Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas  yang boleh korang cuba. Padankan  dengan nasi putih dan cukup,  rajin lebih sikit tambahlah sayur.   Senangkan….

Ini Idea 2 Menu MalasTapi Makan Sedap!

AYAM SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 4 batang serai | titik atau hiris halus
  • 10 biji cili padi | hiris  memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 4 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit sebuk lada hitam

 CARA MEMASAK:

  1. Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
  4. Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
  5. Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
  6. Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Ayam sedia dihidangkan panas-panas.

Ini Idea 2 Menu MalasTapi Makan Sedap!

KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
  • 5 ulas bawang putih | titik
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
  2. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
  3. Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
  5. Kepah sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI