Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusofni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
BAHAN-BAHAN LAIN: Daun pisang Kelapa parut + sedikit garam (inti) Sedikit minyak masak
Ads
CARA MEMASAK: 1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan. 2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak. 4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi. 5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Selamat mencuba!
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan garam halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali telah berkongsi resipi kuih angku kacang merah.
Menurut Samsiah, kuih angku ini teksturnya kenyal. Rasanya pula lemak manis dan sangat membuka selera.
“Boleh saja gunakan apa-apa bentuk acuan pun asalkan cantik dan menarik perhatian,” kata Samsiah.
Ayuh kita lihat resipinya.
KUIH ANGKU KACANG MERAH
(resipi untuk 18 biji)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan santan
3/4 cawan air
Pewarna merah
Pewarna kuning
1 cawan inti kacang merah
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut.
2. Kemudian masukkan tepung gandum.
3. Masukkan pula garam.
4. Masukkan santan dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit ketika menggaul.
6. Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
7. Bahagikan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian diletakkan pewarna merah. Gaul sehingga doh menjadi warna merah sekata.
9. Satu lagi letakkan warna kuning. Gaul sebati sehingga doh menjadi warna kuning sekata.
10. Ambil satu sudu inti kacang merah. Bulat-bulatkan.
11. Sapu acuan dengan minyak masak.
12. Ambil sejemput doh warna merah. Bentukkan bulat leper. Kemudian letakkan inti kacang merah. Balut kemas. Padatkan pada acuan.
13. Ulangi langkah ini sehingga semua adunan merah dan kuning habis.
14. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
15. Potong daun pisang ikut bentuk bulat ikut saiz acuan.
16. Keluarkan kuih angku dan letak atas daun pisang tersebut.
17. Siap!
Labu adalah salah satu sayur yang dijadikan puri untuk bayi. Apa kata kali ini kita jadikan donut yang sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas. Mesti mereka akan suka makan donut yang rasanya lemak manis ni.
DONAT LABU VERSI KANAK-KANAK
BAHAN A
1/2 cawan puri labu (dikukus dan dilenyek )
1 sudu kecil madu ( 1 tahun ke atas )
BAHAN B
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sudu besar mentega tanpa garam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu penuh krim
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dan kacau sebati. Ketepikan seketika.
2. Di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B kecuali susu.
3. Ramas adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan BAHAN A dan juga susu tadi.
5. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat. Ulang proses sehingga adunan habis. Rehatkan doh selama 15 minit.
7. Kemudian leperkan doh dan lubangkan. Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda.
8. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil.
9. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.
10. Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana kalau buat macam itu, doh akan menyerap minyak masak. Cukup sekadar sekali dua sahaja.
11. Setelah masak kedua-dua bahagian, angkat dan toskan.
12. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...