Sedapnya Air Detox perkongsian saudari Zurida Hassan ni. Jom buat sendiri guna bahan-bahan yang mudah. Sekali buat satu keluarga boleh minum. Cukup senang. Hanya perlu campur semua bahan dam jug. Dekat nak berbuka, tambah ais dengan secukupnya. Wow… Sangat menyegarkan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasa dan juga kesegarannya.
RESIPI AIR DETOX SEDAP & MUDAH BUAT, SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI
Sahur kadang kala buat anda blur sekejap nak masak apa yang semua boleh makan. Tapi jika anda yang sedang berdiet atau nak menjaga usus, minum ini sudah memadai dan mengenyangkan. Jom try ni. Tak perlu yang lain , ini dah cukup untuk anda.
Kurma milk fruit cocktail Bahan-bahannya 1 sudu besar buah epal merah -didadu kecil. 1 sudu besar buah Mangga -didadu kecil 3 biji isi buah kurma 2 sudu besar isi nata de coco tanpa air 2 sudu besar madu 1/3 cawan susu fullcream. 1 sudu surya cuka kurma sider Sedikit air batu.
Cara membuat: 1. Masukkan madu ke dalam cawan hidangan. 2. Masukkan cuka kurma sider, isi buah kurma dan susu fullcream. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan buah mangga, buah epal, nata de coco dan sedikit air batu. 4. Kacau sekali lagi sehingga mesra. 5. Siap untuk dihidang.
Nak guna limau kasturi untuk masakan sikit saja tapi kena beli yang siap pek dalam jumlah yang banyak. Selebihnya daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, elok buat jus limau kasturi.
Jus limau kasturi ini lebih enak jika masukkan sekali dengan kulitnya, lagi asli rasanya. Tapi jangan bimbang tak pahit pun malah rasanya sangat sedap masam manis bersatu. Cara membuatnya dikongsi oleh Nur Amalyna Zubaidi.
Buat jus limau kasturi yang pure, kisar sekali kulitnya
Wajib cuba buat air limau kasturi ini. Rasa segar otak minum air ini. Ini bukan style perah asam limau tapi diblend terus dengan kulit. Awalnya, takut air limau kasturi akan jadi pahit sebab dikisar sekali bersama kulit. Tapi tidak. Rasa lagi sedap rupanya. Ini cara membuatnya;
Ambil buah limau kasturi belah dua dan buang biji.
2. Masukkan dalam blender. Letakkan air dan gula siap-siap.
3. Bila dah hancur dan sebati, tapis. Boleh guna penapis apa pun.
4. Bila dah siap tapis, sediakan gelas dan ais Kalau ada asam boi lagi sedap.
Nikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Pastinya jika disediakan sendiri di rumah lebih jimat dan menepati cita rasa keluarga.
1. BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi ] dibelah 4
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan sirap hijau
2 helai daun pandan
1 liter air
1 tin susu cair
250 ml soda
Sedikit katira ] getah anggur
Sedikit sagu
1 sudu makan cendol
1 sudu makan cincau
1 sudu makan gajus
1 sudu makan badam
1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
1 sudu makan kurma
3 biji buah kabung
1 sudu makan kismis
1 csudu teh biji selasih
Sedikit buah semangkuk
Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai pudina
500ml air
2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gm tembikai ] potong dadu
1/2 biji epal hijau ] potong dadu
1/2 biji belimbing ] potong dadu
1/2 biji oren ] dipotong dadu
2 keping nanas dalam tin
1 sudu makan biji selasih ] direndam
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.