Tak lengkap sambutan Syawal tanpa adanya nasi impit. Sedapnya kalau makan dengan rendang, kuah kacang, serunding atau lontong. Nasi impit pun ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran. Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu. Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.
NASI IMPIT HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Ads
Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
Setelah siap, padamkan api.
Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.
Info chef: Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.
Agak-agak korang apa perbezaan resipi Nasi Briyani Pakistan dan Nasi Briyani Malaysia? Haa teringinkan nak tahu? Ni yang saya nak kongsikan ni keistimewaan dan ramuan resipi Nasi Briyani Pakistan. Resipi Nasi Briyani Pakistan ni memang akan guna rempah asli dari Pakistan yang korang boleh je beli online. Katanya rasanya memang berbeza, cara masakan Nasi Briyani Pakistan ni perlu dilapis-lapiskan dengan kuah yang dimasak asing tu. Wahh dengar pun macam menarik dah ni belum rasa lagi Nasi Briyani Pakistan ni. Resipi Nasi Briyani Pakistan ni telah dikongsikan oleh Jaja Razalidi Facebook yang katanya ibu mertuanya yang ajar cara masakan Nasi Briyani Pakistan ni. Jom kita cuba resipi ni yang anggaran sesuai untuk 4-5 orang makan.
NASI BRIYANI PAKISTAN
BAHAN-BAHAN:
(KUAH)
6 biji bawang saiz sederhana
1 ekor ayam atau 2kg daging/kambing
1/2 cawan minyak
1 paket rempah Briyani Pakistan
5 cili hijau
Garam
2 biji tomato besar
1/2 cawan yogurt
CARA PENYEDIAAN:
1)Panaskan minyak, goreng bawang sampai perang
2)Masuk tomato, goreng sekejap dalam 5 minit sampai naik bau.
3)Masukkan ayam/kambing biar 5 minit .
4)Masukkan yogurt, garam dan rempah briyani guna api slow
Sampai ayam atau kambing lembut dan naik minyak. Akhir sekali masukkan cili hijau, biarkan beberapa minit
BAHAN-BAHAN:
(NASI)
3 cawan beras basmati
3 liter air didihkan dengan:
-Jintan manis (1 sudu teh)
-Lada hitam (1 sudu teh)
-Kayu manis (1 batang)
-Buah pelaga (1 sudu teh)
-Garam (4 to 5 sudu makan)
CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam beras basmathi selama 20 minit
2. Didihkan 3 liter air bersaman bahan lain dan masukkan beras biarkan masak ¾ dari kuantiti nasi. Anggaran 10 minit sahaja.
3. Tapis beras dan ketepikan.
Dalam periuk yang besar:
Masuk satu lapis nasi yang 3/4 masak tadi, letak pewarna kuning/safron. Kemudian letak lapisan ayam/kambing.
Ulang 2 hingga 3 lapisan, tutup periuk, masak 5 minit atas api sederhana dan 10-minit api paling kecil.
Dah masak, gaul nasi tu sebelum hidang.
Boleh makan bersama Raita atau kalau makan dengan air asam banjar pun sedap kalau buat guna daging.
Nasi kukus macam dekat gerai memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Siap kongsi resipi sambal belacan lagi. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI SEPERTI DI GERAI NASI KUKUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Menu antarabangsa yang Min kongsikan kali ni, memang unik. Sajian inspirasi dari 6 negara dari enam negara iaitu Pakistan, Timur Tengah, Jepun, Mediterranean, Indonesia dan USA. Resipi nombor 6 ,Burger Udang Mediterranean memang luar biasa.
Resipi ni semua diolah semula oleh Ketua Chef Ahmad Nizam Saidin, Chef Ku Iskandar Hafizuddin, Chef Mohd Suhaize Hasim, Chef Azrin Nuruddin, Chef Muhammad Azrin Mustafar dan Chef Rafi’ah Ghazali. Min dah rasa semua sajian ni memang ‘terangkat’ lah. Kreatif betul team Chef di sini.
