
Resipi Char Meehoon @ Bihun Goreng perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Nampak best kan? Jom lah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Roti Goreng Inti Daging Balut Kulit Popia Macam Dekat Pasar Malam
Resipi Sambal Goreng Sedap & Tahan Lama Tanpa Simpan Peti Sejuk
Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buka Selera Dengan Resipi Berasaskan Ayam

Hidangan ayam dalam menu harian tidak pernah menjemukan. Banyak olahan resipi boleh dipelbagaikan dari ayam sama ada mahukan yang pedas atau kurang pedas. Kalau mahukan menu yang ringkas boleh juga mencuba ayam bakar. Campuran rempah ratus pada ayam mengundang aroma yang menyelerakan tatkala menikmati hidangan ayam yang dimasak. RASA tampilkan resipi yang menyelerakan dan mudah untuk dicuba.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ketul isi dada ayam dihiris
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan taucu
- ½ biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 1 sudu teh kicap pekat manis
- 2 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh serbuk cili Thai
- 1/2 cawan kacang tanah goreng
- 8 tangkai cili kering
- Sedikit daun bawang
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
- Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
- Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
AYAM PANGGANG BUMBU BALI BARONGAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dara
- 6 biji bawang merah | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 4 batang serai | dihiris nipis
- 2.5cm halia muda | dihiris nipis
- 2.5cm lengkuas | dihiris nipis
- 2cm kunyit hidup | dihiris nipis
- 10 biji cili merah besar | dihiris
- 5gm belacan | dibakar/goreng
- 2 sudu teh garam atau secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng semua bahan-bahan hirisan sehingga kekuningan dan kisar kasar.
- Perap ayam dengan bahan kisar selama 20 minit.
- Kemudian panggang ayam selama 30 minit dengan suhu 160°C.
- Setelah masak potong ayam kepada beberapa bahagian sebelum dihidangkan.
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 1 batang serai
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar . Tumis sehingga naik bau. Perasakan secukupnya.
- Setelah masak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
- Sedia untuk dinikmati.
AYAM SERAI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
- Gula secukupnya
- Garam bukit secukupnya
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai (2 batang kisar halus, 1 batang ketuk)
- 4 tangkai cili hijau
- 15 tangkai cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1/2 ekor ayam ] bersihkan,
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang putih, serai, cili padi dan cili hijau. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan ayam, serai, asam gelugur dan sedikit air. Gaul sebati.
- Tutup kuali dan biarkan seketika sementara ayam tadi empuk.
- Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati.
- Apabila ayam tadi masak dan empuk, boleh tutup api dan hidangkan.
AYAM GORENG HALIA ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 3cm halia | dikisar dan dihiris bulat
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 2 helai daun limau purut | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan cuka
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Potong ayam menjadi potongan kecil dan perapkan dengan bahan-bahan lain kecuali minyak masak. Biarkan selama lebih kurang 60 minit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

