Muruku, antara snek yang popular apabila tibanya perayaan Deepavali. Menjadi menu wajib untuk ada di atas meja, sesuai apabila meraikan pesta cahaya ini.
Menerusi perkongsian resipi daripada Fatin Damia ini, muruku kali ini buat ada kelainan sikit dengan diperbuat daripada kacang peas.
Muruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
1. Bahan 1: Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan. 2. Bahan 2: Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan. 3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.
4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka. 5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar. 6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Zaman dulu-dulu agar-agar sirap rose atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu ‘wajib’ di majlis kenduri kendara. Aroma pandannya memang buat terliurlah.
Tapi agar-agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar-agar pelbagai rupa yang menarik dan warna-warni. Yang geli hatinya bila dihidang pada anak-anak muda berebut depa memakannya.
Jom kita cuba agar-agar legend yang resipinya dikongsikan dalam FB Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dahlah bahan-bahannya murah aje, buatnya pun punyalah mudahnya
AGAR-AGAR SIRAP ROSE
BAHAN-BAHAN :
1 paket agar- agar tali(25 gm)
2 liter air
3-4 helai daun pandan
2 cawan gula
1 ketul gula batu saiz setengah ibu jari
3 sudu teh sirap rose
CARA MEMASAK :
1. Rendam agar-agar hingga lembut
2 . Masak dengan 2 liter air dan pandan
3. Bila mendidih dan pastikan semua agar- agar sudah larut, baru masukkan gula dan sirap rose
4. Tapis dan bekukan dalam loyang @ bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk ni.
Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain dan mengolahnya mengikut kesesuaian selera sendiri atau tempatan.
Untuk itu, Chef Mohd Faizal dari Sime Darby Convention Centre, SDCC, berkongsi enam menu olahan seafood beberapa negara jiran dan barat yang disesuaikan dengan selera kita orang Malaysia.
KARI PEKAT UDANG GALAH BAHAN-BAHAN:
500gm udang galah
5 sudu makan serbuk kari |bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh halba
3 sudu makan pes cili kisar
3 biji kentang
1 cawan susu cair
1/2cawan yogurt
1 tangkai daun kari |lurut dari tangkai
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis halba dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau rata.
Apabila agak kering masukkan pes cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
Masukkan air asam jawa, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, masukkan santan, biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Udang sedia dihidangkan.
LALA MASAK SAMBAL HIJAU BAHAN-BAHAN:
500gm lala |bersih dan toskan
1 biji bawang Holland
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
15 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang Holland, setelah bawang layu masukkan lala.
Kacau rata rata 3-4 minit atau hingga cengkerang lala bertukar warna.
Tutup api dan Sambal Hijau Lala sedia dihidangkan.
KUPANG MASAK TOMATO BERKEJU BAHAN-BAHAN:
1kg kupang | bersih dan tos
80gm bawang merah | hiris
50gm bawang putih | dihiris
200gm batang saderi |hiris
200gm lobak merah | potong dadu
500gm sos tomato pronto
1 biji lemon
30gm minyak zaitun
20gm keju parmesan
5gm daun parsli Inggris
100 gm buah zaitun hitam
10gm jeruk kaper
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang putih dalam ketuhr dengan suhu 150 C sehingga garing dan lembut.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang merah, saderi dan lobak merah.
3. Kemudian masuk bawang putih yang dibakar tadi.
4. Tambahkan ke dalamnya sos tomato pronto dan kacau selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam dengan lada hitam secukupnya.
6. Masukkan kupang, gaul rata hingga kupang terbuka sepenuhnya.
7. Perahkan lemon di dalamnya, kemudian masukkan buah zaitun, sayur kaper dan taburkan keju parmesan di atasnya.
8. Tutup api, kupang sedia dihidangkan.
SALAD KULIT TEMBIKAI BERSAMA SOTONG BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan dan tos
200gm kulit putih bahagian dalam kulit tembikai
1 biji bawang holland | hiris
5 biji cili padi | hiris
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu makan minyak zaitun
Sedikit belacan | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dihiris, kemudian celur sekejap dan toskan airnya.
Kulit tembikai dihiris halus memanjang.
Kisar kasar cili padi dengan belacan, sedikit garam dan gula hingga sebati.
Masukkan kulit tembikai, sotong dan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
Tambahkan minyak zaitun, bahan bumbu yang dikisar tadi ke dalamnya.
Perahkan jus lemon, gaul hingga rata dan cukup rasa.
Setelah cukup rasa, salad sedia dihidangkan.
KERABU KERANG DENGAN PERIA BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang | bersihkan dan rebus seketika
5 biji peria katak | hiris nipis
1 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan pekat
1 biji lemon| ambil jus sahaja
2 biji bawang Holland | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Kopek kerang kemudian tos dan ketepikan.
Celur peria sekejap dalam air panas.
Masukkan peria dalam mangkuk bersama kerang, santan, kerisik, bahan kisar.
Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus perahan limau Kasturi.
Jom cuba buat cili jeruk homemade. Hidangan sampingan ni yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap dan tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noriffah Mohd Hassanni.
CARA BUAT CILI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
Balang kaca – basuh & lap kering-kering
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka makan
CARA MEMBUAT:
1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.
5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
INFO RASA:
Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.