Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
.
8 biji bawang kecil (merah)
Segenggam ikan bilis
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi
½ biji limau Kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
.
Ads
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
Ads
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
.
Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halaldan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA BUAT CILI BOH HOMEMADE YANG TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong nipis-nipis
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
125ml kicap pekat
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5cm halia
4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.
Terasa nak makan kek keju yang lembut, enak berkrim. Buat penggemar coklat, kek keju coklat pasti jadi pilihan.
Biskut coklat, coklat gelap, dan serbuk kok , kek keju coklat memang kaya dengan rasa coklat. Bahagian dasarnya gunakan biskut coklat yang kosong contohnya biskut marie perasa coklat atau sebarang biskut coklat, dipecah-pecahkan dan jangan lupa sejukkkan dalam peti sejuk
KEK KEJU COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Mentega, dicairkan untuk pecahkan minyak 1 x 250g bungkus biskut coklat (kosong), dipatah-patahkan 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis 150g mentega, dicairkan 250g coklat gelap (dark chocolate), dicincang atau halus 155g (3/4 cawan) gula kastor (caster sugar) 3 biji telur 3 x 250g peket krim keju (cream cheese) 2 sudu besar serbuk koko (cocoa powder), diayak 1 sudu teh esen vanilla 2 x 300g pek krim masam (sour cream) Serbuk koko, tambahan, untuk digunakan ketika menghidang Krim, untuk hidangan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada 160°C. Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak atau baking paper.
2. Masukkan biskut coklat (dipecah-pecahkan), serbuk kulit kayu manis dan mentega dalam satu mangkuk dan kisar kesemuanya hingga sebati.
3. Kemudian, pindahkan ke dalam loyang. Pastikan sapuan rata di seluruh bahagian terutama di bahagian-bahagian tepi (sisi loyang). Setelah itu tutupkan dengan plastik (plastic wrap) masukkan dalam peti sejuk untuk menyejukkan bahan-bahan tersebut selama 30 minit.
4. Panaskan coklat gelap (dark chocolate) dalam periuk selama kira-kira 5 minit atau sehingga cair.
5. Masukkan gula dan telur dalam sebuah mangkuk besar dan pukul hingga kelihatan ringan dan berkrim (light and creamy). Setelah itu tambahkan krim keju dan pukul hingga sebati.
6. Masukkan coklat hitam, serbuk koko dan vanilla satu persatu dan kacau hingga sebati. Tambahkan krim masam dan kacau sebati.
7.Tuangkan sebatian atau bahan-bahan tersebut ke atas biskut dan dan ratakan agar kelihatan kemas. Bakar selama 1 jam dengan kaedah double boil.
8. Kemudian tutup oven dan biarkan kek tersebut di dalam oven, dengan pintunya terbuka, selama 2 jam atau sehingga benar-benar sejuk. Ini untuk mengelakkan kek daripada meretak.
9.Setelah itu tutup kek dengan kemas dan pindahkan ke peti sejuk selama 2 jam untuk menyejukkannya. Taburkan serbuk koko dan hidangkan dengan krim.
Sumber :FB : Buku Resepi Cik Bunga April
ANDA BOLEH JUGA TENGOK RESIPI KEK COKLAT LEMBAB NI :
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...