Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Mayoneshomemade ni mudah dibuat dan banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic, guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi. Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Jom tengok resipi perkongsian saudari Rita Kasirun. Boleh dicuba. Pasti seronok bila lihat hasilnya.
CARA BUAT MAYONES HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP, HALUS & LEMBUT
BAHAN-BAHAN: 4 biji telur 4 sudu besar gula – beli online disini 1 sudu besar garam 1/2 biji jus perahan lemon Minyak masak atau minyak zaitun (anggaran 1 cawan lebih) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak. Bila sudah sebati, baru masukkan minyak masak atau minyak zaitun agak-agak dalam secawan lebih. Kisar sampai putih likat. 2. Kemudian masak mayones tadi dengan api yang paling kecil sampai pekat.
3. Pastikan mayones sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih. 4. Bila sudah pekat, padamkan api dan biarkan mayones sejuk. 5. Setelah sejuk, kisar mayones sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang lembut dan licin. 6. Mayones homemade siap disediakan dan bolehlah diletakkan dalam botol, balang atau bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk.
INFO: Boleh kisar menggunakan blender, food processor atau pengisar tangan.
Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin
Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .
Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
1. CHEESE CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
250gm krim keju
250gm gula ising
2 sudu makan susu pekat
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein
½ sudu kecil garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm air
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.
10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.
12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.
Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 2 jam Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju Jenis masakan : Pastri Cara memasak : Bakar
PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
40 biji bebola ayam
20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein
½ sudu kecil garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm air
CARA MASAK: 1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
11. Hidangkan bersama sos dan mayones.
Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak : 2 jam Jenis Hidangan: Pastri Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap Cara memasak: Bakar
PUFF PIR
BAHAN-BAHAN:
UNTUK PASTRI PUFF:
125 g tepung tinggi protein
½ sudu teh garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm Air
BAHAN UNTUK INTI PIR:
50gm gula perang
50gm air
1 biji pir |potong dadu kecil
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.
10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.
11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.
12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak : 2 jam Jenis Hidangan: Pastri Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis Cara memasak: Bakar
Tom Yum Goong telah menjadi sangat popular di Thailand sejak beberapa tahun yang lalu. Rasanya sangat mantap dari sup tom yam biasa. Apabila menyentuh mengenai sup Thai, menu tom yum adalah yang paling popular dan tidak dapat disangkal lagi dan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah sup yang paling lazat. Penggemar tegar tom yam boleh cuba resipi ini yang lebih berperisa dan mantap!
RESIPI TOM YUM GOONG (UDANG)
BAHAN-BAHAN:
(Hidangan 4 orang)
Udang bersaiz sederhana 350g, bersama kulit dan kepala
4 cawan air (atau gunakan 3 1/2 cawan stok ayam jika tidak menggunakan kulit dan kepala udang)
2 batang serai, bahagian bawah sahaja
10 hiris lengkuas, dipotong menjadi bulatan nipis
6 helai daun limau purut
Cili Thai (cili padi merah), secukup rasa
½ cawan susu sejat cair
3-4 cawan cendawan tiram, cendawan jerami, atau cendawan Asia lain
¼ cawan Pes Cili Thai (nam prik pao)
3 sudu sos ikan
¼ cawan air limau nipis
Segenggam hirisan daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Kupas kulit udang dan kepala udang, masukkan ke dalam kuali tanpa air, udang asingkan dahulu. Masak seketika sehingga keluar air udang (stok udang) kemudian tambahkan air.
2. Rebus sehingga mendidih, keluarkan kepala dan kulit.
3. Ketuk serai dan hiris tebal, masukkan ke dalam stok udang bersama daun limau purut dan lengkuas.
4. Tumbuk cili padi Thai dan masukkan ke dalam air rebusan. Jumlah cili padi terpulang ikut pedas yang diingini.
5. Masukkan sos ikan dan kemudian susu cair.
6. Masukkan cendawan kemudian diikuti pes cili Thai. Biarkan mendidih seketika.
7. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak lalu tutup api. Udang masak sekejap sahaja.
8. Masukkan air limau nipis (botol atau dari buah limau), kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
Boleh dihidang bersama nasi, bihun dan koay teow.
*Seeloknya air limau dimasukkan setelah api ditutup untuk mengelakkan tomyam menjadi berketul-ketul (sebab ada susu cair)
*Jika ingin tambah garam, rasa dahulu sebab sos ikan tu dah masin.. saya tak masukkan garam.
*Boleh juga diganti udang dengan ayam, seafood dan lain².. Gantikan stok udang dengan kiub pati ayam.
*Ada perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar, daun ketumbar lebih pendek berbanding daun sup, dan berbau kuat. Daun ketumbar lebih sesuai dalam masakan ni, sebab orang Thai gunakan ketumbar dalam masakan. Sekali imbas nampak sama.
*Boleh juga diganti dengan pes tomyam, ikut citarasa masing².
Selamat mencuba! 😁
Silakan share.. Untuk paparan lebih jelas, click HD pada video…