Musim cuti sekolah ni, anak-anak mesti selalu rasa lapar dan mak-mak mestilah memasak dalam kuantiti yang banyak.
Kalau nak mesrakan lagi suasana makan bersama keluarga di rumah, bolehlah buat hidangan steamboat dan sup ala Johnny yang sedap ini.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, memang puas hati makan dan hampir sama rasanya seperti yang asal.
STEAMBOT & SOS HOMEMADE ALA JOHNNY
BAHAN UNTUK BUAT SOS
BAHAN KISAR:
10 biji lada merah besar (dibuang biji) 10 biji cili padi merah (jika tak suka pedas, boleh kurangkan) 4 ulas bawang putih 1 genggam batang ketumbar bersama akarnya *Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk, kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
4. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
5. Jika sos cair, tambah air bancuhan tepung jagung tapi jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap sos steamboat.
BAHAN SUP STEAMBOAT:
3 ulas bawang putih | ditumbuk 2 biji bawang merah kecil | ditumbuk – beli online di sini Sedikit minyak untuk menumis 3 ketul kiub pati ayam – beli online di sini 1 sudu besar serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam Garam, gula secukup rasa 1 batang kecil lobak putih | dihiris bulat 1 jag air atau mengikut banyak kuah yang diingini
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau, kemudian masukkan air.
2. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan semua bahan berbaki satu persatu. 3. Bila sup dah masak, bolehlah masukkan bahan-bahan steamboat.
Dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat, juadah masakan kampung menjadi penambat selera berbuka puasa. Dek kerana imbauan inilah menjadikan anak-anak di kota rindu untuk pulang ke desa. Terasa nak makan lauk macam yang mak-mak masak untuk buka puasa hari ni? Jom cuba menu-menu di bawah.
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minhyak dalam periuk, 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. 4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 5. Selepas dua minit masukkan siput sedut. 6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. 5. Sedia untuk dinikmati.
4. BUNCIS GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
400gm kacang buncis | dihiris serong
4 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
2 sudu makan udang kering | direndam dan ditumbuk
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 3. Masukkan udang kering dan kacang buncis. Gaul rata sehingga sayur kelihatan hampir masak. 4. Tambahkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika perlu, masukkan sedikit air dan buarkan sayur masak sepenuhnya. 5. Sedia untuk dihidangkan
5. KUBIS GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kubis | dihiris
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
2 sudu makan ikan bilis| dibelah dua
180ml air
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
Sedikit serbuk perasa ayam/ikan bilis
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih serta ikan bilis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan air. Biarkan mendidih seketika. 3. Seterusnya masukkan hirisan kubis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata sehingga kubis menjadi lembut. 4. Perasakan dengan serbuk perasa dan gula dengan secukup rasa. Gaul rata. 5. Angkat dan nikmati segera
Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini 2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini 1 cawan gula merah hancur – beli online disini 1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini 2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam). 2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati. 3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental). 4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. 5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja. 6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais) 7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). 8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. 9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya. 10. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Ikan bilis sedap dibuat sambal tumis. Selain itu, ikan bilis pun sedap kalau dibuat kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
Kerabu Ikan Bilis
Bahan-Bahan
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
Bahan Hiris Halus
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
Bahan Perasa
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
Cara membuat
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.