan lain.

- Panaskan minyak, guna sedikit lebihan goreng ikan tadi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai naik bau wangi.

- Kemudian masukkan serbuk kari, kacau sebati

- Masa ni bau wangi tumisan serbuk kari pasti naik sampai rumah atas.

- Masukkan sos tiram, kacau sebati

- Masukkan kicap manis, kacau lagi.

- Masukkan sedikit saja air (¼ atau ½ cawan) untuk mengurangkan kepekatan kicap. Tak perlu perasakan dengan garam lagi kerana kicap manis tu dah seimbang rasa.

- Masukkan ikan goreng dan kentang goreng. Pelan-pelan kacau supaya kuah bersalut dan meresap dalam ikan.

- Akhir sekali, campak masuk potongan tomato dan hirisan bawang holland. Kacau kilas seminit dua dah boleh ditutupkan apinya

- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Mohd Rozmie #DariDapurMR
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari, Mudah & Sedap. Campak-campak Siap!
Gulai Ikan Utara, Letak Halba Baru Ngam, Makan Dengan Nasi Putih Memang Surrr…
Resipi Ikan Bakar Cara Indonesia. Simple, Mudah & Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!

Menu sambal ikan bilis memang ada pelbagai versi, namun resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini sangat mudah, sedap dan sesuai untuk semua hidangan. Sambal ini enak dimakan dengan nasi putih, pulut, lontong, nasi impit mahupun ketupat. Rugi kalau tak cuba kerana rasanya pedas manis dan cukup membuka selera.
Bahan-bahan Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Bahan utama:
- 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula – boleh ubah ikut cita rasa
- 1 inci gula melaka
- Sedikit minyak masak
Bahan tumbuk kasar:
- 4 biji cili merah – potong kasar
- 2 biji tomato – belah 8
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
Cara Memasak Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng
- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan dan angkat.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan tumbuk kasar hingga pecah minyak dan wangi.

- Masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul hingga sebati.

- Tambahkan gula melaka dan biarkan hancur sepenuhnya sebelum dimasukkan garam serta gula.
- Rasa sambal dan sesuaikan perasa mengikut cita rasa.
- Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng siap untuk dinikmati!

Tips Tambahan:
- Jika suka sambal lebih pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi dalam bahan tumbuk.
- Untuk tahan lama, pastikan sambal dimasak hingga benar-benar pecah minyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung. Mudah, Sedap & Jadi Kegemaran Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah & Enak Yang Sesuai Dijadikan Menu Kenduri.

Sebelum puasa ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG

BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
- 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
- 1 kg santan pekat
- 1 liter air
- 1 sudu makan gula melaka
- 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 7 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
- Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
- Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
- 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
- 2 biji bawang besar | hiris kasar
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 5 sudu makan sos Hoisin
- 1 botol besar sos cili Thai
- 5 sudu makan sos plum
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
- Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
- Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
- Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR

BAHAN-BAHAN:
- 1kg anggur hitam
- 3 biji timun jepun
- 3 biji tomato masak
- 1 biji bawang holland
- 1 cawan cuka makan
- 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan semua bahan dan toskan.
- Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
- 1kg brokoli | dipotong sedang
- 1kg bunga kubis | dipotong sedang
- 500gm kacang pis
- 3 biji bawang besar | dihiris halus
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
- 5 sudu makan serbuk perisa
- 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG

BAHAN-BAHAN:
- 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
- 1 kg santan pekat
- 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
- 2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
- Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
- Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bawal Goreng Sos Tiram, Lauk Simple Tapi Rasanya Padu Macam Makan Kat Restoran!

Kalau anda tengah mencari idea lauk ringkas tapi nampak “fancy”, Bawal Goreng Sos Tiram ini memang pilihan yang tepat. Hidangan ini nampak simple, tapi rasanya cukup padu. Ada gabungan manis, masin dan pedas ringan yang buat nasi putih pun boleh habis sepinggan!
Resipi ini sesuai sangat untuk makan tengah hari dan juga makan malam. Tak perlu banyak bahan, tak renyah tetapi hasilnya tetap nampak mewah di meja makan. Jom kita tengok cara penyediaannya dan kenapa lauk ni wajib masuk dalam senarai masakan wajib cuba minggu ni.
Bawal Goreng Sos Tiram

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan bawal | dilumur garam & serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 3 biji bawang merah | dihiris & digoreng garing
- ½ cawan sos tiram
- 1 sudu besar kicap sotong
Bahan Tumis:
- 2 biji bawang merah | dipotong dadu
- 6 ulas bawang putih | dipotong dadu
- 1 inci halia | dihiris nipis
- 2 batang akar ketumbar
- 1 batang serai | dihiris nipis
- 8 biji cili padi
- 3 helai daun limau purut
Cara Memasak:
- Goreng bawang besar yang telah dihiris hingga garing. Angkat dan toskan.
- Lumurkan ikan bawal dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Di dalam minyak yang panas, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Bila bawang dah agak layu, masukkan halia dan akar ketumbar. Gaul seketika kemudian masukkan serai.
- Masukkan cili padi dan gaul rata. Masukkan daun limau purut.
- Bila dah sebati, masukkan sos tiram dan kicap sotong. Gaul sebati. Kalau nak berkuah sedikit, boleh tambah air.
- Letakkan bahan tumis di atas ikan, diikuti bawang goreng dan hidangkan panas.

Tip & Variasi Menarik
- Jenis ikan lain pun boleh! Kalau tak ada bawal, ikan siakap, jenahak, atau kembung pun sesuai.
- Tambah sayur – Boleh letakkan hirisan bawang besar, cili merah, atau daun bawang di akhir masakan untuk nampak lebih berwarna dan berkhasiat.
- Nak versi lebih pedas? Gantikan separuh cili padi dengan cili kering yang digoreng garing dan tumbuk kasar.
- Kuah pekat berkilat – Tambah sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air sebelum angkat supaya sos lebih likat dan cantik berkilat bila disiram atas ikan.
Kenapa Wajib Cuba Bawal Goreng Sos Tiram
Sos tiram memang bahan ajaib dalam masakan — cukup untuk menaikkan rasa tanpa perlu banyak bahan lain. Bila digandingkan dengan ikan bawal, rasanya seimbang: ada masin, manis, pedas, dan wangi herba segar. Hidangan ini juga tak ambil masa lama untuk disiapkan — kurang daripada 30 minit pun boleh siap!
Paling best, walaupun lauk ni simple, bila dihidangkan dengan hiasan bawang goreng rangup dan daun limau purut, terus nampak macam lauk restoran masakan Thai atau Cina Muslim. Jadi, kalau anda nak masak sesuatu yang cepat tapi nampak effort, Bawal Goreng Sos Tiram inilah jawapannya — wangi, berkuah sedap, dan confirm licin pinggan!
Cadangan Hidangan
Makan bersama nasi putih panas, sambal belacan, dan sayur kangkung goreng belacan — memang padu habis! Selamat mencuba dan jangan lupa share hasil masakan anda di media sosial dan tag kami supaya lebih ramai boleh cuba resipi ringkas tapi sedap ni! 😋
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!
Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.
Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Dapatkan Sos Tiram sekarang
Sos Tiram serbaguna ni buat apa pun jadi sedap — dari bawal goreng sampai lauk berkuah, semuanya onz!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!














