Bagi para peminat K-pop, boleh pakat cuba resipi Kimbap ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Maklumlah, jika beli di restoran makanan Korea, segulung Kimbap sudah berapa harganya. Memang mahal. Jadi jom cuba buat secara homemade guna resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Makan pula dengan Kimchi. Aduhai. Sedapnya….Pasti puas hati.
CARA BUAT KIMBAP KOREA SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras sushi 1 sudu teh minyak bijan Secubit garam halus Kepingan rumpai laut – boleh beli pasar raya Tikar penggulung
Ads
BAHAN INTI: 1 ikat bayam hijau 1 batang timun 1 batang lobak merah 3 biji telur Hirisan daging secukupnya Sos tiram secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK NASI: 1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari. ( info RASA: Boleh ikut sukatan pada pek beras) 2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.
INFO: Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
CARA MEMASAK INTI: 1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan. 2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus. 3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam. 4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan sedcubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang. 5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.
CARA GULUNG KIMBAP: 1. Tebar tikar penggulung. 2. Alas sekeping rumpai laut. 3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. ( Pastikan ada ruang).
4. Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap.
5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.
6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu. ( info RASA: Boleh dilakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan Kimbap hingga rata)
7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayones jenama Kewpie diatas Kimbap. Memang sedap.
Bukan hanya kerana menyambut tetamu anda perlu sediakan pencuci mulut yang istimewa. Malah sempurna juga disediakan bila-bila masa. Selepas menjamu selera makan makan atau tengahari boleh sahaja menikmatinya. Puas rasa dan rasa lengkap hari anda. Tambah pula dengan hidangan pemanis mulut yang memberi nikmat di tekak.
Berikut antara senarai menu pencuci mulut yang boleh dihidangkan anda sediakan. Barulah lengkap meja hidangan dengan seleksi pencuci mulut pelbagai rasa dan warna.
HAZELNUT COFFEE CREAM
Saiz Hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 30 minit
Cara Memasak: Reneh dan dingin
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN:
300gm krim Cheese Philadephia
1 cawan susu segar
130gm gula kastor
¼ cawan air
2 sudu teh serbuk gelatin
1 peket kopi segera 3 dalam 1
50gm serbuk kacang hazelnut
CARA MEMASAK:
1.Renehkan krim cheese dengan susu dan gula hingga larut. Biarkkan suam dan dikisar halus.
2.Campurkan gelatin dengan air dan dibiarkan 5 minit sebelum dilarutkan menggunakan kaedah double boil.
3.Campurkan adunan cheese bersama gelatin dan balik-balikkan adunan menggunakan spatula hingga sebati.
4.Bahagikan adunan cheese kepada 3 bahagian, satu daripadanya dicampurkan dengan serbuk kopi segera, sabahagian dengan serbuk hazelnut dan adunan terakhir dibiarkan kosong.
5.Sudukan adunan ke dalam 6 cawan bermula dengan adunan kopi, diikuti adunan kosong serta adunan hazelnut. Setiap lapisan perlu disejukkan 5 minit. Sejukkan adunan ini di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum dihiaskan.
PANNA COTTA SERAI MADU DAN RASPBERRY
Saiz Hidangan: 7 orang
Masa Memasak: 40 minit
Cara Memasak: Reneh dan Dingin
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
PANNA COTTA SERAI MADU
BAHAN-BAHAN:
70ml air sejuk
3 sudu teh serbuk gelatin
2 cawan Dairy Whipping Cream
80gm gula kastor
¼ cawan susu segar
1 batang serai
1 sudu kecil parutan lemon
½ sudu makan madu
CARA MEMASAK:
1.Rendam serbuk gelatin dan air, biarkan 5 minit sebelum dicairkan menggunakan kaedah double boil.
2.Masak dairy cream , gula kastor, susu, serai, parutan lemon serta madu hingga mendidih. Tutup api.
3.Campukan larutan gelatin bersama adunan susu. Kacau rata.
4.Isikan adunan panna cotta ke dalam 6 gelas hiasan . Sejukkan selama 20 minit.
LAPISAN JELLY RASPBERRY
1 peket serbuk jeli segera perasa raspberry.
350gm air
¼ cawan puri raspberry
CARA MEMASAK:
1.Masak kesemua bahan sehingga mendidih .
2.Tuangkan di atas adunan panna cotta dan sejukkan selama 10 minit sebelum dihiaskan.
