Dalam Malaysia ni, semua kaum boleh dikatakan sangat suka dengan sambal. Kita semua sudah biasa makan makanan yang ada cita rasa pedas. Jadi, apa kata kalau buat sendiri sambal. Buat yang garing supaya tahan lama. Melalui facebook, Nana Ereena berkongsi resipi sambal bilis garing. Boleh dimakan dengan nasi di rumah atau ketika berpergian ke destinasi percutian.
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng (BELI DI SINI)
1 mangkuk ikan bilis
Cili kering (ikut tahap pedas yang dimahukan)
Sedikit daun kari (jika suka)
1 mangkuk bawang goreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng cili kering pula. Goreng hingga berkilat. Angkat dan toskan.
3. Tumbuk cili kering.
4. Tumbuk kasar bawang goreng.
5. Panaskan kuali tanpa minyak masak. Masukkan semua bahan tadi. Kacau.
6. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul sebati. Matikan api. Angkat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ikan cencaru adalah antara ikan yang sedap kalau dimasak sumbat dengan cita rasa pedas. Kalau dibakar pun sedap dimakan dengan air asam. Tapi kali ni RASA nak kongsikan cara masak ikan cencaru yang disumbat dan kemudian digoreng.
CENCARU SUMBAT PEDAS
BAHAN-BAHAN
• 4 ekor ikan cencaru
• 20 biji cili merah dan hijau
• 1 labu bawang besar
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 labu bawang besar (dihiris bulat)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan.
2. Kisar cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan. Jangan hancur sangat.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru. Biarkan selama 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan. Ini supaya ikan tidak hancur.
Hidangan ala India ini pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang gemarkan daging kambing sebagai bahan utama masakan. Pedas dan menyelerakan dengan rempah masakan yang digunakan oleh Chef, K. Rathakrishnan A/L Karnaya yang sudi berkongsi menyediakan menu mudah dan ringkas ini.Anda semua boleh mencuba resipi ini sebagai menu hidangan untuk seisi keluarga, atau jika ada tetamudatang bertamu.
Pinterest
KAMBING VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing |potong kecil bersih dan toskan
1sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
Gaul semua rempah ratus di atas bersama daging dan perapkan lebih kurang 15 minit.
2 sudu makan serbuk kari daging
1 biji bawang besar | mayang
2.5cm halia | kisar
3 ulas bawang putih |kisar
3 sudu makancili kering | kisar
4 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
Sedikit kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, daun kari, rempahempat sekawan dan hirisan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cilidan serbuk kari daging, kacau dan biar sedikit garing.
Seterusnya, masukkan daging kambing, sedikit air dan masak hingga mereneh.
Kemudian masukkan pula kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masak dengan api sederhana hingga kuah menjadi pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk menghilangkan bau kambing, cuci menggunakan tepung atau air asam jawa kemudian bilas dengan air bersih sebelum ditoskan.
Waktu memasak: 30-45 minit
Keistimewaan:Mudah disediakan dan kaya dengan aroma rempah ratus.
Ada hari kita teringin nak makan nasi dengan lauk yang simple saja. Bila datang selera begini boleh buat telur hancur pedas ini. Makan dengan nasi panas dan kicap memang ngam.
Resipi Telur Hancur Pedas
Bahan-bahan
3-4 biji telur
8-10 tangkai cili kering -dibelah dua
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos tiram (jika suka)
Cara membuat
1.Goreng cili kering yang dibelah dan ikan bilis hingga garing secara berasingan.
2. Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis dan bawang putih guna lesung batu. hingga hancur.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi.
4. Pecahkan telur dan kacau rata dengan bahan tumisan dan perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sos tiram.
5. Bila telur sudah berketul-ketul boleh tutup api. Siap untuk dimakan nasi dan kicap. Boleh juga dimakan dengan roti.