untitled-design-2019-04-25t145913.110-25_27_709759-400x400

Wow kecur liur mengenangkan menu yang membuka selera ni. Menu ni pasti membuat anda tergoda untuk membuatnya. Sangat mudah dan buat korang bertambah makan. Ini resipinya

Sotong Stim Limau

Bahan-bahan:

Sotong

1 batang serai

Daun ketumbar

1 ulas bawang putih

Lengkuas

IKLAN

Cara memasak:

1.Cuci sotong sebersihnya. Buang tulang, dakwat hitam dan gigi sotong sekali.

2.Kemudian, kukus sotong bersama-sama serai, daun ketumbar, bawang putih dan lengkuas.

Untuk menyediakan kuahnya adalah mengikut cita rasa masing-masing. Kalau nak pedas, tambah cili lebih. Kalau suka bawang putih banyak, tambah bawang putih lebih. Kalau nak kuah melimpah, asam limau kena banyak.

Bahan untuk kuah:

IKLAN

Bawang putih (cincang dadu)
Cili hijau/merah (potong halus)
5-6 biji asam limau
3 sudu makan sos ikan
Daun ketumbar
Tomato
Belacan (bagi rasa wow)
Garam, gula, ajinomoto (secukup rasa)

Cara membuat:

1.Kukusan tadi, tapis air sotong. Jangan dimasukkan bersama dengan kuah. Nanti jadi cair dan tak sedap. Boleh juga ambil satu sudu air sotong yang direbus untuk rasa manisnya air sotong semulajadi.

2.Kemudian tabur kuah pada sotong dan gaul bersama. Nanti cubalah rasa. Kalau rasa tak masam kaw lagi, boleh perah sedikit asam limau. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh tambah cili lebih.

3.Akhir sekali, tabur sedikit daun ketumbar. Siap untuk dihidang.

IKLAN

#resepicikatennazlan

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh cari DISINI.

Rendang Udang Paling Sedap, Tak Tau Nak Kata Apa Dah

Cara Masak Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Elok Kejadiannya

https://www.rasa.my/masakan-india-penuh-rempah-ratus-dan-lazat-rasa/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI