
Telur bungkus antara lauk mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan telur bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP

BAHAN INTI:
- Isi ayam – dipotong kecil
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
- 1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
- 1/2 biji tomato – dipotong dadu
- Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
- 2 biji telur
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos Thai
- 1 sudu makan sos tiram
- Secubit garam
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

2. Masukkan ayam dan kacau seketika.

3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.

4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.

5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.

6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.

7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.

8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.

9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.

10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.

11. Siap untuk dinikmati.

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal
Artikel menarik untuk anda:
Sekaya Hanya 4 bahan. Sukatan 10 Biji Telur Memang Puas Makan
Resipi yang boleh dicuba di rumah:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Hasilkan Udang Kering Homemade Yang Tak Hapak & Tahan Lama.

Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- Udang laut berkulit keras
- Garam
- Sedikit air

CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.

2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.

3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.

4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.

5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.

6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak
Sambal Ikan Bilis Petai Mengganda Selera, Versi Tersedap Licin Pinggan Nih.

Sambal Ikan Bilis Petai ni memang banyak versinya ikut orang yang memasaknya. Ada yang suka perah limau nipis atau kasturi pada sambal. Ada juga suka guna tomato , tapi sambal tu kena goreng garing dan masuk akhir sekali.
Bagi Zaky Mat Ali sambal ikan bilis petainya, letak tomato ceri. Masaknya pun kejap, bahan semua ditumis hingga naik bau. Ni memang resipi mengancam selera, makan panas-panas sure bertambah-tambah nasinya. Kasi licin pinggan..hehehe
SAMBAL IKAN BILIS PETAI

.
BAHAN-BAHAN :
(sukatan tengok foto)
.
- Ikan Bilis – beli online DISINI
- Petai
- Bawang Besar – beli online DISINI
- Bawang Merah – beli online DISINI
- Bawang Putih – beli online DISINI
- Cili Merah
- Cili Padi – beli online DISINI
- Tomato Ceri
- Air Asam Jawa
- Gula – beli online DISINI
- Kicap – beli online DISINI
- Belacan bakar (jika suka, atau nak lebih kick) – beli online DISINI
BAHAN TUMBUK KASAR:
- Bawang Besar
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Merah
- Cili Padi

* Tumbuk kasar dan ketepikan
CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis sehingga garing

2. Buang separuh minyak bekas goreng ikan bilis, tumis bahan yang ditumbuk tadi.

3. Masukkan air asam jawa.

4. Diikuti petai.
5. Masukkan ceri gaul sebati

6. Ikan bilis dan kemudian bawang besar

.

7.. Masukkan sedikit gula dan kicap, kacau. Sedia dihidang.

.
Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali
Dapatkan pelbagai barang keperluan dapur anda di MYDIN. Tak perlu keluar. Beli sahaja secara online DISINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :
Aneka Resipi Nasi Tumis Sedap Boleh Masak Guna Rice Cooker

Bila tiba hujung minggu, pasti ada rakan-rakan dan saudara mara yang nak datang berkunjung ke rumah untuk beraya. Selain biskut raya, kuih muih dan manisan, kebiasaannya hidangan berat seperti aneka nasi tumis jadi pilihan. Nasi-nasi ini sesuai dihidangkan dengan aneka lauk pauk seperti ayam masak merah, kari daging, kurma dan sebagainya. Anda bolehlah cuba. Sangat mudah dan hanya perlu masak guna periuk nasi elektrik.
1. NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras
- 600ml air
- 150ml susu sejat
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 5cm halia ]dihiris halus
- 5cm kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 sudu besar tomato puri
- 1 batang serai ]dititik
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
- Daun ketumbar, daun bawang dan daun sup secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:-
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, serai dan tomato puri hingga terbit wangi dan pecah minyak. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumisan tadi, garam, serbuk pati ayam, daun ketumbar, daun bawang, daun sup dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
- Sedia dinikmati bersama pelbagai jenis lauk pauk.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar. Selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi tomato.
2. NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras
- 600ml air
- 150ml susu sejat
- 250gm parutan lobak merah
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu besar mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Panaskan mentega, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, susu sejat, parutan lobak merah, bahan tumis, garam dan serbuk ayam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
- Sedia dihidang dan dinikmati dengan lauk pauk pilihan.
Info Chef: Apabila nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik, jangan dibiarkan senantiasa berpanas kerana nasi akan berkerak.
3. NASI BERIANI TULANG KAMBING

BAHAN-BAHAN NASI:
- 500gm beras basmathi
- 750ml air rebusan tulang
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 5 cm halia – dihiris nipis
- 1 sudu besar serbuk rempah beriani
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh air mawar
- 1 sudu teh air kewra – bertujuan mewangikan nasi. jika tiada, abaikan.
- 1 sudu teh perwarna kuning
- 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:
- 300gm tulang kambing
- 1liter air (atau lebih)
- 5cm kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
- Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
- Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
- Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.
Info Chef: Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750ml. Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.
4. NASI KURMA

- 500gm beras basmathi
- 600ml air
- 150ml susu sejat
- 1 biji bawang besar ] dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 5cm kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
- 1 sudu besar serbuk rempah kurma
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
CARA MEMASAK:-
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan serbuk kurma hingga wangi. Tutup api.Ketepikan.
- Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, serbuk pati ayam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Hiaslah sebelum dihidang.
- Sedia dihidangkan bersama lauk pauk kegemaran.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi kurma.
5. NASI PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras basmathi
- 500ml air
- 250ml susu sejat
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 5cm halia ]dihiris halus
- 5cm kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan
- 2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
- 1 sudu teh perwarna biru
- 1 sudu teh perwarna merah
- 1 sudu teh perwarna kuning
- 1 sudu teh perwarna hijau
CARA MEMASAK:
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
- Apabila nasi telah titiskan setiap warna pada keseluruhan nasi dan kacau supaya warna tadi berselerak dan hiaslah sebelum dihidang.
- Sedia dinikmati bersama lauk pauk pilihan.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus untuk mendapat hasil yang melain dan juga menambah perisa pada nasi pelangi.
6. NASI MINYAK

- 500gm beras basmathi
- 500ml air
- 250ml susu sejat
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2 ulas bawang putih ]dihiris
- 5cm kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 susu teh garam
- 1 helai daun pandan
- 2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
- 100 gram kismis
CARA MEMASAK:
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
- Sedia dihidang bersama lauk pauk pilihan.
Info Chef: Boleh hias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus. Selain hidangan tambah menarik, ia juga menambah perisa pada nasi minyak.
7. NASI MENTEGA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras
- 750ml air
- 1 biji bawang besar ] dihiris
- 4 ulas bawang putih ] dihiris
- 1 susu teh garam atau secukup rasa
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu besar mentega untuk ]menumis
CARA MEMASAK:-
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Panaskan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih hingga terbit wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, bahan tumis, garam dan serbuk ayam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
- Sedia dihidang bersama lauk pilihan.
Info Chef: Apabila nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas.
8. NASI KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras
- 1 tin kecil kacang pis
- 750ml air (termasuk air kacang pis)
- 1 biji bawang besar ]dihiris
- 2ulas bawang putih ]dihiris
- 5cm kulit kayu manis
- 5cm halia dihiris halus
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 susu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 helai daun pandan
- Minyak untuk menumis
- Bawang goreng sebagai hiasan
CARA MEMASAK:-
- Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang puting, halia, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air, bahan tumis, garam, serbuk ayam, kacang pis dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masak nasi hingga benar-benar masak.
- Taburkan bawang goreng sebelum hidang.
Info Chef: Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas kerana nasi akan menjadi berkerak.
9. NASI KABULI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm beras
- 500gm air
- 250gm santan pekat
- 5cm halia ]dititik
- 1 batang serai ]dititik
- 1 helai daun limau purut ]dikoyakkan
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Beras dibasuh dan tapis. Ketepikan.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk elektrik. Masaklah nasi seperti biasa.
- Setelah masak, angkat dan sedia dinikmati bersama pelbagai lauk pauk.
Info Chef: Cara memasak nasi kebuli ini sama seperti memasak nasi lemak.