GUAVA APPLE YOUGURT JELLY
Saiz Hidangan: 8 orang
Masa Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Reneh dan Dingin
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
CARA MEMASAK :
1.Reneh kesemua bahan hingga mendidih dan tuang di dalam 6 gelas hiasan . Sejukkan selama 30 minit.
2.Hias dengan sedikit lapisan puri guava.
LEMON ALMOND CHEESE CAKE
Saiz Hidangan: 2 orang
Masa Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Dingin
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Pastri
1 cawan biskut graham cracker yang dikisar halus
2 sudu makan serbuk almond
1/3 cawan mentega cair
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan di atas hingga menjadi pes yang boleh dikepal.
2.Tekan di dalam acuan tat dan sejukkan.
Lapisan Cheese
300gm cream cheese
50gm sour cream
65gm gula kastor
1 sudu makan syrup maple
1 sudu kecil parutan lemon
1 sudu teh gelatin
1/3 cawan air sejuk
250gm Jem lemon / isian lemon
CARA PENYEDIAAN:
1.Rendam gelatin dengan air sejuk dan ketepikan.
2.Pukul cream cheese dan gula kastor 2 minit menggunakan paddle pemukul masukkan sirap maple, sour cream dan parutan kulit lemon pukul lagi selama 1 minit dengan kelajuan sederhana.
3.Cairkan gelatin menggunakan kaedah double boil dan satukan dengan adunan cheese, pukul perlahan 1 minit.
4.Tuang ke dalam acuan tat serta sejukkan. Hiaskan dengan lemon filling serta buah-buahan.
DOUBLE CREAMY COOKIES
Saiz Hidangan: 25 biji
Masa Memasak: 18 minit ( 1 jam 30 minit – penyediaan)
Cara Memasak: Bakar
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
CARA MEMASAK:
1.Satukan mentega, gula dan esen vanilla, pukul hingga kembang dan kemudiankan masukkan telur.adun sebati.
2.Masukkan adunan tepung bersama serbuk penaik, kacau menjadi doh lembut. Satukan bersama dengan kacang , coklat parut serta susu segar.
3.Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
4.Bahagikan adunan kepada bebola kecil seberat 25gm dan disusun di atas dulang pembakar.
5.Bakar biskut dengan suhu 180c hingga masak.
6.Satukan semua bahan inti, Paipkan inti di permukaan biskut dan tampal menjadi 2 biskut yang berlapis. Sedia untuk dihidangkan
LEMPENG GEBU
Saiz Hidangan: 8 keping
Masa Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng menggunakan kuantiti minyak yang sedikit
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
2 sudu makan gula halus /
150 ml susu cair @ secukupnya
1 biji telur
2 sudu besar mentega, dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Sedikit minyak untuk sapu pada kuali leper.
CARA MEMASAK:
1Satukan semua bahan, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan selama 15 minit
2.Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak.
3.Tuang sedikit adunan , goreng hingga masak
4.Sapukan inti di tengah, sedia untuk dihidangkan bersama pancake syrup & ice cream
Inti : KACANG MERAH, PANCAKE SYRUP @ ICE CREAM
SAGO BERI COCKTAIL
Saiz Hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Reneh & Dinginkan
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN:
250 gm sago kecil – direndam 15 minit
1 helai daun pandan
Air secukupnya
500 ml susu segar
150gm gula pasir
Buah-buahan segar secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air hingga mendidih, masukkan sago.
2.Masak sago hingga jernih. Toskan sago dengan laluan air untuk buang kanji.
3.Susu segar dimasak bersama gula pasir hingga suam kuku.
4.Satukan sago bersama susu segar. Campurkan buah- buahan segar.
5.Sejukkan sebelum dihidang.
PENGAT NANGKA PANCAWARNA
Saiz Hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Reneh & Rebus
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna merah ,hijau, kuning
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
1.Satukan semua bahan , gaul hingga jadi doh, bahagikan kepada beberapa bahagian, tambahkan sedikit pewarna.
2.Bentukkan bujur , panaskan air, rebus hingga timbul di permukaan air.
3.Angkat dan rendam didalam air sejuk.
BAHAN KUAH SANTAN:
6 ulas nangka masak| buang biji , dipotong memanjang
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 helai daun pandan
¼ sudu kecil halba biji
Gula pasir dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Masak semua bahan kuah kecuali nangka hingga mendidih.
2.Apabila mendidih, masukkan nangka dan masak sekejap.
3.Toskan adunan tepung pulut , masukkan k edalam bancuhan santan dan tutup api.
4.Sedia untuk dihidangkan.
