Ini adalah hidangan sampingan. Bukan makanan berat tapi boleh mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Lagi-lagi kalau ketika hujan. Hidangan ini dibuat daripada nasi, tepung gandung dan juga pulut. Ketiga-tiganya ada sambal. Bolehlah cuba.
PUNTEN
BAHAN SAMBAL CILI
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
100 gram ikan bilis
5 biji cili padi
Segenggam cili kering (rebus dan kisar dengan cili padi)
1 sudu besar air asam jawa
Gula
Garam
1 cm belacan
1 labu bawang besar (hiris)
CARA BUAT SAMBAL CILI
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumis dengan 3 sudu besar minyak masak. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan pes cili padi dan cili kering.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati. Masukkan belacan. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar. Kacau dan biar seketika. Matikan api.
BAHAN NASI HIMPIT
2 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air
Ads
CARA BUAT NASI HIMPIT
1. Masak beras bersama santan dan air. Tambah sedikit garam. Masak macam masak nasi lemak tetapi sedikit lembik.
2. Sesudah masak, lenyek nasi menggunakan gelas sehingga nasi hancur. Kemudian alaskan bekas dengan daun pisang dan tuang nasi yang sudah dilenyek.
3. Padatkan seperti nasi impit. Biarkan sejuk dan boleh dipotong.
.
LEMPENG GULUNG SAMBAL TUMIS
BAHAN A (LEMPENG)
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
200 gram kelapa parut
1 sudu teh garam
Air secukupnya
CARA BUAT LEMPENG
1. Masukkan semua BAHAN A di dalam mesin pengisar.
2. Kisar sebati sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak masak untuk permulaan.
4. Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
5. Ratakan menjadi bulat yang nipis.
6. Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan sehingga habis adunan.
BAHAN B (SAMBAL TUMIS)
5 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih (cencang halus)
3 ulas bawang merah (kisar)
5 sudu besar pes cili kering
250 gram ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa.
CARA BUAT SAMBAL TUMIS
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan pes cili kering. Kacau sehingga garing.
3. Masukkan ikan bilis, garam dan gula.
4. Biarkan sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
.
LEMPER PULUT AYAM
BAHAN INTI AYAM
5 sudu makan minyak masak
5 lembar daun salam
5 potong lengkuas (diketuk)
5 batang serai (diketuk)
2 kg ayam
2 biji kelapa (diperah santannya)
BAHAN KISAR HALUS
5 sudu teh ketumbar
20 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
5 biji buah keras
Sedikit asam jawa
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Ads
CARA BUAT INTI AYAM
1. Rebus isi ayam sehingga empuk. Kemudian siat halus.
2. Tumis bahan kisar halus.
3. Masukkan daun salam, lengkuas dan serai.
4. Masukkan pula ayam dan gaul rata.
5. Tambahkan santan dan gaul lagi sampai kering.
BAHAN PULUT
2 kg pulut
5 biji kelapa (diperah santannya)
5 sudu teh garam
10 lembar daun pandan
Daun pisang untuk membungkus
CARA BUAT PULUT
1. Rendam pulut selama 2 jam dan toskan.
2. Kukus pulut setengah masak.
3. Didihkan santan bersama garam dan daun pandan.
4. Siram santan ke atas pulut. Gaul rata. Sambung kukus sehingga pulut masak.
5. Ratakan pulut setebal 1 atau 2 cm. Potong ada ukuran 7 cm X 4 cm.
6. Letak inti ayam. Kemudian letak sekeping lagi pulut.
7. Bungkus dengan daun pisang.
8. Sambung kukus lagi sehingga pulut lebih lembut.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tauhu bergedel adalah kudapan yang sangat menyelerakan. Tauhu kering yang diisi inti kentang bersama ayam atau daging kisar, kemudian dimakan pula dengan sambal kicap, memang mengasyikkan.
RASA berikan resipi mudah untuk anda semua. Jom kita lihat resipinya.
TAUHU BERGEDEL INTI AYAM & SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN
5 biji ubi kentang (rebus dan lecek)
Minyak masak untuk memumis
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar
Garam secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dicencang)
Lada hitam
Lada sulah
30 biji tauhu kering
3 biji telur ayam
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang. Kemudian lecek. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang holand sehingga layu.
3. Masukkan isi ayam.
4. Apabila ayam sudah masak, masukkan garam, daun sup dan daun bawang.
5. Masukkan lada hitam dan lada sulah. Kacau.
6. Matikan api dan angkat.
7. Masukkan bahan tumisan ini ke dalam bekas kentang lecek tadi.
8. Ambil tauhu kering dan potong bahagian atasnya.
9. Bentukkan bulat-bulat inti bergedel tadi. Masukkan ke dalam tauhu kering. Ulang sampai habis inti dan tauhu kering itu.
10. Ambil telur ayam. Pukul telur ayam dengan sedikit garam.
11. Celupkan tauhu ke dalam telur. Goreng dalam minyak panas dan banyak.
12. Angkat dan ulang sampai habis.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
10 tangkai cili padi hijau
4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng cili hijau, bawang merah kecil dan bawang putih.
2. Masukkan cili dan bawang tadi dalam pengisar.
3. Masukkan juga garam, gula dan kicap.
4. Kisar semuanya sehingga halus. Kalau pekat sangat, boleh tambah air.
5. Siap!
Biasanya, untuk jantung pisang, ramai yang buat celur, kerabu atau masak lemak saja. Jadi untuk kali ini, apa kata ubah selera sikit.
Kita buat jantung pisang goreng, hasil resipi daripada Ummi Hana. Fuhh, Nampak sedap. Goreng bagi ada rasa-rasa pedas, makan pula dengan nasi panas, terangkat!
Jom kita buat.
JANTUNG PISANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dibersih dan potong. Kemudian dicelur sekejap dan toskan
10 biji bawang merah | tumbuk kasar – beli online di sini
5 ulas bawang putih | tumbuk kasar – beli online di sini
1 inci kunyit hidup | tumbuk kasar – beli online di sini
10 biji cili api | tumbuk kasar – beli online di sini
Ikan bilis secukupnya | tumbuk kasar
Sedikit belacan
Garam & ajinomoto
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing.
2. Masukkan jantung pisang dan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering.
3. Kemudian, masukkan garam dan ajinomoto mengikut selera masing-masing. Gaul rata.
4.Kalau suka pedas, boleh lebihkan lagi cili api. Apabila sudah masak, boleh hidangkan.
TIPS:
*Kalau tidak mahu jantung pisang melekat pada periuk, letak minyak sikit ketika mencelur. Senang untuk basuh periuk nanti.
Muffin telur ni kaya dengan rasa keju dengan inti ayam di dalamnya. Kalau tak nak ayam boleh juga diganti udang, ikan, ketam dan daging. Bahan-bahannya agak-agak aje ikut citarasa masing-masing. Kalau nak rasa lemak berkeju boleh aje tambah keju.
Boleh tambah cendawan butang dan lobak merah jika suka. Selain bayam boleh guna sayuran lain yang anda suka.
CHICKEN CHEESY EGG MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur Isi ayam(boleh ganti dgn udang/ikan/ketam/daging) Susu segar Bayam (boleh ganti dgn sayur lain) Cili Merah Cili padi(optional klu nak pedas) Cendawan butang(optional) Bawang besar(didadu) Cheese- beli online DI SINI