Suka makan KuihPeria? Kuih tradisional ni memang punya peminatnya yang tersendiri. Ramai yang beranggapan kuih ni susah nak buat. Tapi sebenarnya mudah je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Aida Syuhada ni. Nampak mudah dan tidak renyah. Nanti anda boleh cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bagi orang yang alergi telur tak payah bimbang nak makan puding karamel berasaskan agar agar ini. Mudah membuatnya tak perlu kukus dan yang paling penting tanpa telur.
Enak berkrim, sejuk dingin dihidang dari peti sejuk, nyaman aje lalu kat tekak. Jom tengok resipi dari Nordiana Ab Kadil ini, kos murah. Sesuai dibuat musim pkp ni, di kala tiada bazar Ramadan ini.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Bahan puding:
10gm atau 1paket serbuk agar-agar yang jernih 4cawan air 1tin susu cair 1cawan susu pekat 3 sudu tepung kastard Sedikit esen vanila
Bahan karamel : 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar air
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air 2. Kemudian masukkan ke dalam loyang 3. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat 4. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi 5. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam 6. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong
Sedia utk dihidang
Tip:pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat
kredit:nordiana ab kadil via FB :Resepi Masakan Terkini
Kalau inginkan kek yang sedap dan lembut tapi dalam saiz kecil/mini, boleh cuba resipi kek mini Hokkaido ini. Memang sedap!
Setiap suapan yang masuk dalam mulut, pasti nikmat dengan inti filling kastard yang ada di dalamnya.
Resipi yang dikongsikan Sarihah Ismail ini, pasti menambat hati kerana teksturnya yang lembut dan cukup rasa manis serta wangi.
KEK MINI HOKKAIDO
BAHAN-BAHAN:
4 biji putih telur 4 biji kuning telur 4 sudu besar gula halus 3 sudu besar gula – beli online di sini ½ cawan susu cair – beli online di sini 5 sudu besar minyak masak – beli online di sini ½ cawan tepung gandum* 2 sudu besar tepung jagung/kastard* – beli online di sini ½ sudu kecil baking powder* (ayak bahan bertanda *)
1. Pecahkan 4 biji putih telur (kuning telur letak dalam bekas lain). 2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue dan letak tepi dulu yang meringue). Pastikan meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air atau kuning telur. Nanti tak menjadi pula adunan.
3. Kacau-kacau 4 biji kuning telur dengan 3 sudu besar gula menggunakan whisk (godek-godek macam tu je). 4. Masukkan susu cair (boleh guna dutch lady) dan minyak masak. Sambung kacau guna whisk sampai sebati.
5. Masukkan tepung gandum, tepung jagung/kastard dan baking powder ke dalam adunan susu tadi. Kacau-kacau guna whisk. 6. Masukkan adunan putih telur. Kacau-kacau sampai sebati. 7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dalam.masa 10 minit, suhu 170C.
8. Masukkan adunan ke dalam bekas/acuan. Bakar di dalam ketuhar, gunakan api atas bawah pada suhu 160C selama 20 minit. 9. Kek akan betul-betul masak jika lidi yang dicucuk bersih dan tiada lekatan.
BAHAN FILLING:
1 sudu marjerin 200ml susu cair 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar kastard 1 biji telur 4 sudu besar gula
CARA-CARA:
1. Panaskan dulu marjerin bersama susu cair untuk cairkan marjerin. 2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, telur dan gula. Masak je semua. Pastikan sentiasa kacau guna api kecil.
NOTA:
*Jangan masak terlalu lama, nanti jadi keras. Cukup sekadar sedikit pekat / likat. *Buat lubang di bahagain tengah kek menggunakan chopstick. Kemudian, pipe filling kastard tadi. *Guna telur gred A untuk dapat banyak adunan. *Tabur gula ising untuk hiasan
Alang-alang satu keluarga ada di rumah dan sibuk seharian bekerja, ibu-ibu tetap akan meluangkan masa untuk memasak sajian kegemaran yang sihat buat suami dan anak-anak tersayang.
Pasti ada anak-anak yang bertanya, mak boleh ke masak sajian berbeza, tapi masih rasa sedap macam sajian di restoran? Jangan risau. Memang boleh… Inilah rahsianya.
