Menu yang paling lazat dan boleh membuka selera makan tengahari, gabungan ikan percik dan kerabu jantung pisang.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, memang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai menu lauk kampung.
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar 3 ekor (disiang bersih & dilumur kunyit dan garam) 1 biji kelapa (diambil santan pekat) 1 sudu besar halba – beli online di sini ½ keping gula melaka – beli online di sini Garam & gula Perasa 2 asam keping – beli online di sini ½ sudu besar tepung ubi ( memekatkan kuah & bagi kuah kita berkilat nampak cantik) – beli online di sini
1. Kisar semua bahan kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Kemudian masukkan santan, panaskan hingga mendidih. 2. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau. Apabila mendidih, masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati. 3. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat. Masukkan garam, gula melaka, asam keping dan perasa.
4. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya). Masukkan halba, kacau. Dah pekat, tutup api. 5. Bakar ikan kembong (saya guna dapur arang kerana aromanya yang wangi) biar dia setengah masak. 6. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang elak ikan hangus). 7. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap. Bila nak hidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik.
KERABU JANTUNG PISANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus 2 cawan kelapa parut muda 3 ekor ikan selayang | dibakar atau rebus & diambil isi 1 genggam ikan bilis | digoreng ranggup – beli online di sini 3 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam – beli online di sini 1 batang serai | ditumbuk halus 5 biji cili padi | dihiris nipis – beli online di sini 1 biji limau nipis Garam & gula secukup rasa Perasa 3 batang kacang panjang | dipotong kecil
1. Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih. Ambil isi ikan dan tumbuk sekali. Ketepikan. 2. Panaskan kuali. Masukkan kelapa parut tadi. Gorengkan hingga airnya kering. Jangan sampai bertukar warna.
3. Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk, masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi dan juga kelapa. Gaul bagi rata dan sebati. 4. Kemudian, masukkan jantung pisang yang direbus tadi. Gaul bagi sebati. Masukkan garam dan gula. 5. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan cili padi dan perah limau nipis.Siap untuk dimakan.
Daging lada hitam ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular. Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi, rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia.
Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung (dicampur air) jika mahu kuah yang likat.
DAGING BLACK PEPPER BERAPI
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg daging lembu |dipotong nipis
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar bawang besar+putih blend
2 sudu teh serbuk black paper
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
*Dikacau dan gaul sebati semua bahan
Bahan tabur kemudian :
1 biji bawang besar hiris
10 biji cili padi | ikut kepedasan
2sm halia | dimayang
CARA MEMASAK :
1. Kacau semua bahan sehingga sebati .Gaul semua bahan.
2.Tambahkan dengan air.Tutup kuali dgn penutup dan biarkan daging tu empuk
3. Bila daging sudah kering air, masukkan bawang besar dan halia yang di mayang, cili padi, terpulang sama ada nak potong cili padi atau letak sebiji-biji.
Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda dua resipi yang paling sedap dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus ke nak goreng. Dua-dua dijamin menjilat jari!
1. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.
2. SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
15 biji cili padi hijau | cincang halus
2 biji limau nipis | perah
2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mengukus ikan ni, pastikan anda guna bekas tahan panas atau loyang.
Macam ayam masak kicap tapi sebenarnya bukan. Memang sedap walaupun cara memasaknya cukup simple. Kadang-kadang, lauk yang sedap ni tak perlu nak beria-ia sangat memasaknya. Cukup ringkas-ringkas je. Boleh cuba masak resipi yang RASA kongsikan ini ya.
AYAM KAM HEONG SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Ayam 1/2 ekor
2 biji bawang besar atau bawang holland | potong dadu
3 ulas bawang putih ketuk je
3 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap!
5. Sedap dengan nasi panas-panas. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...