Sedapnya Creampuff. Inti gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri?
Resipi perkongsian saudari La Vy Na ni antara yang terbaik. Kenapa? Sebabnya, resipi creampuff ni tidak kecut dan elok hasilnya bila siap dibakar. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
1. Didihkan air dan majerin. Bila sudah menggelegak, perlahankan api.
2. Masuk tepung dan kacau hingga jadi bentuk bebola dan tidak melekat di periuk atau kuali.
Ads
3. Tutup api dan biarkan adunan sejuk (anggaran masa dalam 30 minit).
4. Masuk telur dan putar guna mixer sampai adunan jadi berkilat. Pastikan juga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang yang telah digriskan.
6. Bakar pada suhu 200-230C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masimg.
7. Petua untuk elak creampuff kempis setelah dikeluarkan dari ketuhar ialah, bila selesai dibakar, pastikan buih-buih pada creampuff tidak kelihatan. Barulah dikeluarkan dari ketuhar.
300gm non-dairy whipping cream (krim putar bukan tenusu) – putar hingga sederhana kental/medium peak
CARA MEMASAK:
1. Didihkan susu atas api sederhana kuat.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung dan gula. Gaul rata guna pemukul tangan (whisk).
3. Masukkan telur. Gaul lagi hingga sebati.
4. Ambil 5 senduk susu yang sedang dipanaskan atas api, masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Gaul rata dan sebatikan.
5. Setelah susu dalam periuk mendidih kecil dan berwap, masukkan adunan telur, tepung dan susu yang disebatikan tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. (Penting! Pastikan campuran sentiasa dikacau bagi mengelakkan kastad jadi hangus dan berketul). Bila dah siap, padamkan api.
6. Ambil plastic wrap dan letak di permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa ( bukan peti sejuk beku). Biarkan semalaman.
Ads
7. Bila sudah disejukkan semalaman, keluarkan kastad dari peti sejuk dan puku guna mixer untuk mendapatkan tekstur yang halus.
8. Kemudian campurkan bersama krim putar (whipping cream) yang telah dipukul sederhana kental.
9. Satukan kastad dan krim putar dan adun hingga betul-betul kental (stiff peak).
10. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum digunakan.
11. Isikan inti aiskrim ke dalam kulit creampuff dan tabur dusting sugar. Sedia untuk dinikmati.
Sesiapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, haa anda mesti cuba resepi ni! Sesuai juga untuk dijamu semasa open house, potluck, dan sebagainya.
Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.
Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.
2. Sediakan Loyang
Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.
3. Rendam Biskut
Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
4. Lapiskan Dengan Cream Cheese
Masukkan adunancream cheesedan ratakan.
5. Aturkan Hirisan Mangga
Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.
6. Topping
Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
Beginilah hasilnya.
7. Sejukkan
Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.
Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari peti ais dan dipotong-potong. Terliur kan?
Info:Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.
Daging Bakar adalah antara hidangan paling popular bila tiba musim korban. Menu ini lebih enak jika dimakan bersama sos pencicah. Terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan salah satu yang sedap ialah Sos Thai Homemade untuk daging bakar. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis menaikkan lagi selera. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ramlah Abdul Ghani ni antara yang mudah. Cubalah.
RESIPI SOS THAI HOMEMADE UNTUK CICAH DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
3 biji limau kasturi – ambil jusnya
4-5 biji cili padi
1 pokok daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga halus. 2. Masukkan sos ikan, jus limau kasturi dan hirisan daun ketumbar. Sebatikan. 3. Tuang sos ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama daging bakar.
Gulai rebung campur perut…perghh gerenti makan sampai licin. Rebung ni nak menyediakannya kena betul caranya, kalau tersilap boleh jadi pahit rasanya.
Bila dah siang, jangan lupa celur dan buang dua kali airnya, atau rebus lebih kurang 15 minit dan toskan
Ni jom cuba masak gulai rebung letak pulak perut lembut, fuyooo memang super sedap lah . Tapi kalau tak minat makan perut boleh aje masukkan daging aje. Meh cuba resipi yang dikongsikan Zaimah Zakaria ni…
GULAI REBUNG DENGAN PERUT
BAHAN-BAHAN:
½ kg perut lembu
1 mangkuk rebung masam | sudah direbus dan tos
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 mangkuk pati santan
1 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
2 sm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK :
Tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik bau.
Masukkan rempah kari bersama cili kisar.
Masukkan perut, masak sampai perut lembut, baru masukkan santan dan rebung .
Akhir sekali masukkan asam keping, kerisik dan garam.
Resipi : Zaimah Zakaria
Bukan sahaja sedap, tapi ada manfaat kesihatannya .
NI 8 MANFAAT KESIHATAN REBUNG :
Rendah gula Jumlah gula yang ditemui dalam rebung sekitar 2,5 gram per 100 gram. Jumlah tersebut lebih rendah daripada kadar gula yang ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran.2. Sumber Protein 100 gram rebung memiliki sekitar 2 sampai 2.5 gram protein. Protein yang terkandung dalam rebung terdiri dari tujuh belas asid amino .3. Kaya vitamin dan mineral Siapa sangka jika rebung ternyata kaya vitamin dan mineral Rebung mengandung vitamin seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin E, thiamin, riboflavin, niasin, asid folat dan asid pantotenat. Dan mineral yang ditemukan dalam rebung meliputi kalsium, magnesium, fosforus, kalium, natrium, seng, tembaga, mangan, selenium dan zat besi.
4. Tinggi serat Rebung juga kaya serat. Jumlah serat makanan yang terkandung dalam rebung sekitar 6-8 gram per 100 gram.
5. Merangsang nafsu makanan Rebung tinggi selulosa yang dapat merangsang nafsu makan. Rasa dan tekstur rebung juga membuatnya sesuai juga menjadi makanan pembuka selera.
6.Mengawal kolesterol Penelitian yang dilakukan oleh Washington State University menunjukkan bahwa rebung memiliki efek menguntungkan pada kolesterol, lipid dan fungsi usus.
7. Memperkuat sistem kekebalan tubuh Vitamin dan mineral yang ditemukan dalam rebung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Menurunkan tekanan darah Rebung mengandungi banyak kalium. Kalium dapat bertindak sebagai elektrolit, dan juga sangat baik untuk menurunkan dan menjaga tekanan darah.