Kadang kala beli burger, patty kecil. Hah nak puas makan kenalah buat sendiri. Buat sendiri boleh anggarkan penggunaan garam dan lemak di dalam daging.Memang kenyang makan smashed burger ni. Anak-anak yang suka makan burger bolehlah ibu-ibu sediakan burger ini di rumah.
Untuk hiasan:
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
Salad secukupnya
Sedikit butter untuk gorengan bawang
dan untuk sapuan atas roti
Cara memasak:
1. Goreng potongan bawang Holland dengan menggunakan butter. Goreng dengan api kecil hingga layu dan mengeluarkan rasa manis semula jadi bawang.
1. Roti dipotong dua dan disapu butter, bakar atas kuali.Bakar hingga sedikit garing.
Ads
2. untuk sos, campurkan mayonis dan cili sos, kacau sebati.
3. untuk burger, buat bulat jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil saiznya.Kemudian smash atas kuali yang panas. Carilah spatula atau senduk yang leper dan tekan sampai daging agak nipis. Biar masak sekejap satu bahagian sebelum dibalikkan. Tabur garam dan lada hitam di atasnya. Bila daging dah garing boleh letak kepingan keju di atas daging tadi.
4. Letak patty tadi di atas patty yang satu lagi, kemudian bolehlah letak di atas roti.
5. Letakkan salad, tambah satu potong tomato dan bawang Holland yang sudah digoreng tadi.
6. Roti bahagian atas, letakkan sos yang kita buat tadi.
7. Kemudian tutupkan burger tadi, wow enak sekali.
Bila ada jamuan potluck dan sebagainya, pening juga kepala nak memikir menu apa yang sesuai. Antara yang boleh anda bawa ialah pemanis mulut dan juga tart. Tart pula ada pelbagai perisa, selain gebu rasanya juga enak. Pasti tak cukup sebiji bila sekali makan. Boleh ikut resipi ni kalau nak mencuba.
Feeling dapat membuat roti sendiri ni lain. Puas bila dilihat hasilnya menjadi gebu. Membuatnya juga kena ada minat dan dibuat dengan sabar. Hari ni kita meroti wool bread dan membakarnya atas dapur gas. Bahan yang digunakan pun simple saja.
WOOL BREAD Bahan-bahan: 110ml susu segar/cair suam 3 sudu besar gula 1 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur 2 sudu besar butter #zida2004 Filling/ inti pilihan – Saya letak coklat cip saja
Bahan sapuan: 1 biji kuning telur 1 sudu besar susu segar/cair
Cara memasak: 1.Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan selama lima minit. 2.Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Masukkan butter, gaul lagi. 3.Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi. Gaul dan uli selama lima minit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. 4.Bulatkan doh. Sapukan sedikit minyak di atas doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan selama 1 jam. 5.Uli sebentar untuk membuang angin pada doh. Bentukkan membujur dan potong/ bahagikan kepada lima bahagian. 6.Ambil satu bahagian, canai bentuk bujur. Hiris secara memanjang dan halus dan sekata (seperti memotong mi) 3/4 doh membawa ke hujung doh.
7.Letakkan inti di hujung bahagian doh yang tidak dihiris. Gulungkan dengan kemas hingga ke hujung doh yang telah dihiris. 8.Ulang langkah yang sama dengan baki empat doh yang tinggal. 9.Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun doh yang digulung tadi ke dalam loyang secara membulat hingga penuh tepian loyang. 10.Campurkan kuning telur dengan susu. Kacau sebati. Sapukan ke atas doh roti. 11.Panaskan periuk di atas dapur gas selama lima hingga tujuh minit. Masukkan loyang doh roti. Bakar dengan api paling perlahan selama 30 minit. Jika bakar dengan oven, bakar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing. Siap untuk dihidang.
Nak buat BBQ kecil-kecil di rumah? Boleh je ya, tak perlu halaman yang luas, tempat memanggang atau menggril luas dan berbelanja besar. Cukup sekadar di dapur atau meja makan, yang penting korang boleh menikmati BBQ santai bersama keluarga. Kalau takda menu, ini RASA kongsikan resipi dan korang boleh cuba, simple tapi sedap.
1. DAGING BAKAR BBQ & SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN
500gm daging lembu | hiris nipis dan lebar
6 ulas bawang putih | cincang halus
2cm inci halia |kisar
2 sudu sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar daun rosemary
½ sudu kecil garam
1 sudu teh gula
BAHAN SOS LADA HITAM:
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap
1/2 kiub pati ayam
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih daging kemudian toskan airnya. 2. Masukkan daging dalam mangkuk, kemudian campurkan semua bahan lain. 3. Gaul rata dan masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 30 minit. 4. Sementara itu sediakan sos lada hitam. 5. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga keperangan dan masukkan tepung gandum, kacau rata dengan whisker. 6. Kemudian masukkan susu, kacau lahi dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kiub pati daging. 7 Seterusnya masukkan kicap dan sos lada hitam. Kacau sebati di atas api kecil. 8. Setelah pekat tutup api. Ketepikan. 9. Panaskan kuali pemanggang, kemudian letakkan sedikit mentega. 10. Panggang hirisan daging hingga masak. 11. Setelah masak hidangkan bersama sos lada hitam.
2. KAMBING BBQ
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu makan sos BBQ
1sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh herba campur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk. 2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap . 3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. 4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang . 5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit. 6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.
3. FILLET IKAN DORY PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm fillet ikan dory | dadu sederhana, bersih dan tos
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan paprika
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia mudah | cincang halus
CARA MEMASAK: 1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. 2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap. 3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit. 4. Sedia dan panaskan pemanggang, 5. Panggang fillet ikan lebih kurang 10-15 minit (semasa memanggang sentiasa balik-balikkannya). 6. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan sos yang sesuai.
4. KEBAB AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
3 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan yogurt
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia kisar
Sedikdit hirisan cili benggala merah dan kuning
Tomato ceri secukupnya
Garam | jika perlu
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain. 2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. 3. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian cucu isi ayam berselang seli dengan cili benggala dan akhiri dengan tomato ceri. 4. Panaskan pemanggang, kemudian panggang lebih kurang 10-15 minit. 5. Sentiasa balik-balikkanya. 6. Kebab sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
5. SEAFOOD GRILL:
BAHAN-BAHAN
10 ekor udang | bersihkan
5 ekor sotong | bersihkan dan potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia muda | kisar
1 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan udang dan sotong dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. 2. Gaul rata, kemudian tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk. 3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. 4.. Cucuk udang dan sotong menggunakan lidi pencucuk. Lakukan hingga habis. 5. Panaskan pemanggang dan panggang lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak. 6. Setelah masak bolehlah hidangkan dengan sos pencicah pilihan anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN ALAT MEMANGGANG YANG TERBAIK, JOM LAYARI DI SINI. PASTI ADA PILIHAN YANG MENAMBAT HATI.
Jenama herba dan rempah ratus #1 di Dunia mengukuhkan kehadirannya di seluruh Asia Tenggara dengan, 'Create Fresh Memories with McCormick,' kempen jenama baharu yang...