
Telur dadar sedap dimakan dengan apa sahaja. Boleh dimakan dengan nasi, bubur ataupun roti. Jom kita cuba buat telur dadar yang comel. Budak-budak pun boleh makan. Mesti mereka suka sebab comel. Tapi kalau nak buat untuk budak-budak, jangan letak cili padi tau.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
1 tangkai daun sup (hiris)
3 keping keju (dikoyak-koyak)
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam satu demi satu. Kacau sebentar.
2. Masukkan capsicum, bawang, cili padi, daun sup dan keju.
3. Panaskan kuali rata. Sapukan marjerin pada kelongsong telur benjo.
4. Letakkan marjerin dalam kelongsong. Masukkan sedikit adunan telur.
5. Biarkan sehingga masak dan angkat.
6. Ulangi sehingga adunan habis.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah! Begini Cara Buat Telur Itik Masin Secara Homemade

Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR ITIK MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur itik
- 1 cawan garam
- 4-5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
- Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
- Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Kredit resipi & foto: Nor Azimah Udin
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Kacang Goreng Masin Sedap Dengan Kos Tak Sampai RM10
Buat Sendiri Mochi Sedap Ni. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Jom Cuba! Resipi Telur Bistik Simple Sedap Macam Dekat Restoran

Tercari-cari resipi lauk yang sedap dan cepat dimasak? Bistik Telur perkongsian saudara Wan LuQman ni antara menu terbaik yang boleh anda cuba hari ini. Resipinya sangat ringkas tetapi rasanya memang membuka selera. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan, waduh…enaknya. Jom masak-masak. Selamat mencuba!
CARA MASAK TELUR BISTIK SEDAP MACAM DEKAT RESTORAN
BAHAN TELUR:
Daging atau isi ayam
1 ulas bawang putih – tumbuk
Sos lada hitam secukupnya – beli online disini
Sos tiram – jika perlu – beli online disini
2 biji telur gred A @ B
2-3 sudu air sejuk
Secubit garam
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos tomato – beli online disini
1 sudu teh kicap sotong / sos ikan – beli online disini
1 sudu makan sos labu – beli online disini
1 biji bawang putih – tumbuk
1 helai daun limau purut
Hirisan cili dan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali bersesuaian.
2. Tumis bawang putih. Bila sudah garing sikit, masukkan hirisan daging.
3. Perasakan daging ikut cita rasa anda. Boleh letak sos lada hitam sahaja. Kalau letak sos tiram pun ok jangan banyak sangat tau nanti masin.
4. Bila daging sudah masak, angkat dan ketepikan supaya sejuk dulu.
5. Bila daging sudah sejuk, masukkan dalam telur yang telah dipukul. Masa nak pukul telur tu masukkan 2-3 sudu air sejuk dan secubit garam.
6. Panaskan minyak, bila dah panas tuangkan telur tadi. Tuang tinggi sikit untuk dapatkan telur yang kembang.
7. Bila telur sudah separa masak, balutkan macam dalam gambar. Goreng sampai telur garing dan rangup di sekeliling.
8. Untuk sos, tumiskan bawang putih.
9. Masukkan kesemua sos yang diperlukan.
10. Masukkan sedikit air ikut keinginan kita nak kuah banyak mana. Kemudia masukkan sos labu. Sos labu ini bertindak sebagai pewarna. Dia akan menghasilkan warna merah yang sangat cantik.
11. Masukkan kicap sotong.
12. Masukkan juga bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan terlalu pekat ya.
13. Letak hirisan daun limau purut untuk wangikan kuah. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto kalau nak, emngikutr cita rasa masing-masing. Kuah mesti ada rasa manis dan masam.
14. Taung kuah di atas telur yang digoreng tadi.
15. Hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis. Simple Je Tapi Sedap
Sedapnya. Resipi Asam Laksa Sedap Ala-Ala D’laksa Yang Sangat Mudah
Resepi Cinnamon Roll Homemade Mudah & Sedap. Guna 4 Bahan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara-Cara Buat Telur Sarang Yang Sedap & Menjadi. Mudah Rupanya!

Telur Sarang ni nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je nak buat. Kalau nak buat Laksa Telur Sarang homemade, elok sangatlah puan-puan cuba resipi perkongsian saudari Alia Ismail ni. Lebih kurang macam nak buat telur dadar, tapi ada teknik-tekniknya. Jom tengok!
RESIPI TELUR SARANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur
- 2 ½ sudu makan air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak – banyak
- Kuali & sudip
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.
- Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.
- Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.
- Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing.
- Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
- Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.
Kredit resipi & foto: Alia Ismail