Bila sebut sate, sate ayam dan daging antara yang paling digemari ramai. Malah hidangan ini juga sangat sinonim dengan raya. Bagi anda yang rasa nak makan sate yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsi ni boleh dicuba. Boleh buat awal dan sangat jimat berbanding yang dibeli. Jom cuba! 

 

1. SATE AYAM

Resipi Sate Ayam & Daging Sedap Guna Rempah Homemade.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dibersihkan
  • 5 sudu makan madu

BAHAN KISAR:

  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
  • 7 batang serai
  • 2cm kunyit hidup
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 150gm gula
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
  3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
  4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

2. SATE DAGING

IKLAN

Resipi Sate Ayam & Daging Sedap Guna Rempah Homemade.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
  • 30 ulas bawang merah | dikisar
  • 15 ulas bawang putih | dikisar
  • 20 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 5cm kunyit hidup | dikisar halus
  • 3 batang serai | dikisar halus
  • 3cm lengkuas | dikisar halus
  • 3cm halia | dikisar halus
  • 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
  • 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
  • 3 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak sapi | dicairkan
  • 1 batang serai | dititik
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta  gula secukupnya. Perap semalaman.
  2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
  3. Bakar sate sehingga masak.  Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
  4. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI