Bila tiba hidangan minum petang, sekali sekala nak juga merasa menu ala western kan. Jika teringin, boleh cuba resipi puff pastry inti kastard campur kaya ini.
Memang terasa creamynya dan lagi sedap bila intinya disejukkan. Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sesuai untuk makan bersama keluarga di taman.
Hidangan ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu kerana cepat disediakan, sedap dan mudah.
PUFF PASTRY INTI KASTARD & KAYA
BAHAN UNTUK INTI:
300g susu full cream 30g tepung kastard – beli online di sini 1 sudu besar esen creamy vanilla 1 sudu kecil esen french vanilla 2 sudu besar kaya (saya guna Seri Kaya Sunstar) Gula perang secukup rasa Secubit garam 300g non-dairy whipping cream
Ads
BAHAN LAIN:
2 pek kecil puff pastry (dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu, baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan)
Dapatkan Coowin Detachable Marble Cookware Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
2. Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
3. Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (chiller).
4. Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu.
5. Masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan inti yang telah siap ke dalam piping bag (beg pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.
Menu kampung seperti Daging Rebus Air Asam ni sememangnya menjadi pilihan ramai. Lauknya ringkas sahaja tetapi membuka selera. Ada pula gandingan dengan aneka ulam-ulaman, lagilah laju tangan menyuap nasi ke mulut. Bagi anda yang menggemari hidangan air asam, resipi perkongsian saudari Farhana Ismail ini boleh dicuba. Sempoi sangat bahan-bahannya tapi rasa pasti sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
Daging secukupnya
BAHAN KISAR:
Sedikit cili merah
1 biji tomato
6 tangkai cili padi – ikut kepedasan yang disukai
Air asam jawa secukupnya – beli online disini
Sedikit belacan – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN POTONG:
Tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan rebus hingga empuk. Sejukkan seketika dan hiris. Ketepikan. Untuk daging ni, sebaiknya guna daging yang mudah lembut bagi memendekkan masa.
2. Satukan bahan kisar. Kemudian kisar kasar sahaja. Jangan kisar sampai hancur kerana rasa akan jadi lain. Cukup sekadar kasar-kasar sahaja.
3. Lepas siap dikisar, tuang ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
4. Bersihkan dan potong tomato, cili padi, cili merah dan bawang besar.
5. Masukkan ke dalam mangkuk berisi bahan kisar tadi. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan hirisan daging. Gaul lagi hingga sebati.
7. Rasa Daging Air Asam dan tambah perasa jika ada yang kurang.
8. Daging Air Asam yang sedap dan mudah sedia untuk dinikmati.
Rotinya lain dari yang lain, jarang dapat jumpa tapi kalau jumpa wajib beli banyak. Rotinya yang comel berbentuk bulat nampak seperti keras tetapi ragup di luarnya dan liat di dalam. Sedap dapat makan sambil cicah kopi.. Malaysia sangat!
KUIH KOREA ROTI MOCHI
BAHAN-BAHAN:
180grm tepung pulut
20gr tepung protein tinggi
10gr susu tepung
1 sdm gula
120gr susu cair
60gr minyak
1 sdm kicap cair asin
1 telur
20gr bijan hitam
CARA MEMASAK:
Ayak tepung pulut, tepung protein tinggi dan susu tepung
Campur susu, minyak, kicap asin. aduk rata dan panaskan. angkat
Masukan campuran tepung dan gula. tambahkan telur dan aduk rata.
Masukan bijan. timbang 40gr. bulat bulatkan. spray air.
Bubur, pemanis pelengkap hidangan yang memang digemari ramai..Jika anda penggemar bubur dan mahu masak sendiri, anda boleh cuba bubur bebola pulut bersagu bersama keladi ni..Yang pasti memang mudah dan sedap! Rugi kalau tak cuba..
BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN-BAHAN
BEBOLA PULUT:
100gm tepung pulut
50gm kelapa parut
30gm gula merah/melaka
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
DOH:
1 helai daun pandan
100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
1/2 sudu teh garam
KUAH:
250gm santan pekat
100gm gula pasir
50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.