
Aiskrim Neapolitan homemade ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Leeya Rosman ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh kawal kandungan manisnya mengikut cita rasa masing-masing.
RESIPI AISKRIM HOMEMADE ALA NEAPOLITAN
BAHAN-BAHAN A:
2 sudu makan ovallette – beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan esen vanilla – beli online disini
1 tin susu sejat /susu cair – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
Sedikit pewarna merah – beli online disini
Sedikit pewarna coklat – beli online disini
3 sudu makan milo – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu serta kental. Anggaran masa memukul lebih kurang 15 minit.
2. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Satu bahagian dicampur dengan sedikit pewarna merah, warna putih dibiarkan pada warna adunan asal manakala untuk warna coklat, tambah milo dan sedikit pewarna coklat. Sebatikan.
4. Letak adunan aiskrim di dalam bekas yang bersesuaian. Bekukan selama 1 hari sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Leeya Rosman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Petua Buat Bebola Kentang Cheese Sedap & Tidak Pecah Masa Goreng
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=VOfO2LPHG00
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Pizza antara snek kegemaran kanak-kanak. Jika anak anda gemarkan hidangan ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri di rumah menggunakan resipi pizza homemade sedap perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Bahan-bahannya sangat mudah malah cara memasaknya juga sangat sempoi. Guna kuali non-stick (tahan lekat) dan masak atas dapur gas je. Tak perlu ketuhar pun! Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PIZA HOMEMADE TANPA KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 paket mauripan
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan gula
- Secubit garam
BAHAN INTI ( TOPPING):
- Sos pasta tradisional – apa-apa jenama
- Sedikit bawang putih
- Sedikit hirisan bawang holland
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
- Hirisan sosej, isi ayam, cendawan butang, hirisan nanas, tomato, keju atau aneka makanan laut
( boleh pelbagaikan ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan hirisan sosej, ayam dan cendawan.
2. Tumis sampai masak dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Ketepikan.
3. Untuk doh, ambil 1 cawan air, tuang mauripan dan masukkan secubit gula. Biar selama 2-3 minit. Bila muncul buih-buih, ia menandakan ia sedia untuk digunakan.
4. Gaul tepung bersama minyak. Tambah air dan bancuhan mairipan tadi. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila doh dah tak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.
5. Selepas 1 jam, doh akan naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar.
6. Bahagikan doh kepada 5 bahagian atau lebih.
7. Bentukkan doh menjadi bulat dan leper. Kemudian letakkan di dalam kuali.
8. Sapu sos pasta kemudian isikan inti/topping piza yang dimasak tadi. Tabur keju dengan secukupnya.
9. Masak doh guna api kecil sahaja selama 10-15 minit ikut ketebalan pizza yaang dibuat. Pastikan tutup menggunakan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau lapik di dalam kuali.
10. Bila keju cair dan pizza telah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Kalau suka kerak piza yang rangup, masak doh terlebih dahulu sebelum isi inti/topping.
- Jika nak piza yang lembut macam roti, letak inti/topping atas doh mentah kemudian baru masak.
- Keju akan ambil masa 3-4 minit untuk cair.
- Jika nak lebih cepat, boleh guna roti nan atau roti arab.
Kredit resipi & foto: Murni Rahmat
Resipi Kuih Muih Kampung Yang Tetap Menjadi Pilihan Ramai

Kuih muih kampung tetap menjadi pilihan walaupun banyak lagi kuih-kuih yang sedang viral di media sosial. Kami kongsikan beberapa resipi kuih yang tetap menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika minum petang.
1. KUIH CARA MANIS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa (saya guna santan kotak)
- 2 biji telur
- 10 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya (untuk inti)
- Garam secukup rasa (untuk rasa lemak masin)
- Sedikit minyak masak (untuk diletak pada acuan)
CARA PENYEDIAAN:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
- Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung atau penutup periuk. Masak hingga kuih tidak melekat bila disentuh atau lekang daripada acuan.
- Berhati-hati semasa nak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
2. TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- 2/3 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
- Bulatkan adunan ini (besar 2 kali dari onde-onde gula melaka).
BAHAN-BAHAN INTI KELAPA MANIS:
- 1 biji kelapa parut/kelapa segera/kelapa kering (guna sedikit air panas untuk lembapkannya)
- 1 biji gula melaka
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
- Daun pandan disimpul
CARA PENYEDIAAN:
- Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air.
- Masak sehingga gula melaka hancur, kemudian tapis.
