
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
- Seketul gula melaka
- 1 cawan air
- Sebatang kecil kayu manis
- Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
- Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukarK
Kredit foto & resipi : KATHY KAY – JOM jengah dapur KK
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
BOLEH JUGA SEMAK VIDEO INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Langkah Buat Kek Gulung Cantik Bentuk

Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
- 60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
- 80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 :
- Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk guna tangan pun boleh.
LANGKAH 2 :
- Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
- Setelah itu masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
- Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
- Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
- Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
- Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
- Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuannya bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
- Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
- Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
- Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Kredit resepi & gambar: Earney Atyesha via MAHN
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Resipi Rojak Ayam Terengganu Sering Dicari Untuk Berbuka

Isi Kandungan
ToggleResipi rojak ayam Terengganu ini ada peminatnya tersendiri. Kalau di Terengganu, ia antara juadah yang sering dicari terutama pada bulan puasa. Di dalamnya ada mee, ayam, cucur dan sayuran yang dimakan bersama kuah rojak. Memang mengenyangkan.
Kalau beli, ada kalanya tak kena selera. Nak puas hati masak sendiri. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini ye.
Resipi Rojak Ayam Terengganu
Bahan Untuk Ayam Goreng Kunyit:
1/2 ekor ayam ( dipotong 2)
Sedikit serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk perasa – boleh beli online di sini
Bahan Kuah Rojak:
300 gram kacang tanah ( disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak.Asingkan kacang dari selaput kulitnya..Kemudian dikisar tpi jangan terlalu hancur)
2 senduk cili kering kisar – boleh beli online di sini
1 batang serai –ketuk
Air asam jawa – anggaran semangkuk
1 keping nisang / gula Melaka
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukup rasa – boleh beli online di sini
Serbuk perasa – boleh beli online di sini
1 batang serai ketuk
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Kisar Halus:
2 labu bawang besar – boleh beli online di sini
6 biji bawang merah – boleh beli online di sini
4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
2 inci halia – boleh beli online di sini
½ inci lengkuas – boleh beli online di sini
2 sudu besar udang kering
1 biji buah keras – boleh beli online di sini
1 batang serai
Bahan Sayur Rojak;
Taugeh – dicelur
Timun – dipotong panjang
Sengkuang – dipotong panjang
Salad – hiris
Cili besar merah dan hijau – hiris
Bahan Lain:
1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang)
5 biji telur 5 biji direbus. Kalau suka boleh digoreng telur selepas direbus.
Tauhu. Disapu garam kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan
2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hndak dihidangkan.
Resipi Cucur Rojak:
2 cawan gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Daun kucai
Daun bawang dan daun sup
Taugeh
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Masak Resipi Rojak Ayam Terengganu:
Untuk memasak kuah rojak;Panaskan minyak. Masukkan serai ketuk dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan kisar halus tadi dan tumis lagi sampai pecah.
Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. Setelah itu masukkan nisang, air asam jawa dan kemudian tambahkan dua cawan air.
Renehkan dengan menggunakan api kecil hingga kuah nampak pekat. Setelah itu bolehlah masukkan garam dan gula serta bahan perasa. Kacau seketika. Tutup api. Siap.
Untuk memasak ayam goreng kunyit; bersihkan ayam, kemudian disapukan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan serbuk perasa. Kemudian goreng garing. Bila ayam siap digoreng boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
Untuk menyediakan cucur rojak, kesemua bahan disatukan dalam satu bekas. Masukkan air dan gaul rata menjadi satu adunan. ketepikan untuk 30 minit.
Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
Ketika menghidngkan, bolehlah masukkan mee dan semua bahan lain. Kemudian tuangkan kuah rojak. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

Di hari cuti begini anda pastinya tercari-cari resipi mudah & sedap untuk disajikan untuk keluarga. Bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk minum petang dan makan malam, RASA kongsikan empat resipi mudah, ringkas dan enak inspirasi dari negara jiran; Singapura dan Indonesia yang boleh dicuba. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. BAKWAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji jagung | hiris keluar isi
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji bawang | mayang halus
- 4 biji bawang putih | hiris halus
- 1 biji buah keras | tumbuk halus
- 2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 3 biji cili merah | hiris halus
- 1 biji telur
- 100 gram isi udang | hiris halus
- 2 tangkai daun bawang | hiris halus
- 1 tangkai daun saderi | hiris halus
- 1 sudu teh garam
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
- Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
- Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
- Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Bakwan sama seperti cucur cara membuat dan rasanya, selain jagung anda boleh gunakan bawang atau sayur-sayuran kesukaan anda.
2. SINGAPORE CHAR KWAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
- 450gm kuey teow
- 10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
- 6 ulas bawang putuh | cincang halus
- 2 cawan tauge
- 1 cawan kucai
- 2 biji telur
- 3 sudu makan minyak
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap biasa
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
- 1 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
- Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
- Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
- Tuang sos dan masak selama satu minit.
- 6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
- Biar sebentar dan kacau rata.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.
3. MURTABAK SINGAPURA
BAHAN KULIT MURTABAK:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak sapi
BAHAN INTI:
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang Holland | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu teh halia | cincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
- 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
- 1/2 cawan air
- 4 biji telur
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Uli lagi selama 10 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
- Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
- Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
- Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
- Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
- Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
- Gorenglah hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan tebal intinya.
4. SINGAPORE CURRY LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1/3 cawan minyak
- 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 batang serai |titik
- 3 cawan santan
- 8 cawan air
- 250gm ikan bilis | rendam dan kisar
- 250gm isi dada ayam
- 2 sudu makan stok ayam
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji tauhu Pong
- 1 sudu teh garam
- 250gm mi kuning
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1/3 cawan air
BAHAN SAMPINGAN:
- Sedikit tauge
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 biji limau nipis
- 3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
- 2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
- 2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
- Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan, tauhu pong dan garam.
- Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
- Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
- Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
- Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.