Nak buat dessert tapi takda idea? Haa ini dia koleksi resipi aneka pencuci mulut/manisan sesuai dihidangkan untuk keluarga dan juga para tetamu yang hadir. Mudah dan sedap mesti puas hati..Selamat mencuba!
KASTAD TIRAMISU
Bahan-Bahan
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 3 sudu makan gula
- 11 sudu makan tepung kastad
- Air (sukatan sebanyak 5 tin susu)
- Biskut marie perisa kopi
- Milo
- Garam
Cara Penyediaan
- Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
- Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
- Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
- Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
- Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Info: Boleh kurangkan kepekatan sedikit jika mahu
Selamat mencuba!
Kredit Resepi: Solehah Yusoff
MANGO FLOAT DESSERT
Bahan-Bahan
- 1 cawan whipping cream
- 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
- 200 gm cream cheese
- 1/2 paket biskut cream cracker
- 4 biji mangga (dihiris memanjang)
- 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
- Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
- Aluminium foil
- Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
Cara Penyediaan
- Putar / Blender
Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.
- Sediakan Loyang
Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.
- Rendam Biskut
Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
- Lapiskan Dengan Cream Cheese
Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
- Aturkan Hirisan Mangga
Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.
- Topping
Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
Beginilah hasilnya.
- Sejukkan
Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.
Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari peti ais dan dipotong-potong. Terliur kan?
Info: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.
Kredit Resepi: Puan Idah Hussein
CUMI CUMI SWEET COCKTAIL
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 tin laici
- 1 tin fruit cocktail
- 1 paket cumi cumi
- Ais batu
Info: Nak tambah Nata De Coco atau buah-buahan segar pun boleh
Cara Penyediaan:
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau. Dah siap, boleh letak ais batu terus atau letak bila nak makan nanti. Mudah kan?
Kredit Resepi: Halimaton Saadiah
KEK BATIK MENGGUNAKAN BISKUT JEJARI
Bahan-bahan
- 1/2 tin susu pekat manis
- 2 cawan milo
- 1 ketul butter (250 gm)
- 2 bungkus biskut jejari
Cara Penyediaan
- Cairkan Butter
- Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.
- Masukkan Susu Pekat & Milo
- Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati.
- Seterusnya, masukkan pula 2 cawan Milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.
- Susun Biskut
- Sekarang, masa untuk menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang.
- Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.
- Bubuh Topping
- Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka. Boleh gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.
- Sejukkan
- Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
Kredit resepi: Puan Zaimah Zakaria
AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE
Bahan A
- 200gm gula pasir (boleh kurangkan jika kurang suka manis)
- 3sudu besar susu tepung
- 350ml air
Bahan B
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung gandum
- 50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
Bahan C
- 80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yg disukai)
- 500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair)
- 250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap dan apa-apa jenama tidak kisah, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
- Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
- Daun Pandan (bagi wangi)
- Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak
Cara Penyediaan
- Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
- Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Apabila mendidih, matikan api.
- Tuang dalam acuan aiskrim atau plastik aiskrim malaysia pun boleh.
- Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.
Kredit Resipi: Nur Atikah
Sempol Ayam Enak Dan Empuk, Resipi Original Dari Indonesia

Makanan jalanan atau street food ini mempunyai peminatnya kalau di Indonesia. Ia disukai hampir semua peringkat usia terutama kanak-kanak. Sempol ini rupanya seperti sate, tapi lebih besar. Sempol dibuat dari campuran ayam dan tepung ubi,menjadi adunan yang sedap dan lazat rasanya.Campuran adunan ini dibentuk bulat panjang dan ditusuk pada lidi. Selain ayam, boleh juga diganti udang atau ikan tenggiri.
SEMPOL AYAM
Bahan-bahan:
300gm daging ayam
150gm tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
6 biji bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
1 telur
1.5 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa
6 batang daun bawang -dihiris
1 telur -kacau untuk dilapisi selepas menggoreng
Cara memasak:
1. Haluskan daging ayam dan bawang putih dengan food processor
2. Tambahkan tepung ubi, garam, gula dan serbuk perasa. Kisar sebentar.Tambahkan telur.
3. Adun dengan food processor sampai rata.
4. Masukkan daun bawang. Aduk dengan senduk sampai rata.
5. Letak sedikit minyak di tangan. Ambil adunan dan letakkan pada lidi sate membentuk lonjong panjang.
Asingkan.
6. Didihkan air. Masukkan sempol. Masak sampai mengapung dan matang
7. Kacau telur sampai rata.
8. Panaskan minyak di kuali. Sempol dibalut dengan telur dan goreng.
Kredit resipi dan foto:@resepmasakanpraktiss
INGIN MEMBELI PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jemput-jemput Berinti Sambal Terengganu. Perghh ..Tak Payah Cicah-cicah
Bread With Basque Burnt Cheese Topping, Bukan Sekadar Kek Aje
Batter Pisang Goreng Dengan Sambal Kicap Simple, Rangup Sampai Ke Petang