Korang kena cuba ni…
1. SPICY CHICKEN INFUSED WITH HONEY
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan peha ayam. Perap peha ayam dengan gula, garam dan serbuk perasa. 2. Panggang peha ayam yang siap diperap. 3. Sapukan dengan madu yang telah diperasakan dengan cili api, bawang merah dan bawah putih di atas peha ayam. 4. Letakkan peha ayam di bawah ketuhar pembakar salamander (ketuhar pemanggang) sehingga warna menjadi keperangan. 5. Kemudian gorengkan french fries dalam minyak penuh, gunakan deep fryers. Angkat dan ketepikan. 6. Kemudian rebus pula brokoli, kubis bunga, lobak merah dan asparagus di dalam air panas. 7. Tumiskan bahan-bahan yang telah direbus tadi bersama bawang putih. 8. Hidangkan ayam panggang bersama kentang goreng dan sayuran rebusan tadi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Amerika Syarikat Keistimewaan : Rasa ayam berjus dengan khasiat madu
Info Chef: Terdapat dua jenis ketuhar salamander , satu berupa ‘hand held’ dan yang kedua berbentuk ketuhar. Ia menjanjikan pemanggangan yang menyeluruh dan rata.
2. BEST FRANCE OF LAMB @ LAMB NOISETTE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Perap rusuk kambing dengan bahan perasa cajun, paprika, daun rosemary, garam dan lada hitam. Kemudian panggang hingga masak. 2. Lenyekkan kentang bersama susu dan mentega sehingga kentang lembut. 3 .Rebus sayur – sayuran yang telah dipotong dan campur bersama sedikit garam dan bawang putih. 4. Hidangan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Perancis Keistimewaan : Daging kambing yang kaya rasa herba berperisa
Info Chef:Gunakan daging bahagian tulang rusuk untuk rasa empuk berjus
3.BAKED CHICKEN BRIYANI PAKISTAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk dikisar:
*Simpan sedikit bahan yang dikisar untuk memasak nasi beriani.
Bahan nasi beriani :
Bahan tumis nasi:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah empat sekawan. 2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pes tomato dan kacau sehingga rata. 4. Masukkan ayam yang digaul dengan rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. 5. Apabila rempah mula pecah minyak masukkan susu cair dan biarkan mendidih. 6. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Perasakan secukupnya. 7. Angkat ayam sahaja dan susun dalam bekas/tray yang dilapik dengan foil (jika ada) dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 25minit.
Cara masak nasi beriani: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi. 2. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga kekuningan dan naik bau. 3. Masukkan kuah ayam briyani dan masak seketika. 4. Masukkan susu cair dan kiub ayam sehingga mendidih seketika. Tutup api. 5. Masukkan beras, air dan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Apabila api telah naik, buka dan titiskan pewarna kuning 3-4 kali ke dalam nasi. Kacau sedikit. Jangan terlalu lama. 6. Tutup dan biarkan api dalam keadaan “warm” dalam 15-20 minit atau sehingga nasi betul-betul masak.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang dan tumis Jenis masakan : Inspirasi sajian Pakistan Keistimewaan : Nasi beriani ayam panggang beraroma wangi dan kaya rempah ratus
Info Chef: Beras basmathi perlu direndam sekurang-kurangnya 30 minit supaya ia masak lembut dan gebu. Pastikan cawan yang diguna untuk menyukat beras sama dengan menyukat air.
4. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
BAHAN-BAHAN :
Cara Membuatnya: 1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter. 2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau rata. 3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit. 4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris. 5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu mentega dan bawang putih goreng. 6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan. 7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
5. INDONESIAN LAMB FRIED RICE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali 2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat. 5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering. 6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
6. HOME MADE PRAWN @ CRUSTACEAN MEDITERRANEAN BURGER
Bahan-Bahan:
CARA MEMASAK : 1. Cincang isi udang, daun ketumbar, bawang merah, jeruk lemon dan daun bawang. 2. Gaulkan bahan tersebut bersama serbuk perasa, serbuk cili, garam dan kentang putar sehingga rata. 3. Bentukkan menjadi patty @kepingan bulatan burger 4. Panggang kepingan burger di atas kuali rata @pemanggang bersama roti. 5. Cairkan keju di atas kepingan burger 6. Lapiskan dengan burger bersama salad, tomato dan sos thousand island. 7. Hidangkan burger bersama salad sayur-sayuran.
Saiz hidangan :1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Mediterranean Keistimewaan : Burger udang memenuhi citarasa penggemar makanan laut
Info Chef :Burger udang beri variasi kepada pilihan kepingan burger. Usah dipanggang lama untuk mengelakkan dari menjadi kering dan hilang jus..
TERIMA KASIH : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ,10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.www.pnbperdanaonthepark.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?