Jom masak Ikan Cencaru Bakar istimewa ni. Menurut empunya resipi saudari Cik Amy, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!

CARA MASAK IKAN CENCARU BAKAR INDONESIA

Resipi Ikan Bakar Cara Indonesia. Simple, Mudah & Sangat Sedap!
BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
2 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar beli online disini
8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
1 biji cili merah
7 sudu makan kicap lemak manisbeli online disini
2 sudu makan gula
1 biji buah keras beli online disini
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja

CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan ikan dan toskan airnya.
  2. Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
  3. Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
  4. Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
  5. Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati panas-panas.

Kredit resipi & foto: Cik Amy

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI