
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Kalau makan panas-panas lepas siap dimasak, memang membuka selera. Semerbak bau wanginya!
Biasanya kalau teringin nak makan Cinnamon Roll ni, kenalah beli. Tapi menerusi resipi perkongsian saudari Shida Ambok ni, puan-puan boleh buat sendiri.
Lebih istimewa lagi resepi Cinnamon Roll ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer atau uli tepung pun. Hanya guna 4 bahan sahaja mlah pstrinya hanya menggunakan roti prata segera. Hasilnya? Tentulah gebu dan sangat sedap. Memang berbaloi cuba buat untuk keluarga tercinta.
RESEPI & CARA BUAT CINNAMON ROLL YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Roti prata/canai segera – beli online disini
Cinnamon powder /serbuk kayu manis – beli online disini
Mentega – beli online disini
Gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cantumkan penghujung dua keping prata di atas pan yang sudah dilumur dengan mentega.
2.Sapukan mentega pada keseluruhan permukaan roti prata.
3.Tabur serbuk kayu manis di atasnya. Lagi banyak lagi sedap.
4.Tabur pula gula perang dengan secukupnya. Ratakan.
5.Gulung roti prata sebelum dipotong potong.
6.Tegakkan susunan potongan tadi. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
7.Cinnamon Roll siap untuk dihidang. Jika suKa, boleh tuang sirap coklat @ coklat cair untuk rasa yang lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Shida Ambok
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
6 Resipi Kerepek & Kudapan Ringan Paling Popular & Wajib Ada di Aidiladha.

Tidak lengkap rasanya hari raya Aidiladha tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Walaupun tidak semeriah hari raya puasa, namun aneka kudapan seperti kerepek bawang, kuih siput dan putu kacang adalah antara yang wajib ada dan jadi pilihan tetamu yang datng berkunjung. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
- 500gm tepung gandum
- 100gm bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
- 3 sudu makan pes cili kering
- 125ml air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
- 500gm tepung gandum
- 180gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
- Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
- Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
- Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
- Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
- Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
- 2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
- 2 sudu makan serbuk kari
- 50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
- 250ml air
- 125ml minyak masak | dipanaskan
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
- Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
- Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
- Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250ml minyak masak
- 180ml air
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 2 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
- Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
- Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
- Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
- Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
- 1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
- 500ml santan
- 20 tangkai cili kering | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 7 batang serai | dikisar
- 5cm halia | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- 120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
- Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
- Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
- Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang hijau | dibersihkan
- 400gm gula | dikisar halus
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
- Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
- Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
- Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
- Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
- Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
- Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kacang dhal | direndam semalaman
- 250gm tepung beras
- 500ml santan
- 1 biji telur
- 100gm ikan bilis | dikisar
- 1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar
- 1 sudu makan jintan putih | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
- Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
- Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
- Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
Cara Senang Dan Paling Cepat Buat Kudapan Popia Seaweed Rangup.

Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
BAHAN-BAHAN:
- Seaweed (sy lebih suka seaweed bigbang walaupun harga agak mahal tapi puas hati & ramai customer suka rasanya lain dari yang biasa)
*Harga sepeket lebih kurang RM8-RM10 -Potong/gunting siap2 semua seaweed kepada 2 bahagian macam atas peket seaweed tu
- Telur (tambah sikit garam/aji/cukup rasa kalau nak)
- Kulit popia saiz paling besar
- Berus telur (cari yg jenis plastik bukan yg silicone ye nnt xlawa bila sapu/terlebih telur)
CARA MEMBUAT:
- Lipat kulit popia kepada 2 bahagian
-Lipatlah macam mana pun bagi ada tanda sikit untuk senang ‘center’ kan seaweed nanti.
- Sapu telur rata
-Sapu jangan terlalu banyak & terlalu sikit nanti bila goreng jd kembung n xlawa Sapu setakat nk bagi lekat je. Kena cepat2 sapu telur kalau x kulit popia tu mcm meresap & kulit jadi sangat lembik & tak cantik
- Letak seaweed bagi center, tekan2 sikit & sapu lagi telur semua permukaan mcm no 3 tadi
- Lipatkan kulit popia & tekan2 skit guna tapak tgn bg lekat rata. Siap
- Ni hasil 6 peket seaweed sy buat dlm masa 2jam lebih non stop.
-Biarkan sekejap/ anginkan bg kering sikit kulit popia tu jangan terlampau kering nanti bila potong jd pecah2.
- Ni part paling sy suka Guna pisau YANG PALING TAJAM ye kalau pisau xberapa tajam bila potong jd xlawa & melekat2 n terbuka kulit tu. Sy susun sekali 20 keping & potong sama besar. Ikut suka la nak besar mana
- Dah siap potong tu boleh biarkan jp bg kering skit lepas tu buka la 1 persatu sambil tengok tv.
- Biarkan dulu kejap atau nak keringkan bwh matahari atau kipas pun ok lg senang nk buka nnt.
Memang cara sy susun kemas2 gini sebelum buka 1-1
- Minyak dah betul2 panas baru goreng. Nk buat makan sendiri2 hentam ja la goreng camna pun
Kredit resipi: Wan NoorawiyahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Resipi Keropok Lekor & Sos Pencicah Homemade Sedap

Bagi yang rindu nak makan keropok lekor homemade yang sedap dan segar, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noriah Abdullah ni. Hanya 4 bahan diperlukan dan sangat mudah. Ada resipi sos pencicah juga. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan selayang (dibuang tulang) – ikan selayang juga dikenali dengan nama ikan sardin
- 1kg tepung ubi/kanji – beli online disini
- 4 sudu besar garam – beli online disini
- 1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur dan sebati.
2. Gentel doh membentuk bentuk keropok lekor. Saiz ikut citarasa.
3. Didihkan air dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan airnya.
4. Boleh dinikmati secara rebus atau digoreng.
BAHAN SOS PENCICAH:
- 400gm cili kering yang dikisar – beli online disini
- 1/2 kg gula – beli online disini
- 1/2 botol cuka – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut.
- Setelah sos kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Kredit resipi & foto: Noriah Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official