Ads

Cara Buat Cucur Kentang Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

Potato Fritters atau Cucur Kentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.

 

RESIPI CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS) SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun sup/ daun bawang secukupnya
  • Sedikit emping cili ( chilli flakes)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.

Cara Buat Cucur Kentang Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

Ads

2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.

Cara Buat Cucur Kentang Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.

Ads

4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Anda mungkin berminat dengan

Cara Buat Cucur Kentang Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

 

Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Khasiat Bawang Putih: Rahsia Hebat yang Ramai Tak Sedar untuk Kesihatan...

Khasiat bawang putih terbukti mampu tingkatkan imun, kawal tekanan darah dan detoks badan. Ketahui rahsia sebenar di sebalik bahan dapur ini.