PUDING BRULEE GREEN TEA
Saiz Hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 minit.
Cara Memasak: “Steambath”
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
500 susu segar
500ml krim masakan
1 sudu teh“serbuk green tea”
BAHAN B
300gm telur
80gm kuning telur
120gm gula kastor
100ml susu segar
BAHAN C
2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
1.Panaskan bahan A hingga suam kuku.
2.Tuangkan ke dalam bahan B, kacau hingga sebati dan tapis.
3.Tuangkan ke dalam mangkuk dan bakar menggunakan teknik “steambath” pada suhu 160 celcius selama 35-45 minit.
4.Apabila masak taburkan gula perang di atas pemukaan puding.Bakar hingga keperangan.
5.Sejukkan sebelum dihidang
TAT KACANG HAZEL
Saiz Hidangan: 30 biji
Masa Memasak: 45 minit.
Cara Memasak: Bakar
Jenis Masakan: Pencuci Mulut
BAHAN KULIT TART:
A) 250 gm tepung gandum
110 gm mentega
80 gm gula icing
B) 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN KULIT TART:
1.Satukan bahan A dan campurkan bahan B. Bancuh hingga menjadi doh.
2.Rehatkan selama 15 minit. Sapu acuan tat dengan mentega, masukkan doh dan bentukkan mengikut acuan tat.
3.Masukkan inti kacang hazel
INTI KACANG HAZEL:
Bahan A:
125gm mentega
100gm gula aising
Bahan B :
3 biji telur
½ sudu kecil perisa vanlla
Bahan C:
100gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk penaik
100gm serbuk kacang hazel
CARA MEMASAK:
1.Putar bahan A sehingga berkrim, masukkan bahan B.
2.Akhir sekali masukkan bahan C. adun hingga sebati.
3.Masukkan ke dalam acuan kulit tat. Bakar pada suhu 180 celcius selama 35 minit
Info chef: Atas permukaan tat boleh letakkan buah buahan tin jika suka.
Resipi : NOR ASMAWATI NOR DIN ( CHEF ASMA/ PENSYARAH ) & SHAHRIL NIZAM SHAMSUDIN ( PENSYARAH/ DEPUTY DIRECTOR SCHOOL OF CULINARY ARTS
Terimakasih: SCHOOL OF CULINARY ARTS , UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Telur selalu jadi lauk penyelamat kalau takda lauk atau kalau nak cepat. Apa yang lebih penting, telur sangat sedap dimasak apa saja menu dan sangat mudah disediakan. Sebab tulah menu telur ini menjadi kesukaan kanak-kanak dan orang bujang. Telur juga wajib ada dalam setiap dapur. Kalau hari teringin masak masak telur, nini dua menu telur paling sempoi dan sedap ye….
TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
3cm halia | hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh cuka
Sedikit air
Sedikit garam dan gula jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
4. Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
5. Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
6. Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
7. Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
8. Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.
.
KARI TELUR KENTANG BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit
700ml santan
1/2 cawan air asam jawa
3 biji kentang | belah empat
2 biji cili hijau | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji tomato | belah enam
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan
Sup Daging Ala Thai menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam pedas makan dengan nasi putih dan ada pula telur dadar memang ngam lah!
Kalau ada tulang dan lemak sikit masukkan semua baru sedap sup yang dibuat. Kalau yang diet nak ratah sahaja pun sesuai.
Yang suka pedas letak cili banyak-banyak perah limau. Empunya resipi menggunakan perencah sup siam bagi menyedapkan lagi hidangan sup yang dibuat.
Sup Daging Ala Thai
Bahan-bahan:
Sepeket daging frozen
2 biji ubi kentang – belah 4 atau 2
Tomato – belah 4
1 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sup bunjut
Saderi
1 paket perencah sup siam Adabi
Garam secukup rasa
Jus limau nipis
Cili api jika suka pedas
Daun sup – untuk hiasan
Cara memasak:
Mula-mula rebus daging yang dah dipotong-potong. Empunya resipi menggunakan preasure cooker untuk merebus daging.
Bila dah siap rebus, masukkan kentang size kecik yang dah dibelah 2.
Dalam kuali yang lain tumis tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah, bawang putih,halia dan juga sup bunjut.
Tumis sampai caramelised
Kemudian tuang tumisan tadi dalam air rebusan yang berisi daging tadi.
Letak perencah sup siam Adabi
Rebus sehingga kentang empuk, letak tomato, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis dan juga cili api yang telah diketuk.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...