
Sambal Taucu Pedas Berapi ni memang padu. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah. Selain nasi, cicah dengan Lempeng dadar pun dah nikmat. Sangat berbaloilah cuba masak Sambal Taucu perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang puas hati!
RESIPI SAMBAL TAUCU PEDAS BERAPI
BAHAN-BAHAN:
- Taucu
- 1 mangkuk kecil ikan bilis (beli online disini)
- 2 biji bawang besar (beli online disini)
- 1 ulas bawang putih (beli online disini)
- 14 biji cili api
- 1 inci belacan (beli online disini)
- 1 keping asam gelugur – boleh guna belimbing buluh (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan hiris bersama belacan dan asam gelugur.
3. Bila bawang sudah layu, masukkan ikan bilis. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan taucu. Jumlahnya agak-agak sahaja ikut cita rasa. Jangan terlebih kerana rasanya akan jadi terlebih masin. Kacau rata.
5. Tuangkan sedikit air ke dalam tumisan taucu tadi. Jumlahnya ikut cita rasa. Renehkan.
6. Masukkan perencah cukup rasa. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin. Kalau rasa tak masin, baru letak garam.
7. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa. Renehkan sekali lagi.
8. Bila Sambal Taucu dah pekat sebegini, padamkan api dan angkat.
9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak
Guna Teh Wangi & Masak Atas Dapur. Ini Petua Buat Teh Pakistan Mashyur Yang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuah Mi Rebus Utara Yang Sedap & Mudah Masak

Isi Kandungan
ToggleMi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
RESIPI MI REBUS UTARA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN (KUAH SUKATAN 1 BUNGKUS MI):
- Daging secukupnya
- 3 biji ubi keledek
- 3 biji ubi kentang (beli online disini)
- Sedikit kacang tanah yang disangai & dikisar kering
- 1 batang serai – dititik
- Sedikit rempah kari daging (beli online disini)
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 tangkai cili kering yang direbus (beli online disini)
- 4 biji bawang merah (beli online disini)
- 2 ulas bawang putih (beli online disini)
- 1/2 inci halia
- Sedikit udang kering (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan)
2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak.
4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
5. Masukkan juga kacang yang dikisar.
6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat.
7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
BAHAN-BAHAN HIASAN:
- Telur rebus
- Daun sup & daun bawang
- Cili besar – dihiris serong
- Bawang goreng (beli online disini)
- Takua/tauhu
- Taugeh
- Limau nipis
Kredit resipi & foto: Saiful Nasuha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam
Cara Buat Sos Siakap Mangga Paling Sedap & Mudah Secara Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Mudah Masak Serunding Halia Kering Secara Homemade

Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Halia | tumbuk halus atau sagat
- Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
- Ikan bilis | dibersihkan
- Sedikit garam & perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
- Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
- Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Kredit resipi & foto: Nor Haidah Md Said
Pelbagai Menu Menarik Berasaskan Telur Hakak-Hakak Boleh Cuba Buat..Anak-Anak Pun Mesti Suka!

