Kalau ke gerai masakan panas, menu KuetiauLadna adalah antara menu popular yang digemari ramai. Tapi anda sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Mudah sahaja cara masaknya. Hasilnya sedap dan kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ameera ni. Pasti puas hati.
RESIPI KUETIAU LADNA HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 paket kuetiau Kicap manis secukupnya – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – beli online disini Sedikit bawang merah cincang Udang secukupnya 3-4 cawan air 1 kiub pati ayam – beli online disini 2 sudu makan sos tiram – beli online disini Lobak merah secukupnya Jagung secukupnya Kubis secukupnya Sawi secukupnya 2 biji telur 2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air – beli online disini Minyak masak secukupmya
CARA MEMASAK:
1.Basuh kuetiau terlebih dahulu. Toskan.
2. Renjis kicap secukupnya pada kuetiau dan gaul rata.
3. Ambil kuali dan masukkan sedikit minyak. Masak kuetiau seketika.
4. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan seketika.
5. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Ads
6. Masukkan udang. Boleh juga digantikan dengan ayam, sotong dan sebagainya.
7. Tambahkan air.
8. Masukkan juga kiub pati ayam dan sos tiram untuk melengkap rasa.
9. Seterusnya masukkan lobak merah, jagung, kubis dan sawi.
Ads
10. Tambah telur. Biarkan hingga telur masak.
11. Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung. Gaul rata hingga kuah pekat.
12. Siram kuah ladna ke dalam pinggan berisi kuetiau.
12. Kuetiau Ladna sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama hirisan cili.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. RASA kongsikan lapan resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk anda cuba.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kenyal sotong bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM12
UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor Udang XL | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
½ mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Info chef: Udang tak perlu dibuang kulit.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa masam nanas dan tomato buka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Reneh
Anggaran kos: RM15-RM20
UDANG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang XL | bersihkan dan potong janggut
½ mangkuk air asam jawa pekat
1 batang daun saderi | potong serong
Sedikit gula Melaka mengikut rasa
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang merah | hiris nipis
2 ulas bawang putih | hiris nipis
1 biji cili merah | hiris nipis
CARA MEMASAK:
Info chef: Tabur sedikit daun bawang ketika menghidang.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Makan Nasi Ambeng tanpa sambal goreng bagai tidak lengkap. Di dalamnya lengkap dengan sayur pucuk, kacang Panjang, suhun dan sebagainya memang puas makan. Sukar nak dapat sambal goreng yang kena dengan cita rasa. Boleh saja membuatnya sendiri ikut resipi ini. Sambal goreng kalau kena rasa, meratahnya sahaja pun sedap.
Sambal Goreng Jawa Bahan-bahan: Sayur pucuk -direndam Ubi kentang Kacang Panjang- dihiris Tempe Suhun Ikan bilis Paru,hati ayam@pedal-terpulang Cili merah Bawang merah Air asam jawa Garam &gula secukupnya Sos tiram Kicap pekat &kicap manis
Cara memasak: 1.Ubi kentang,tempe,ikan bilis, digoreng terlebih dahulu. 2.Suhun digoreng macam soto. 3.Tumiskan bawang merah dan cili dihiris. 4.Masukkan sayur pucuk.masukkan air.masukkan air asam jawa,garam,gula . 5.Masukkan sos tiram.bila sayur pucuk dah empuk masukkan kacang panjang. 6.Akhir sekali masukkan bahan yang digoreng terlebih dahulu tadi.Gaul.masukkan kicap pekat & kicap manis.gaul sebati.siap.
Kentang bukan sekadar makanan biasa — ia pernah menyelamatkan dunia daripada kebuluran. Ketahui sejarah, peranan dan kepentingan kentang dalam kehidupan manusia.