Nasi Himpit Daun Pisangatau Lontong ni memang sangat sedap. Wangi dan warna cantik dari daun pisang menjadikan ia berasa lebih enak. Saudari Farrera Lee kongsikan resipi yang diwarisi dari Mak Atoknya. Anda pun nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1.Layur daun pisang terlebih dahulu. Daun sebelah luar ( kasar ) digulungkan ke dalam.
2.Gulung daun guna acuan buluh @ kayu sebanyak dua kali pusingan untuk mengelakkan beras terkeluar daripada gulungan semasa merebus.
3.Cucuk lidi, stapler atau ikat di salah satu hujung gulungan daun. Keluarkan acuan buluh.
Ads
4.Basuh beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam gulungan daun.
5.Masukkan beras setengah daripada panjang gulungan daun.
6.Cucuk lidi, stapler atau ikat di bahagian satu lagi hujung gulungan daun.
7.Goncang sikit untuk sama ratakan beras.
8.Rebus dalam keadaan ‘baring’ selama 7-8 jam (bergantung kepada kuantiti dan saiz) dan pastikan air sentiasa penuh sehingga tenggelam. Rebus guna api sederhana kuat.
9.Bila sudah masak, tos dan sejukkan sebelum dibuka dan dipotong.
INFO:
Boleh guna mana-mana jenis daun pisang. Kalau nak warna nasi himpit yang cantik, guna daun pisang awak. Empunya resipi guna daun pisang hutan.
Lebih baik rebus guna kayu api untuk lebih jimat.
Jika masak dalam kuantiti yang sedikit (10-20 batang), rebus hanya beberapa jam sahaja atau hingga masak (kental)
Nasi Himpit direbus 7-8 jam untuk dapatkan warna dan hasil tekstur nasi himpit yang cantik serta mampat.
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannnya cukup mudah. Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng, resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba. Memang membuka selera. Tak perlu dah makan dekat kedai. Masak sendiri lagi sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN: Nasi putih – sukatan 3 orang makan 3 ekor sotong – hiris 4 biji cili padi 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini 1 sudu teh udang baring / udang geragau – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur Hirisan sayur pilihan – kubis/ petai/kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
4. Pecahkan telur.
5. Kacau hingga rencah menjadi sebati dan bergaul sebegini.
6. Masukkan nasi dan juga hirisan sotong. Kacau semua hingga bergaul rata.
7. Bila nasi sudah bergaul sempurna, masukkan hirisan kubis dan kacang panjang. Kacau lagi.
8. Seterusnya masukkan petai (jika ada). Gaul lagi hingga sayur masak dan sedikit layu.
9. Rasa nasi goreng. Jika semua perasa sudah cukup, angkat dan hidangkan.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Dalam situasi PKP di mana pergerakan semuanya terbatas, anda yang suka ketupat palas tapi tak boleh cari atau beli daun palas. Boleh cuba tukar daun palas kepada daun pisang yang lebih mudah diperolehi, Janji Raya yang dibenarkan sehari ini tetap meriah seisi keluarga. Nak tahu macam mana caranya, ikut resipi dan cara bungkus seperti dikongsikan di bawah ini. Nampak mudah, bolehlah cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 4 cawan beras pulut | rendam 2 jam 6 cawan santan | dari 2 biji kelapa 1 helai daun pandan Garam secukup rasa Daun pisang secukupnya.
CARA MEMBUAT:
Kukus beras pulut bersama santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam serta masukkan daun pandan.
2. Boleh kukus separuh masak atau sampai masak.
3. Biarkan pulut sejuk sekejap.
4. Balut dengan daun pisang kemas-kemas dan padat.
5. Panaskan pengukus dan kukus semula selama 15-20 minit.
6. Setelah sejuk bolehlah potong dan hidangkan dengan rendang atau kari yang telah anda sediakan..