Sekarang sedang musim orang cuba buat Aiskrim Malaysia. Pelbagai jenis dan perasa dihasilkan dan resipinya dikongsi di laman-laman sosial. Paling terbaru, Aiskrim Ala Magnum pula mencuri perhatian ramai. Nampak sedap kan? Bagi yang ingin mencuba, saudari Raja Amanina ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AISKRIM ALA MAGNUM
BAHAN AISKRIM:
2 cawan whipping cream jenis dairy (tenusu) – boleh gantikan dengan susu cair atau susu full cream. Tapi kalau guna whippping cream, rasanya lebih gebu.
½ cawan susu pekat manis
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanilla
BAHAN COKLAT:
350gm coklat masakan @ dark chocolate
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan aiskrim dan kisar guna blender hingga adunan kembang dua kali ganda. Ketepikan.
Ads
2. Masak coklat menggunakan teknik double boil sehingga cair. Bila dah suam, masukkan ke dalam piping bag.
3. Picit coklat ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Ketebalannya pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Tuang bancuhan aiskim tadi ke dalam plastik aiskrim, ikat dan bekukan dalam peti sejuk selama 5-6 jam atau semalaman.
Ads
INFO:
1. Salutan coklat di dalam plastik tidak perlu mengeras. Kerana jika mengeras, susah untuk memasukkan bancuhan aiskrim.
2. Adunan aiskrim dan coklat tidak akan bercampur. Jadi tidak perlu risau.
Ads
3. Coklat pekat yang diratakan dalam plastik akan melekat di sekeliling. Bila tuang bancuhan aiskrim, automatik ruang tengah akan jadi kosong dan bolehlah tuang bancuhan aiskrim.
Keliru macam mana nak buat Aiskrim Magnum ni? Video perkongsian saudari Nurul Shaedah ni boleh dijadikan panduan.
Murtabak crackers ni memang sedap kalau cukup bahan penyediaannya. Zaman dulu orang letakkan murtabak crackers ni sebagai hantaran, bayangkan betapa istimewanya menu murtabak crackers ni sampai pernah dijadikan hantaran pada zaman dulu. Kalau nak buat semula cara orang dulu ni bolehlah cuba resepi murtabak crackers yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook. Beliau juga telah berkongsi cara-cara yang lengkap penyediaan resepi murtabak crackers ni. Jom kita cuba!
RESEPI MURTABAK CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1. 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula, saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap. – BELI DI SINI
2. 800 gm daging kisar ramli (2 bungkus)
3. 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu. – BELI DI SINI
4. 2 biji cili merah dihiris halus. – BELI DI SINI
5. 2 biji cili hijau dihiris halus.
6. Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus.
7. 7 biji telur grade A.
8. 1 kotak besar susu segar, saya guna jenama goodday.
9. Dua sudu kecil garam.
10. Dua sudu kecil serbuk lada hitam. – BELI DI SINI
11. Loyang 4 segi di alaskan dgn aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan.
4. 1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan) – BELI DI SINI
5. 3 sudu makan rempah kari daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
CARA MENYUSUN BISKUT:
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan Loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan2 ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di potong dan dihidangkan.
Tip.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit… campur dgn sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi pengawet berbahaya dan ada sayurbagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussofni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ HOMEMADE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 4 ketul dada ayam 1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka) 3 batang daun sup 1 ulas bawang besar – dihiris nipis – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini Sedikit garam 1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam) – beli online disini Sebiji telur 3 sudu tepung jagung – beli online disini 1/2 sudu teh daun oregano – beli online disini Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.
2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.
3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.
4. Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.
5. Gunting bahagian hujung plastik.
6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.
8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.
10. Adunan yang telah siap dibungkus.
11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.
12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.
13. Buka pembalut sosej.
14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.
15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.
16. Sosej yang telah siap digoreng.Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
‘Kulit ayam crispy’ memang sedap tapi kurang sihat jika dimakan selalu. Tetapi resipi yang dikongsikan oleh @iamazwann di dalam twitternya terus menjadi viral ini kerana kulit ayam yang dimaksudkan adalah telur dadar yang disalut tepung dan digoreng ranggup. Malah rasanya seakan-akan seperti mengunyah kulit ayam yang ranggup. Nak tahu sedap ke tak jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Kredit resipi asal: nutterbutter diolah oleh: iamazwann
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Caviar ialah telur ikan sturgeon premium yang terkenal sebagai makanan mewah dunia. Ketahui kenapa caviar sangat mahal, jenis popular dan fakta menarik tentang telur ikan kayangan ini.