Takda idea nak masak apa? Dan hanya ada telur sahaja di dapur? Jangan risau anda boleh pelbagaikan menu dengan hanya menggunakan telur. Malah, ia merupakan menu yang sihat dan seimbang. Jom cuba!
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telur
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- 5 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit asam jawa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
MASAK KURMA TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN
- 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
- 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
- 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
- 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
- 300ml air
- 8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
- 2 biji bawang besar | dihiris halus
- 2 labu bawang putih | dihiris
- 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
- Rempah 3 beradik secukupnya
- Minyak untuk menumis
- 3 helai daun pandan | disimpul
- 4 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik.
- Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
- Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
TELUR MASAK PAPRIK
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur rebus | buang kulit
- 3 batang jagung kecil | hiris
- ½ batang lobak merah | hiris
- 1 biji cili merah | kisar
- 1 ulas bawang putih | kisar
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh sos tiram
- ½ biji capsicum hijau | hiris
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 3gm tepung jagung
- 1 helai daun limau purut
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
- Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
- Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR BISTIK
BAHAN-BAHAN
- Telur ayam 2 biji
- Isi ayam 2 ketul dipotong dadu
- Sayur campur
- Bunga kubis
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu cili giling
- 1 sudu sos tiram
- Garam
- Gula
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ayam dahulu biar separuh masak.Angkat dan asingkan air rebusan ayam.
- Pecahkan telur dan masukkan isi ayam . Gaulkan sampai rata.
- Masukkan garam.
- Goreng telur dan ayam tadi . Buat 2 biji. Siap bahagian 1.
- Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
- Masukkan cili giling,sos cili dan sos tomato sampai pecah minyak.
- Masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sayur campur dan bunga kubis.
- Apabila hampir masak, masukkan sos tiram.Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah jika perlu.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Curahkan kuah kepada bahan di bahagian 1 tadi. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!
Info: Jangan panaskan telur dalam kuah atas api lama sangat. Nanti telur jadi keras dan jadi tidak gebu.
Kredit Resipi: Mawar Yus
KERUTUK TELUR REBUS BERKENTANG
BAHAN-BAHAN
- 1 paket rempah kerutuk Adabi
- 6 biji telur rebus (kupas kulitnya)
- 2 biji kentang ~ kupas kulit & potong 6 (jika kentang bersaiz besar) & goreng empuk.
- 1 1/2 sudu makan kerisik
- 2 1/2 cawan santan sederhana pekat- daripada 1 biji kelapa
- 2 batang serai diketuk
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu teh asam jawa (ambil jusnya bancuh dengan sikit air)
- Garam secukup rasa
- Minyak menumis secukupnya
BAHAN KISAR
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 1/2 inci halia
- 1/4 inci lengkuas
CARA PENYEDIAAN
- Bancuh rempah kerutuk dan bahan kisar hingga rata.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar yang dibancuh & serai hingga wangi & pecah minyak.
- Kemudian masukkan kerisik, santan, air asam jawa dan gula merah. Masak seketika. Masukkan telur rebus yang dikupas serta kentang yang telah digoreng. Masak sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa, kemudian bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Madihaa a.k.a Ratna
SUP TELUR & KENTANG
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang (kupas & potong ikut citarasa, rendam)
- 50 gm sayur brokoli (potong ikut citarasa)
- 1 batang celery@saderi (potong ikut citarasa)
- 4-5 biji telur
- 1 liter stok ayam@ 1 kiub pati ayam ‘Knorr’
- Air secukupnya
- 5 biji bawang merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Hirisan daun sup/daun bawang (hiasan)
- Bawang goreng secukupnya (hiasan)
- Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
- Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.
- Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
- Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain. Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan.
- Tambahkan brokoli dan celery@saderi.
- Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Zaharah
TELUR MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN
- 3-5 biji telur
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji lada merah dibuang bijinya (dihiris)
- 1 inci halia
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu kecil gula
- Minyak untuk menumis
- Garam secukupnya (kalau perlu sebab taucu dah masin)
CARA PENYEDIAAN
- Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap.
- Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
- Masukkan taucu (kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit)
- Masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat.
- Masukkan gula.
- Masak sampai mendidih dan kuah pekat.
- Tuangkan kuah diatas telur.
Kredit Resipi & Foto: Hana
TELUR MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- Cili padi (kuantiti ikut suka)
- Sejemput ikan bilis
- 1 paket santan serbuk
- Sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
- 2 batang serai (titikkan sahaja)
- Sehelai daun kunyit (mayang halus)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam & gula secukupnya
- 1 asam keping
CARA PENYEDIAAN
- Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dan ikan bilis.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali dengan serai yang dititik.
- Tumis hingga naik bau kemudian tambah santan yg telah dibancuh dengan air.
- Masak hingga mendidih lalu pecahkn telur sebiji sebiji ke dalam kuah tadi.
- Tambahkan garam, asam keping, daun kunyit juga perisa jika suka. Masak lagi sebentar dan bolehlah tutup api. Siap!
Kredit Resipi & Foto: Inahar Ali
TELUR MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1cm halia
- 5 biji cili padi
- 3 tangkai daun sup
- 1 sudu teh asam jawa
- 3 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa ( jika suka )
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
- Campurkan asam jawa dan air.
- Tumis bahan yang dimayang. Apabila kekuningan masukkan air asam jawa.
- Bila mendidih, masukkan cili padi yang dipotong dua dan juga garam serta serbuk perasa.
- Biarkan seketika dan kecilkan api.
- Pecahkan telur dan biarkan ia masak.
- Taburkan daun sup yang telah dipotong dan sedikit lada sulah. Tutup api.
Info : Pada langkah yang ke 7, boleh juga masukkan potongan buah tomato dan taburkan bawang goreng untuk variasi warna yang lebih menarik
Kredit Resipi & Foto: NA
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 4 sudu besar cili kering (kisar )
- Sedikit belacan
- Garam
- Gula
- Air asam jawa
- Telur (rebus, kupas & goreng)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.
- Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.
- Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
- Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
- Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
- Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
- Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
Kredit Resipi & Foto: Azie Kitchen
Selamat mencuba!