Masakan terutamanya sajian sayuran akan jadi lebih lazat, mudah dan cepat dengan adanya Rasa Sifu™, penambah rasa semua dalam satu dengan bahan perasa lengkap “all in one”, kemanisan tiram dan aroma sedap yang menjadikan masakan anda bertambah lazat!
Nak tahu caranya? Rasa Sifu™ kongsikan 7 resipi sayur yang mudah dan boleh dimasak sepanjang minggu. Tak perlu pening lagi fikir menu. Semua resipi ini pastinya memikat selera.
Semasa memasak, jom sertai Rasa Sifu™ Peraduan Masak & Kongsi dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500 serta pelbagai hadiah menarik lain setiap minggu bermula 15 Julai hingga 5 September 2021. Wow…Inilah peluang anda untuk masak sedap setiap hari sambil menang hadiah!
HARI ISNIN
OMELETTE LIPAT
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN A:
½ biji tomato – dipotong dadu kecil
150gm bayam – dipotong
1½ inci lobak merah – dipotong dadu kecil
½ biji bawang Holland – dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih- dicincang
1½ sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
BAHAN-BAHAN B: DIKACAU SEBATI
5 biji telur
4 sudu besar susu segar
1½ sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak. 3. Masukkan bayam, kacau sehingga bayam lembut. 4. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan ketepikan. 5. Masukkan bancuhan telur, goreng sehingga sedua-dua belah telur masak. 6. Letakkan sayuran tumis tadi di atas telur dan bungkus mengikut lipatan kesukaan anda. 7. Ulang langkah-langkah di atas sehingga bancuhan telur habis. 8. Sedia untuk dihidang.
HARI SELASA
CENDAWAN TUMIS DAUN SUP Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
100gm lobak merah- dihiris
1/4 cawan air
200gm cendawan tiram
2 tangkai daun sup – dipotong kasar
1/2 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan. 2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak. 3. Masukkan air dan kacau sebentar. 4. Masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga lembut. 5. Perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau goreng sehingga sebati. 6. Masukkan daun sup dan kacau seketika sebelum tutup api. 7. Sedia untuk dihidang.
HARI RABU
BENDI TUMIS CILI
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar minyak masak
15 biji bendi – dipotong serong
1/2 cawan air
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau. 2. Masukkan bendi dan air. Kacau sebati. 3. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau sekata. 4. Sedia untuk dihidang.
HARI KHAMIS
TAUHU & KACANG PANJANG TUMIS TELUR
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak
1 keping tauhu putih – dipotong
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
350gm kacang panjang, dipotong 3cm
1/4 cawan air
2 sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
2 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga wangi. 3. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati. 4. Masukkan air dan kacau seketika. 5. Perasakan dengan Rasa Sifu™. 6. Masukkan telur dan kacau goreng sehingga telur masak. 7. Masukkan tauhu goreng dan kacau sebati. 8. Sedia untuk dihidang.
HARI JUMAAT
SAYUR CAMPUR SAMBAL
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering – direbus
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN B:
4 sudu besar minyak masak
1 biji terung – dipotong
100gm kacang Panjang – dipotong
2 biji kacang botor – dihiris
1/2 cawan petai – dibelah dua
1 biji cili merah – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak. 2. Perasakan dengan Rasa Sifu™, kacau rata. 3. Masukkan terung dan kacang panjang, kacau rata sehingga separuh masak. 4. Masukkan kacang botor dan petai. Kacau rata sebentar. 5. Masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu. 6. Sedia untuk dihidang.
HARI SABTU
SAYUR KUBIS GORENG
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ½ sudu besar minyak masak
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
300gm kubis, dipotong
80gm lobak merah – dihiris
100gm kacang buncis – dihiris serong
1/4 cawan air
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
1 biji cili merah – dihiris serong
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan kubis, lobak merah dan kacang buncis. Kacau goreng sehingga masak. 3. Masukkan air dan perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau sebati. 4. Taburkan cili merah, kacau rata dan sedia untuk dihidang.
HARI AHAD
SAYUR CAMPUR “RASA SIFU” Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ½ sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah – dihiris tebal
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
80gm udang – dibersihkan
80gm lobak merah – dihiris serong
80gm jagung muda – dihiris serong
80gm kubis bunga
180gm brokoli
5 sudu besar air
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan udang dan kacau goreng seketika. 3. Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak. 4. Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar. 5. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau rata. 6. Sedia untuk dihidang.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!