Sedapnya Karipap Inti Ikan ni. Lama rasanya tak mencuba juadah popular dari Terengganu ni. Berbeza dengan karipap biasa yang menggunakan kentang atau sardine tin, karipap ini menggunakan inti ikan segar yang dimasak bersama santan dan ramuan-ramuan lain. Memang sangat membuka selera. Sedap boh. Rugi tak cuba. Bagi anda yang rasa, resipi mudah dari saudari Hajar Mohd ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
1. Masukkan tepung gandum ke dalam besen bersama garam. Gaul rata.Kalau tak letak garam nanti tawar pula.
2. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas.
3. Bila minyak sudah panas mendidih, terus tuang ke dalam besen berisi tepung tadi.
4. Cepat -cepat gaul minyak panas bersama tepung dengan menggunakan spatula. Jangan gaul guna tangan nanti melecur pula.Kalau tiada spatula, boleh guna senduk, sudip atau garpu.
5. Bila tepung tadi sudah sejuk sedikit, ramas-ramas dengan tangan supaya adunan tidak berketul.
6. Masukkan air sejuk dari peti ais atau air berais sedikit demi sedikit. Uli adunan sampai jadi doh.
IKLAN
7. Tutup doh dan rehatkan sekurangnya 10-15 minit. 8. Leperkan doh dan sedia untuk dimasukkan inti.
BAHAN INTI IKAN:
1kg ikan Selayang @ sardin 1 sudu teh halba – beli online disini 5 ulas bawang merah @1 biji bawang merah besar – mayang 1 inci halia – mayang halus 2 cawan santan segar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan rebus menggunakan air secukupnya.
2. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan tadi. Tumbuk kasar isi ikan tadi.
3. Seterusnya sediakan bahan-bahan yang diperti halba, bawang dan halia.
IKLAN
4. Masukkan santan segar ke dalam kuali. Boleh juga menggunakan santan kotak. Masukkan isi ikan yang ditumbuk kasar.
5. Hidupkan api dapur dan masukkan bahan mayang tadi ( bawang merah, halia dan halba).
6. Masak dan kacau hingga kuah santan kering atau sedikit lembap.
7. Ambil kulit karipap yang sudah dicanai tadi, masukkan inti dengan secukupnya dan kelim bahagian tepi. Lakukan hingga habis adunan.
8. Panaskan minyak dan goreng semua karipap tadi. Tip untuk kulit karipap yang licin ialah, goreng guna api perlahan.
9. Karipap Inti Ikan yang siap dimasak. Jika ada lebihan, boleh dsejukbekukan.
Nasi Goreng Sardinperkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah diperolehi. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk keluarga, sajian ini antara yang terbaik dan boleh dicuba. Semua pasti sukakannya. Jom lihat cara-cara penyediaan.
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga lumat. Bilangan cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang digemari.
2. Bila bahan tumbuk sudah lumat, masukkan garam dengan secukupnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik kerana ikan sardin ini akan meletup-letup bila digoreng.
4. Ikan sardin yang telah siap digoreng perlu dihacurkan.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan ikan sardin tadi. Masak hingga hancur namun tidak perlu masak terlalu lama kerana ikan telah masak.
7. Seterusnya masukkan telur. Gaul rata dan masukkan nasi yang telah diperoikan. Gaul rata.
8. Untuk menambahkan seri nasi goreng, tambahkan kicap lemak manis dengan secukupnya. Gaul hingga rata.
9. Akhir sekali masukkan hirisan kubis dan juga kacang panjang. Gaul sampai semua bercampur rata dan lembut.
Siapa penggemar murtabak? Biasanya kalau tiba bulan Ramadan, barulah murtabak banyak dijual. Kadang nak dapat yang mengikut selera dan sempurna memang sukar. Jadi apa kata buat sendiri. Tak perlu nak uli dan canai pun tepung hanya menggunakan kulit popia , sedap rasanya. Bolehlah cuba buat nanti.
MURTABAK AYAM KULIT POPIA
Bahan-bahan: Sukatan inti ayam ikut sesedap selera
Inti Ayam: 2 labu bawang besar dipotong dadu kecil-kecil 3 ulas bawang putih,ketuk dan cincang halus 1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji 3 keping dada ayam dipotong dadu kecil-kecil / boleh guna ayam Kisar Ramly 1 biji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecil-kecil. Rebus empuk dan toskan. 2 sudu makan rempah kari daging cap O 2 sudu Rempah Kurma cap O /lain-lain jenama 1/2 sudu makan lada hitam biji ditumbuk halus Garam halus secukup rasa 1 sudu makan serbuk Hilal Sedikit gula Daun sup dihiris halus secukupnya
Kulit popia 2/3 biji telur atau secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jangan cair sangat bancuhan inti lepas disatukan dengan telur.
Cara membuat: **Inti ayam 1.Tumis bawang besar, bawang putih,lada hitam dan halia.Kacau hingga naik bau. 2.Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak. 3.Masukkan ayam,kacau-kacau hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering. 4.Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau-kacau dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam. 5.Biarkan sejuk,kemudian campurkan inti dengan telur mentah yang telah dikocok. Kacau rata.
Cara buat murtabak: 1.Ambil sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan. 2.Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dengan sedikit minyak dalam kuali nonstick hingga masak kekuningan.
3.Masak dengan api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap,sedap dinikmati panas-panas bersama kuah jeruk bawang atau sos cili. Makan macam tu pun dah sedap.
**Boleh tambahkan cili serbuk/cili kisar dalam bancuhan rempah untuk masak inti ayam. Saya tak letak sebab takut pedas. Kredit: Zurina Kifli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Boleh dikatakan ramai orang terutama kanak-kanak memang suka ayam panggang, terutamanya bahagiaan dada kerana ia senang disediakan, tiada tulang dan cepat masak. Cuma ramai emak-emak bila sebut ayam panggang macam rasa susah nak buat kat rumah, sebab sebut je panggang ingat masakan barat yang tak biasa masak. Sebenarnya tak susah pun, ia semudah goreng ayam cuma bahan berbeza dan perlu dibakar, itu je.
.
Jom kita buat sendiri di rumah dengan cara paling mudah, hanya 20 minit dada ayam panggang masak dan sedia dihidang bersama nasi ataupun dengan mashed potato, coslow mahupun salad.
Bahan perapan terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Jika tidak mahu pening fikir soal resipinya, ini bahan perapan paling mudah boleh korang cuba.
Ini dia bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:
2 keping dada ayam tanpa tulang
1 1/2 sudu makan mentega
1 biji lemon | parut kulitnya
1/2 sudu teh cajun
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
.
Gaulkan bahan perapan ini dengan isi dada ayam perap seketika kemudian bakar. Untuk membakar terpulang kepada anda sama ada ingin membakar menggunakan kuali atau ketuhar.
Untuk menikmati ayam bakar ini anda boleh hidangkan bersama sos lada hitam, sos cendawan atau sos mustard dan tambah dengan kentang lenyek atau salad pilihan anda.