3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Gaul lagi sehingga doh tidak lagi melekat di tangan. 4. Letak kismis dalam acuan dan tekap adunan (klik di sini untuk video) 5. Bakar 150°C selama 20 minit atau ikut sesuai ketuhar masing-masing.
Menu roti memang menjadi kesukaan ramai. Tidak kira sama ada membeli atau membuatnya sendiri. Lebih puas jika dapat membuatnya sendiri. Boleh bawa pulang jumpa ibu dan ayah hujung minggu nanti.Buat penggemar roti putih atau roti tawar atau juga dikenali sebagai roti sandwic /sandwich loaf,boleh cuba resipi ni. InsyaAllah mudah dan sedap.
Sandwich Loaf (2 pax) Bahan-bahan: 500g tepung roti (high protein Japanese Flour) 35g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 8g garam 8g instant dry yis (brand SAF)-BELI ONLINE DI SINI 25g unsalted butter (saya guna brand Achor) *5g bread improver-BELI ONLINE DI SINI 50g susu 225g air sejuk (3 darjah selsius) *Optional: saya gunakan brand GR superbake dari Golden Republic kali ni.
Cara membuat:
5.Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulatkan (100-110g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
10.Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.
**untuk berat sandwich loaf dan loyang pembakar. Cara pengiraannya begini: 1. Isipadu loyang pembakar (panjang x lebar x tinggi) dibahagikan dengan 5 2. Misalnya: 20cm (panjang) x 10cm (lebar) x 10cm (tinggi) bahagi 5 = (2000 / 5) = 400g berat doh yang diperlukan. Kredit: ritzthebaker
Sedapnya Ayam Sweet Sour Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
Nasi impit dan kuah lontong menjadi hidangan kemestian ketika hari raya. Namun jika dah teringin boleh buat bila bila masa. Biasanya nasi impit dibuat sendiri atau membelinya yang segera. Balik rebus dan boleh makan. Boleh jer buat sendiri dengan langkah berikut. Lebih puas bila dapat buat sendiri nasi impit.
1 pot beras 3 pot air Secubit garam
1.Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak. 2.Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil dilenyek supaya hancur. 3.Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi. 4.Setiap 10 minit mestilah dikacau sebati sehinggalah nasi kering.
Masak nasi impit ni kena banyak kali dikacau supaya nasi cantik dan lembut. 5.Masak lebih kurang 1 1/2 jam dengan api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur. 6.Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu atau belakang botol yang bersih sehingga nasi lembut. 7.Ulang gaul dan lenyek-lenyek lagi. 8.Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware atau mangkuk untuk nak diisi nasi tadi 9.Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, 10.Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak. 11.Tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik tadi (gunakan sudu yang dibasahi dengan sedikit air untuk sapu permukaan nasi agar lebih rata dan licin) 12.Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
#Nasi impit yang telah siap boleh disimpan lama di dalam peti sejuk selama satu minggu.
1/4 biji kubis 1/4 biji sengkuang – potong panjang – tak letak 1 batang lobak merah – potong panjang 6 batang kacang panjang 2 biji terung panjang 1 biji kentang – potong 8 2 keping fucuk – rendam dan potong kecil 1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil 1 keping tempe potong dadu besar dan goreng 2 keping tauhu potong kecil dan goreng 2 batang cili merah – hiris 2 batang serai – ketuk 1 cawan udang hidup 2 santan kotak -BELI ONLINE DI SINI Garam secukup rasa Serbuk kunyit
8 ulas bawang merah 1 inci kunyit hidup – BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar udang kering – rendam dan tos – BELI ONLINE DI SINI
1.Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 2.Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 3.Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 4.Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul. 5.Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna. 6.Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. 7.Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. 8.Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.
Resipi: Rozelkitchen
Jika ingin menukar baru blender,mixer,grinder boleh membeli secara online DI SINI.