
Petang-petang hari cuti kena Bubur Cha-Cha memang sedap, apa lagi jomlah kita buat sendiri bubur yang kaya dengan isian ubi-ubi yang sedap dan kaya dengan serat ni.Cara membuat pun senang , janji ada ubi-ubinya, santan dan gula, masak lebih kurang 20 minit dah siap. Boleh jadi dessert yang sedap.
BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung Cha Cha kering
- 300gm keladi | rebus setengah masak
- 200gm keledek kuning | rebus setengah masak
- 200gm keledek oren | rebus setengah masak
- 200gm keledek ungu | rebus setengah masak
- 70gm sago mata ikan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 400ml santan cair
- 400ml santan pekat
- 2 helai daun pandan
- 300gm gula
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
- Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
- Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
- Renehkan hingga ubi empuk.
- Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
- Perasakan dengan secubit garam.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan Bubur Cha Cha sedia dihidangkan.panas atau sejuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Warisan Asli Terengganu, Kuih Ropa Inti Ikan Paling Digemari

Bagi yang tidak mengenali kuih ropa, kuih ini sebenarnya berasal dari Terengganu. Paling sedap adalah inti ikan. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih lipat.
Sedap dinikmati ketika minum petang, kuih ropa ini nampak sahaja seperti popia tetapi cara menghasilkannya sama seperti membuat kuih ketayap. Dinamakannya sebagai kuih lipat kerana pembuatannya iaitu melipat kulit kuih tetapi lipat secara meleperkannya, bukan lipat membulat seperti popia.
Kali ini kita buat kuih ropa inti kentang bersama sardin versi tak pedas. Jadi, anak-anak kecil pun boleh menikmatinya. Ikuti perkongsian resipi daripada Pn Habsah Ngah ini.
BAHAN-BAHAN:
(INTI)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
Sedikit daun kari
½ cawan rempah kari (dicampur ¾ cawan air) – Boleh beli online di sini
Air asam jawa – Boleh beli online di sini
Garam
1 tin kecil sardin – Boleh beli online di sini
6 biji kentang (dipotong dadu)
(KULIT)
3 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
4 cawan air
Sedikit garam – Boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung ubi (untuk rangupkan kulit) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan daun kari sehingga naik bau.
Gaul sebati rempah kari dengan air. Masukkan rempah kari tersebut ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau rata.
Tambahkan sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa. Tumiskan sehingga pecah minyak.
Setelah itu, masukkan pula sardin dan hancurkan isinya. Tak letak pun tak mengapa. Ikut pada cita rasa masing-masing.
Masukkan pula kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air paras cukup untuk tenggelamkan kentang sahaja.
Ketika proses ini, perlu selalu kacau. Masak sehingga kering dan dah siap.
Manakala untuk kulitnya pula, satukan semua bahan iaitu tepung gandum, telur, minyak masak, air, garam dan tepung ubi.
*(Jika tiada tepung ubi pun tak apa. Tepung ubi ini fungsinya untuk merangupkan kulit bila digoreng nanti. Kerangupannya kekal lebih lama.)
Boleh kisar guna pengisar atau guna whisk. Tapiskan supaya tidak berketul-ketul. Adunan sederhana, tak pekat sangat atau cair sangat.
Panaskan kuali. Tak perlu sapu minyak kerana di dalam adunan telah diletakkan minyak.
Gorengkan bancuhan tepung tadi seperti buat roti jala. Kenipisannya pun lebih kurang juga.
Kemudian, letakkan sesudu inti dan gulungkan.
Gulungkan bentuk bantal, dileperkan. Bukan bulat seperti popia. Boleh rujuk gambar.
Setelah siap semua digulung, boleh mula menggoreng. Buka api sederhana sahaja. Rajin terbalikkan agar masak rata.
Bila kuih dah nampak garing, bolehlah angkat dan toskan.
Dah siap. Jika nak buat frozen pun boleh. Cara simpan macam karipap frozen juga.
Kredit: Pn Habsah Ngah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Kari Ikan Kembung Stail Mamak. Ini Resipi Kuah Cantik, Rasa Pun Umph!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Usaha Murni Datuk Chef Mohd Farid Alwi… Buka Kolej MFA Untuk Anak Asnaf.

Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.

Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “ cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
- 1 keping ikan salmon
- 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
- 1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
- Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
- Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
- Letakkan avocado smash di atas ikan.
- Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Anggaran kos : RM 30.90
Resipi Puding Tutti Fruity Viral, Sedap & Mudah Je Nak Buat

Sedapnya Puding Tutti Fruity ni. Sangat mudah untuk membuatnya. Anak-anak pasti suka. Resipinya juga sangat senang dan tidak menggunakan banyk bahan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan boleh dihidang di sebarang majlis. Filling juga boleh letak mengikut selera masing-masing. Warna warni yang menarik bahkan rasanya juga enak. Saudari Noor Faezah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT PUDING TUTTI FRUITY VIRAL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: (satu adunan dapat 25-30 bekas)
- 10gm serbuk agar-agar (warna kosong)* – beli online disini
- 1 tin susu cair * – beli online disini
- 3 tin air *
- 1 tin susu full cream * – beli online disini
- 1 tin susu pekat manis * – beli online disini
- 2 sudu tepung kastard * – beli online disini
- 1 sudu esen vanilla * – beli online disini
- 1 cawan gula pasir * (abaikan jika tak suka manis) – beli online disini
- Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Kemudian biarkan.
2.Masukkan semua bahan bertanda ( * ) ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
3. Bila sudah sejuk, tuang dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk.
4. Puding Tutti Fruity sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Note: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.
Kredit resipi & foto: Noor Faezah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official