- Masukkan kelapa parut tadi. Kalau tiada kelapa parut, boleh guna kelapa kering. (Kelapa kering tambah sedikit air panas untuk lembapkannya)
- Masak sekejap atas dapur. Agak-agak dah kering, masukkan bancuhan tepung gandum tadi. Masak sehingga ia lembap-lembap, kemudian sejukkan.
- Bulatkan inti-inti tersebut.
BAHAN-BAHAN SERBUK TEPUNG GOMAK:
- 1 cawan kacang hijau
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan kacang hijau dan goreng sebentar. Goreng sekejap sahaja, jangan sampai hangit.
- Kemudian, kisar kacang sehingga hancur.
- Tapis atau ayak dan boleh dijadikan serbuk tepung untuk tepung gomak. Lebihan tepung boleh disimpan.
CARA PENYEDIAAN KUIH TEPUNG GOMAK:
- Masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan ke dalam adunan tepung dan bulatkan.
- Sementara itu, panaskan air dan rebus adunan ini.
- Bila dah terangkat, angkat dan toskan ia.
- Salutkan adunan ini dengan tepung kacang hijau yang telah diayak tadi.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Pn. Tahrunnisah Jali
3. KUIH BOM BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut *
- 1/2 cawa tepung gandum *
- 1 sudu besar gula *
- Secubit garam *
- Air secukupnya *
- Bijan
- Inti ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan bekas dan masukkan semua bahan-bahan bertanda *.
- Uli sehingga rata. Pastikan adunan tidak terlalu lembik.
- Kemudian, isi inti ke dalam adunan dan golekkan ke dalam bijan. Bulat-bulatkan bagi rata semua bijan tadi.
- Perap di dalam peti ais selama 1 jam.
- Goreng di atas api sederhana.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Sis Eita Emie
4. BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut
- 2 cawan santan pekat daripada sebiji kelapa
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan oven pada suhu 200 ℃ api atas bawah, masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inch. Gaul semua bahan sehingga santan sekata dan gula hancur. Ratakan.
- Masukkan loyang dalam oven dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bingka hingga 1 jam atau 1 jam setengah atau hingga bahagian atas bingka keperangan (20 minit terakhir bakar, sy tukar api atas sahaja untuk dapatkan kerak pada bahagian atas bingka)
- Setelah siap bakar, keluarkan bingka. Tunggu bingka sejuk, baru potong. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: Ruhana Parmen
5. KUIH ABUK-ABUK
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan sagu biji
- 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
- Garam secukup rasa
- Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
- Daun pisang
- Lidi (kerat kecil) untuk sematan
CARA PENYEDIAAN:
- Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
- Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
- Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
- Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
- Masukkan campuran biji sagu tadi untuk penuhi kelongsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong).
- Lipatkan kelongsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
- Kukus selama 10-15 minit.
Kredit resipi & foto: Illyani Mokhtar
6. KUIH KOCI LABU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung pulut
- Labu (guna separuh sahaja)
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
- Satukan labu yang telah disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan sahaja.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik ya. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.
CARA MEMASAK:
- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan doh yang telah dibulat-bulatkan tadi. Bila doh dah terapung, maknanya doh dah cukup masak.
BAHAN-BAHAN INTI:
- 1 1/2 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
- Gula melaka/gula merah (saya guna 1 1/2 gula kabong)
- 2 sudu besar gula pasir
- Air setengah cawan untuk larutkan gula
- 1 sudu besar tepung gandum dicampur dengan sedikit air (untuk pekatkan inti)
CARA MASAK:
- Masukkan air dan gula merah atau gula kabong. Masukkan juga gula pasir, biar gula mendidih bersama air sehingga larut.
- Kemudian, masukkan kelapa parut.
- Akhir sekali, masukkan tepung yang telah dilarutkan dengans sedikit air tadi. Biarkan kering seketika, kemudian sejukkan.
BAHAN UNTUK SANTAN CAIR:
- 2 cawan (saya tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat)
- 3 sudu besar tepung beras
- Sedikit garam
CARA MASAK:
- Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau ya. Masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
- Kemudian, dah boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan.
- Seterusnya, boleh mula membungkus koci.
TIP UNTUK MEMBUNGKUS KUIH KOCI:
- Semasa nak bungkus koci, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
- Kemudian, ambil doh yang sudah dimasukkan ke dalam santan tadi menggunakan sudu, letak di tengah-tengah daun pisang.
- Lipatkan daun pisang (cara melipat daun boleh rujuk di Google atau YouTube)
- Dah siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air betul-betul dah mendidih dengan api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
SUMBER: ORESEPI
Artikel menarik untuk anda:
Ini Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah, Hanya Tekap Guna Cawan
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Yang Gerenti Puas Hati

Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.
7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Iedaa Jahaya
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi