
Sedap kalau makan Roti Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada geng, sebungkus pun tak cukup. Kalau anda suka makan Roti Kering ni apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade. Resipi perkongsian saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.
RESIPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwic
- Marjerin
- Gula
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.
2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.
3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.
4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Ayu Watie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Masak Lasagna Guna Roti Sandwic. Memang Penuh Keju & Sedap!

Anda masih bercuti? Ha…Inilah waktu nak masak menu yang sedap & special untuk keluarga. Lasagna yang guna roti sandwic ni salah satu yang boleh anda cuba. Lihatlah lapisan keju tu. Fuhhh..memang memikat weh! Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Daa ni.
LASAGNA ROTI DAGING & CHEESE BERGANDA
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping daging burger (leraikan)
- 2 biji telur
- 8 keping roti Gardenia
- 2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi (sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air)
- 1 cawan susu segar
- 1 batang lobak merah (potong dadu)
- Cendawan butang (potong dadu)
- Daun sup
- 2 biji bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- Garam secukupnya
- Minyak masak (untuk menumis)
BAHAN TABUR:
- Keju cheddar ( block)
- Keju cheddar ( keping)
- Keju mozarella
- Italian herbs secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
- Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
- Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.
CARA MELAPIS ROTI:
1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.
2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.
3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)
4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.
5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.
6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.
7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.
8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Daa
6 Resipi Kudapan Ringan Paling Popular & Wajib Ada Bila Tiba Hari Raya.

Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Kerepek bawang, kuih siput dan putu kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
- 500gm tepung gandum
- 100gm bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
- 3 sudu makan pes cili kering
- 125ml air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
- 500gm tepung gandum
- 180gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
- Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
- Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
- Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
- Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
- Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
- 2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
- 2 sudu makan serbuk kari
- 50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
- 250ml air
- 125ml minyak masak | dipanaskan
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
- Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
- Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
- Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250ml minyak masak
- 180ml air
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 2 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
- Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
- Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
- Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
- Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
- 1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
- 500ml santan
- 20 tangkai cili kering | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 7 batang serai | dikisar
- 5cm halia | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- 120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
- Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
- Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
- Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang hijau | dibersihkan
- 400gm gula | dikisar halus
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
- Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
- Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
- Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
- Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
- Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
- Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kacang dhal | direndam semalaman
- 250gm tepung beras
- 500ml santan
- 1 biji telur
- 100gm ikan bilis | dikisar
- 1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar
- 1 sudu makan jintan putih | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
- Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
- Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
- Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
Resipi Keledek Goreng Rangup Macam Peniaga Pisang Goreng Jual

Keledek Goreng Rangup memang sangat sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan Keledek Goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual tu, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aiza Shereen ni. Sama je lebih kurang doh untuk pisang goreng cuma ini versi ringkas dan tidak guna banyak bahan. Memang sedap katanya. Jom cuba!
CARA MASAK KELEDEK GORENG RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Ubi keledek – kupas kulit
- Tepung gandum – beli online disini
- Marjerin – beli online disini
- Garam
- Minyak masak – beli online disini
- Air suam
- Serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2.Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
3.Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4.Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5.Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
6.Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama Sambal Kicap.
Kredit resipi & foto: Aiza Shereen
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official