Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
- 150gm daging | hiris nipis
- 200ml santan
- 200ml air
- 4 sudu makan pes cili
- Satu sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2cm lengkuas
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula daging, kacau rata.
5. Kacau rata hingga mendidih.
6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.
https://youtu.be/B6z9SOWV82U
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prata Lapis Daging Kurma, Sedap Makan Panas-Panas
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
- 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
- 400gram daging – dadu kecil
- 250ml Anchor Cooking Cream
- 125gram Anchor Unsalted Butter
- 200ml air
- 1 labu bawang besar – belah empat
- 1 biji tomato – belah 4
- 2 biji cili merah – belah 2
- 8 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2sm halia – kisar
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
- 4 sudu makan serbuk kurma
- 1 sudu makan serbuk garam masala
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
- Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
- Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
- Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
- Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Guna 10 Biji Kentang, Boleh Dapat 40 Biji Bergedel. Ini Resipinya
Bergedel adalah satu jenis masakan yang dibuat untuk dijadikan pelengkap hidangan. Selalunya bergedel menjadi hidangan sampingan dalam soto. Memang bertambah sedap apabila soto itu apatah lagi dengan adanya sambal kicap.
Kali ini RASA kongsikan resipi buat bergedel menggunakan 10 biji kentang. Boleh dapat lebih kurang 40 biji bergedel. Berbaloi kan? Puas makan!
BERGEDEL KENTANG BERDAGING
BAHAN-BAHAN
10 biji kentang saiz besar (kupas dan potong setebal 1/2 inci)
20 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 tangkai daun sup (ambil daunnya sahaja dan hiris nipis)
Garam secukup rasa
500 gram daging (dikisar atau cencang halus)
Minyak masak untuk menggoreng
Telur ayam untuk mencelup adunan
CARA MEMBUAT
1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian kentang ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah yang telah dimayang. Masukkan ke dalam bekas berisi kentang.
3. Masukkan lada hitam, daun sup dan garam.
4. Masukkan daging.
5. Gaul adunan ini sehingga sebati.
6. Ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bulat dan sedikit leper. Ulang sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak masak dalam kuali. Dalam bekas lain, pukul telur ayam.
8. Celupkan adunan ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!
KREDIT: Facebook Izwahani Zainal
12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap & Masak Tanpa Minyak
Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yang masak tanpa minyak ni. Ha…Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda, koleksi resipi lauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang sihat dan enak. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1. KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ketam – bersihkan
- 500gm isi ayam
- 2 biji telur
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 sudu sos tomato
- 1 biji cili bengala merah
- 1 biji cili benggala hijau
- Daun sup dan daun bawang secukupnya
- Lada sulah secukupnya
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
- Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
- Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
- Angkat dan sedia dihidang.
2. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung – bersihkan
- Air secukupnya
BAHAN UNTUK AIR ASAM:
- 30gm cili padi
- 10gm cili besar merah
- 20gm perahan limau kasturi
- 100ml air asam jawa
- 1 biji buah tomato – potong dadu
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 5gm garam
- 5gm serbuk perasa (pilihan)
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
- Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
- Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
- Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.
3. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelar
- I inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai – dimayang halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.
- Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.
- Biarkan dalam 5 atau 10 minit.
- Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.
- Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.
- Hidangkan dengan sos cili thai.
4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembung | dipotong dua
- 3 biji cili merah | dikisar
- 15 biji cili padi | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 5 cm kunyit | dikisar
- 3 helai daun kunyit | disiat
- 4 keping asam gelugur
- 3 batang serai | diketuk
- 6 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.
- Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.
- Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 3 batang serai
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
- 150gm asam jawa
- 3cm belacan – bakar
- Air suam secukupnya
- 1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu
- 15 biji cili padi – dihiris halus
- 1 biji tomato – potong dadu
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
- Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
- Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
- Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
- Sementara itu siapkan air asam.
- Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
- Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
- Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
- Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
- Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua
- 1 cm halia | dihiris
- 3 ulas bawang putih – dihiris
- 2 ulas bawang merah – dihiris
- 1 biji tomato – dipotong baji
- Sedikit lobak merah – dihiris
- 3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
- Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
- Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
7. CUMI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong – buang kepala dan kulit
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
- Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
- Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
- Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
- Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat selur keladi bersama isi
- 100 gm isi udang
- 2 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
- Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
- Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
- Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
- Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
- Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
- Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN:
- 350gm tofu putih – kukus selama 20 minit
- 50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman
- 50gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar – dihiris
- 4 ulas bawang putih – dihiris
- 4cm halia – dihiris
- 500ml stok ayam – atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekat
CARA MEMASAK:
- Pijarkan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
- Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
- Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
- Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos plum
- 1/2 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang besar – cincang
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 2cm halia muda – hiris halus
- 2 biji cili merah – cincang halus
- Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
- 1 biji tauhu putih – kisar kasar
- 1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar
- 1 biji telur
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
- Panaskan pengukus.
- Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
- Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
- Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.
- Sementara itu sediakan sos.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
- Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
- Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
- Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
- Sotong sedia dihidangkan.
11. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
12. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Dididkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.
- Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.